السلام عليكم
Kitorang kat Kuantan!
Malam semalam baru sampai di Gambang. Check-in di hotel yang telah disediakan, Hotel Selesa View Gambang, untuk enche Neezam bagi menghadiri program di Universiti Malaysia Pahang.
Penat sangat perjalanan selama 4 jam melalui jalan lama tapi seronok tengok rumah-rumah kampung.
Sampai kat hotel, tengok bilik, keciknya lahai... Kalau duduk sorang memang selesa, tapi dah dah duduk lima orang! Ko ngaser? Hahahhaha... sadis. Ingat nak book satu bilik lagi tapi sumer dah full. So, bersempit-sempitlah di bilik tu. Nasib baik bawak toto. Nak tidur satu malam jer pun.
Hari ni enche Neezam ada program di UMP bersama Menteri Besar Pahang. Dekat jer UMP dengan hotel. Tak sampai 5km. So, aku dan little Khairuns doklah melepak dalam bilik sementara tunggu ayah diorang habis program.
My little Khairunns...
While, ayah...
Enche Neezam dan Speedy Jantan.
Rani Kulop pun adooo!
Alhamdulillah, program enche Neezam pukul 11 dah habis. Teruslah kitorang bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya.
Alang-alang dah sampai Kuantan, kitorang decide untuk lepak sehari lagi kat sini, mandi pantai. So, kitorang terus ke De Rhu Resort kat Pantai Balok.
On the way, wajiblah beli keropok lekor dan yang sewaktu dengannya!
Check-in hotel pukul 3. Sementara nak menunggu tu, kitorang lepak dulu kat tepi pantai berhampiran. Alhamdulillah... cuaca best sangat! Sedap makan nasi dagang dan kepok lekor tepi pantai weh! Angin sepoi-sepoi bahasa jer...
Pukul 2.30 petang, hotel call. Kata bilik dah ready. So, kitorang teruslah gi check-in.
Leganya tengok bilik besar dan selesa! Katil besar! Dan mengadap pool dan pantai!
Macam biasa, lepas solat, bebudak ni terus nak gi serbu pool...
... dan pantai balok!
Cuaca subhanallah... cantik sangat! Tak panas... tak hujan...
Lepas maghrib, bebudak ni semua dah kepenatan. Semua bantai tidur.
Aku plan nak makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur. Dulu pernah makan kat situ, memang sedap!
Enche Neezam kata nak keluar makan lewat sikit sebab waktu lepas maghrib mesti ramai giler orang kat kedai ikan bakar. Jadinya, pukul 10.00 malam baru kitorang keluar makan. Biasanya kitorang buat macam ni lah kat Melaka. Keluar lewat nak elak orang ramai makan.
Tapi...
kat sini tak boleh buat taktik yang sama. Sebab kalau lambat makanan pun banyak habis! Kalau kat Melaka, lewat-lewat pun banyak lagi seafood.
Sadis sungguh!
Ingat nak makan ketam telur asin. Ketam pun habis! Sotong pun habis! Coconut shake pun habis!
Tak per lah... nak buat camno? Tak der rezekilah tu.
Tapi alhamdulillah... masih ada ikan favorite aku. Ikan pari!
Dapnyer ikan pari bakar dengan sambal petai.
Nyum... nyum...
So, lain kali, kalau sampai Kuantan, kena cari tempat makan awal. Tak pun kena buat reservation. Ok!
Lepas makan, kitorang pusing-pusing kat bandar Kuantan jap.
Cantik masjid Sultan Ahmad Shah.
Kebetulan kat depan masjid ada car boot sales. So, menyinggahlah sekejap.
Ya Allah! Penatnya rasa... tapi seronoknya berjalan... spent masa dengan family tersayang.
Baby Neeyaz pun kemain lambat tidur. Kalau tak, biasanya lepas maghrib jer dah baby dah tidur. Hari ni overtime!
Balik bilik semua orang pengsan.
Besok sambung lagi hari yang memenatkan + menyeronokkan!
Insya Allah... Syukur Alhamdulillah...
No comments :
Post a Comment