Dah nak balik! Tapi tak sampai pantai lagi. Nak makan kat Tanjung Lumpur pun tak sempat. Huhuhuhu... Sadis sungguh!
Pagi tadi, lepas enche Neezam gerak gi kerja, aku pulak 'heret' Niesreena dan Naufal ke Teluk Cempedak!
Subhanallah... cantiknya pantai Teluk Cempedak.
Kitorang sempat spent masa lebih kurang sejam je kat sini. Lepas tu hujan turun dengan lebat hinggalah balik semula ke hotel. Niesreena dan Naufal nak turun mandi ke pool pun tak boleh.
Tak per lah... tak der rezeki. Lagipun dah puas dah mandi pool...
So, sebelum balik, kitorang buang masa buat aktiviti indoor jer kat Zenith.
Sebelum balik ke Nilai, kitorang sempat borong keropok. Macam-macam produk ikan ada dijual kat sini.
Alhamdulillah... percutian kat Kuantan dipermudahkan Allah. Kerja ayah Khairuns pun berjalan dengan lancar. Ada beberapa tempat nak pergi, macam Tanjung Lumpur, masih tak sempat nak pergi. Insya Allah... ada rezeki, kiter sampai ke Kuntan lagi yer!
No comments :
Post a Comment