♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, December 25, 2015

Kontraktor pilihan hati

السلام عليكم

Seronoknya cuti! Cuti panjang plak tu!

Semalam berkesempatan berjumpa dengan kontraktor, Jacky, untuk urusan renovate rumah kat rumah pertama kitorang. Rindunya kat rumah tu. Tak sabar nak balik... Sebab tu lah nak reno cepat-cepat, so bolehlah balik cepat ke rumah tu balik.

Walaupun rumah kitorang sendiri tak sebesar rumah yang kitorang duduk sekarang ni. Tapi perasaan duduk kat rumah sendiri jauh lebih seronok dan tenang!

Apa yang kitorang nak buat kat rumah tu dah dinyatakan kat Jacky dan insya Allah harap-harap dia dapat tolong merealisasikan.

Insya Allah... kitorang berhajat untuk tambah 2 buah bilik tidur, sebuah dapur basah dan stor sahaja buat masa ni.

Sebelum ni kontraktor yang sama jugak renovate rumah adik dan lepas tu rumah emak. Emak dan adik memang puas hati sangat dengan hasil kerja Jacky yang sangat kemas, halus dan bersih. Kalau emak rasa puas hati maksudnya memang betullah puas hati tu sebab my emak is cerewet! Huhuhu...

Excitednya! Tak sabar rasanya nak balik semula ke rumah sendiri. Jacky kata kerja-kerja renovation mungkin mengambil masa lebih kurang 6 minggu. Insya Allah. Dapatlah beraya kat rumah sendiri tahun depan. Yey!

Semoga segala urusan dipermudahkanNya.

Amin!

3 comments :

SUHAIDA said...

cantiknyeee..seronok kan bila kat rumah sendiri

Unknown said...

salam sis...i discovered ur blog , tengah cari idea for house. Can u share ur contractor contact no Jacky...will really appriciate it. Tq

Jasmin Ali

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Jasmin,
Actually saya tak jadi ambil Jacky sebab dia MIA until now. I hired another contractor but he is very good as well. Nama dia Vin, ni nombor dia 016-6891811. May be a bit expensive compared to Indonesian contractor tapi hasil kerja dia memang saya puas hati sangat.

back to top