♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 30, 2019

Bye Sahara :(

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni hari terakhir Sahara kerja kat sini. Sedih weh!

Hilang sorang lagi kawan gi makan. Huhuhu...

Dua bulan lepas, masa tau Sahara nak berhenti memang sedih ar. Tapi happy untuk dia, sebab akhirnya dapat jugak tempat kerja yang dekat dengan family dia.

So, tadi, konon-konon buat surprise hi-tea untuk Sahara, tapi rasanya dia dah tau kot sebab semua orang asik tersasul jer. Haaiiissshhhh... huhuhu...

Seronoklah Sahara... dapat banyak hadiah. Bila turn aku plak ni???

Huhuhu...

Jauh balik ke Penang, Sahara. Gi lah... asalkan hang happy.

Kitorang kat sini akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan awak kat sana.

Good luck and take good care of yourself.

You will be missed!

And thank you for this lovely photo book. Hope the memories will not end there.

Wednesday, August 28, 2019

Reunion dengan Fiza Hamzah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... lama sangat tak jumpa dengan Fiza dan Hamzah sekeluarga. Akhirnya, berkesempatan berjumpa jugak.

Last sekali jumpa diorang kat Kuantan 4 tahun lepas. Masa tu kitorang ke Kuantan. Enche Neezam kerja, so aku je lah ke rumah diorang dengan Niesreena Naufal. Enche Neezam last jumpa diorang kat Melbourne,sebelum kitorang back for good.

Alhamdulillah... jumpa semula, anak pun dah besar dan bertambah-tambah. Huhuhu...

Semoga ukhwah ini terus berkekalan. Insya Allah...

Sunday, August 25, 2019

Pantai Sekakap Mersing

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... selamat sampai rumah dah. Penatnya. Ni nak mendobi pulak. Baju-baju yang berpasir ni... hmmmm... banyak kerja nak buat.

Hari Jumaat yang lepas, kitorang ke Mersing kat pantai Sekakap.

Ya Allah... jauhnyalah Mersing ni. Kitorang tolak dari Nilai jam 2.30 petang, pukul 8 lebih baru sampai ke kem kat Pantai Sekakap ni. Tapi alhamdulillah... selamat sampai.

Sampai kat chalet yang disediakan, kitorang boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai... gitew... tapi tak nampak pantainyer sebab gelap.

Keesokkan paginya... nampak pantai betul-betul depan chalet. Subhanallah... cantiknya!

My little Khairunns, macam biasalah, kalau dah nampak air, memang tak sempat nak buat apa lagi dah! Menerpa terus!

Cantiknya pantai. Pasir dan air bersih sangat! Matahari baru nak naik.

Masing-masing tak sempat nak tukar baju mandi, terus terjah pantai. Patutlah baju berpasir semua.

Chalet warna kuning tu tempat penginapan kitorang.

Dekat pantai ni memang tak der saper pun. Kitorang jer. Mungkin orang Mersing tak jakun mandi pantai macam kitorang kot. Huhuhu...

Pantai Mersing lain daripada pantai PD yang selalu kitorang pergi. Ombak kat Mersing lebih kuat. So, memang kena pantau lebih budak-budak mandi.

Dari tempat penginapan kitorang ni boleh nampak Istana Flintstone milik DYMM Sultan Johor. Tapi tak beranilah nak pergi ke sana.

Tengahari semalam cuaca panas sikit, so kitorang berehat di bilik jer. Sekejap tu, mak ayah serta adik enche Neezam datang dari Segamat. Seronoklah... meriah.

Petang tu, bila cuaca dah redup sikit, kitorang sambung mandi lagi. Sehinggalah matahari terbenam. Tengok fil pun macam lepas geram jer, mandi pantai. Huhuhu...

Malam tadi, kitorang sempatlah makan malam kat bandar Mersing. Sedap! Ikan dan sotong fresh. Sampai tak sempat nak tangkap gambar. Punyalah lapar. Huhuhu... Makan sedap... harga murah!

Pagi tadi, macam semalam jugaklah... celik-celik mata jer terus terjah ke pantai.

Dari chalet kitorang nampak banyak sangat ketam kat pantai. Tapi bila pergi dekat, semua lari masuk air. Kemain laju!

Enche Neezam dan Naufal ke hulu ke hilir berlari kejar ketam. Hmmm... memang macam tu ke cara orang tangkap ketam? Huhuhu... I don't think so! Nampak sangat tak professional. Huhuhu...

Bangga dia dapat tangkap ketam.

Naufal pun dapat jugak.

Overall dapat 5 ekor baby crab.

Sebelum balik tadi, kitorang sempat tengok-tengok ke Istana Flintstone. Lebih kurang 1 km jugaklah kitorang jalan menyusuri pantai. Tapi tak gi dekat-dekat sampai ke istana utama dia. Beberapa meter dari istana utama tu, ada bangunan macam chalet ala Flintstone ni.

Sekejap jer rasa 2 hari kat pantai Sekakap ni... dah nak balik... memang best sangat kat sini.

Pantai bersih, air bersih... kebetulan cuaca pun best. Redup jer... memang relax sangat!

Sebelum kitorang bergerak balik tadi, kitorang lepaskan semula 5 ekor baby crab yang diorang tangkap tadi. Tak sampai hati pulak nak goreng dah tengok dia gerak-gerak macam tu kan. Kesian pulak.

Memang best kat Pantai Sekakap ni. Bila-bila kalau enche Neezam ada kerja kat sini, kena ikut lagi.

Tadi sebelum keluar ke highway, kat Kluang, kitorang sempat singgah kat restoran Kluang Railway. Kalau dah sampai Kluang, memang wajib datang sini uollss... Mesti pekena roti bakar dan kopi dia yang sedap.

Must try... kopi cendol.

Baru ni... bubble tea in the haus youllllsssss.

Mee siam ni sepinggan RM4 jer.

Puas hati!

Alhamdulillah... kitorang sampai rumah tadi pukul 6 petang. Jalan smooth jer. Tapi memang terasa penat sebab perjalanan yang jauh.<

Apa pun aku happy sebab anak-anak dan suami happy.

Dah! Moh ler kiter mendobi!

back to top