❁ ❁ ❁ ❁ ❁
Ya Allah! Aku redha dengan dugaan yang engkau berikan.
❁ ❁ ❁ ❁ ❁
First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada keluarga dan kengkawan yang hubungi aku, call, mesej dan datang jenguk untuk mengetahui keadaan aku. Alhamdulillah... aku ok. Cuma luka sikit kat kaki akibat terlanggar bahagian bawah dashboard. Perasaan masih lagi terkejut, trauma dan macam tak percaya benda ni betul-betul berlaku.
Sedih sangat tengok keadaan kereta pink aku yang comel tu.
Memang sedih sangat sebab aku tak pernah terlibat dalam kemalangan macam ni. Bertambah-tambah sedih sebab kemalangan ni terjadi di atas kelalaian dan kecuaian pemandu lain.
Kejadian berlaku hari Isnin yang lepas, 30 November. Baru jer semangat nak gi kerja setelah sekian lama bercuti. Memang rasa refresh dan semangat betul hari tu.
Cuma 1 km jer lagi sebelum aku keluar dari highway Elite, tetiba belakang kereta aku dilanggar, menyebabkan kereta aku bergerak ke hadapan dan melanggar kereta Honda Civic kat depan aku dan Honda tu langgar pulak Merc depan dia. 4 biji kereta! Tapi kereta akulah yang paling teruk! Jadi burger! Depan belakang teruk. Sedih giler!
Ya Allah! Memang sangat-sangat sedih tengok keadaan kereta. Kereta ni banyak berjasa dengan aku. Empat tahun lebih bawak kereta kecil ni tak pernah dia bawa masalah apa-apa. Tak pernah langgar kereta orang. Tapi tetiba dia kena langgar. Teruk pulak tu. Sedih betul...
Sekarang kereta kat bengkel Perodua. Alhamdulillah... kereta akan dapat semua barang ganti original dari Perodua. Dan yang penting, insurans kereta aku takkan diusik.
Sedih... Tapi aku redha. Insya Allah, ada hikmat disetiap kejadian. Yang penting aku selamat, tak der nyawa melayang. Allah masih memberikan peluang untuk aku menikmati hari ni, memperbaiki diri, berbuat baik dan bertaubat. Insya Allah...
No comments :
Post a Comment