♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, October 8, 2017

Day 2 | Misi-misi yang perlu diselesaikan hari ini!

OK! Last day kat Kuantan.

Misi hari ini ialah MESTI:-

(1) Nak dapatkan Manggo Cheesecake @ Kula Cakes
(2) Beli kepok, satar dan yang sewaktu dengannya
(3) Bukan aku yang bayar!

Huhuhu...

Lepas subuh tadi enche Neezam dah keluar jogging. My little Khairuns masih sedap beradu. Enche Neezam balik jer dari jogging, terus ajak gi turun pool.

So, lepas breakfast, bebudak ni teruslah terjun pool sebelum balik.

Dak Neeyaz... tengah sedap-sedap berendam, tetiba tutup mata... tidur!

Penat sangat kot. Senang sangat tidur. Dah tak kesah keliling dah. Dengan baju basah.

Aduhai... Neeyaz... Neeyaz...

Pukul 12 lebih, lepas check-out hotel, kitorang terus ke Kula Cakes. Cari manggo cheesecakes.

Perghhh... first time nak beli kek kena beratur sampai kat luar kedai. Macam nak masuk Coach kat JPO!

😅

Memang ramai orang beratur tapi lajulah service dia. Tak putus-putus orang datang!

Yey! Dah dapat manggo cheesecake @ Kula Cakes yang famous tu!

Korang kalau sampai Kuantan, mesti dapatkan manggo cheesecake kat sini tau!

Sebelum meninggalkan Kuantan, kitorang sempat beli Sata dan kerepok lekor on the way.

Dapnyer!

Lepas lunch dan solat, kitorang memulakan perjalanan balik ke Nilai.

Mission accomplished!

Manggo cheesecake @ Kula Cakes ☑️

Keropok, sata dan yang sewaktu dengannya ☑️

Bukan aku yang bayar! ☑️

Hehehehehe... alhamdulillah...

Thank you, husband!

😘

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top