Macam biasa, hujung minggu aku akan ambil kesempatan untuk siapkan barang-barang memasak. Contohnya, kupas semua bawang-bawang, kupas ikan bilis dan sediakan cili giling. So, setiap kali bila balik kerja, senang dan cepat nak masak. Banyak boleh jimat masa.
So, hari ni, cili giling dah habis. Kena buat lagi. Tadi aku dah gunting dan rebus cili kering. Dan part Niesreena sediakan bawang putih dan bawang merah untuk dikisar bersama.
Alhamdulillah... dah boleh diharap dah anak dara aku sorang ni. Niesreena memang suka menolong kat dapur. Kalau dapat masak, lagi dia suka.
Sian Niesreena... potong bawang sampai nangis-nangis... sebab tak tahan bau bawang... huhuhu...
Thank you lah kakak Reena... Mama loves you so much!
Menu hari ni, nasi impit kuah lodeh. Hari Khamis yang lepas tetiba jumpa kincham kering kat Jaya Grosser. Lama dah teringin nak makan. Susah nak jumpa sekarang!
Apa lagi... terus jadi menu rayalah hari ni! Hehehehe...
Nasi impit dengan kuah lodeh dan sambal kacang. Pastu goreng paru kegemaran Naufal dan sambal goreng yang super yummilicious! Terbaek!
Hmmmm... mana pulak kalau nak cari kincham fresh ek? Kalau goreng kincham fresh dengan telur masin... uuuuu... sedap weh!
No comments :
Post a Comment