Alhamdulillah... Persediaan Niesreena dan Naufal untuk kembali ke sekolah hampir 100% siap.
Awal bulan hari tu aku dah beli buku-buku sekolah Niesreena dan Naufal kat sekolah. Dah siap tulis nama dan balut! Edeeeehhhh... Rasa susah nak tengak dah pinggang ni. Banyak betul buku kena balut.
Buku-buku teks pun dah siap dibaiki tang mana yang dah hampir nak koyak.
Almari buku sekolah pun dah dikemaskini. Buku-buku sekolah yang lama dah diasingkan satu tempat. Buku-buku baru dan yang masih boleh digunakan lagi semua dah masuk rak buku.
Satu tingkat Niesreena dan satu tingkat Naufal.
Buku-buku Naufal tahun 1 masih tak dapat lagi ni. Lepas ni lagi penuhlah almari. Nak balut lagi.... Adehhhh... Harap-harap dapat yang dah siap balut! Amin!!!
Tingkat mama pun ada jugak!
Bahagian enche Neezam, jangan tanya yer. Satu rak kat sebelah, semua tingkat enche Neezam punyer. Huhuhu...
Hujung minggu yang lepas kitorang gi beli pakaian sekolah pulak. All in one day! Lega rasa. Settle dah!
Kitorang tiap-tiap tahun kalau nak beli baju sekolah mesti balik Segamat. Sebab kat Segamat ada satu kedai ni; Pasaraya Ku. Kat sana semua barangan keperluan sekolah memang dijual dengan harga yang murah! Murah giler!
Baju kemeja sekolah Naufal, kain cotton harganya baru RM8.90 sehelai, seluar biru RM19.50 sehelai dan sepasang baju Melayu putih RM19.50.
Baju sekolah kanak-kanak perempuan sekolah rendah dan menengah pun ada dijual kat sini. Baju sekolah Niesreena tiap-tiap tahun memang beli kat sini. Walaupun harganya murah, kualitinya bagus. Memang puas hati dan aku memang rekomen pada kengkawan semua.
Tahun ni jer baju Niesreena kena beli kat tempat lain sebab kat Pasaraya Ku tak der jual baju warna kuning. So, puaslah cari kat kedai-kedai sekitar Segamat.
Alhamdulillah, dapat gak cari. Harga baju kurung kuning RM20 sehelai, kain coklat RM20 sehelai, kemeja lengan panjang RM15 sehelai dan tudung lycra kuning RM8 sehelai. Murah ke mahal? Tapi hari tu aku compare dengan Canggih memang jauh berbezalah harga. Kemeja kuning jer RM30++ sehelai. Double the price! Mungkin kualiti Canggih jauh lebih canggih.
Siap semua baju-baju! Kitorang memang beli set untuk 5 hari terus sebab baju sekolah aku basuh pada hujung minggu sahaja! Huhuhu...
Kasut sekolah, beli kat Bata ada promotion 2 pasang RM59.00.
Kasut Niesreena kat kedai kasut biasa, RM27.90 sepasang.
Beg sekolah jer tak dapat lagi. Kalau pakai beg tahun lepas, aci tak? Huhu...
Alhamdulillah, urusan transit, transport dan mengaji untuk Niesreena dan Naufal pun dah settle. Dapat rate pun murah jer. Syukur ya Allah... Terima kasih kerana memudahkan segala urusan. Bersyukur sangat!
Biasalah bulan Disember, perbelanjaan banyak habis dan tertumpu pada barang keperluan anak-anak ke sekolah. Kalau boleh nak berikan yang terbaik untuk diorang. Semoga Niesreena dan Naufal dapat tengok pengorbanan ayah dan mama dan menjadi anak dan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin...
No comments :
Post a Comment