Hari kedua di Langkawi!
Actually, kitorang ke Langkawi kali ni sebab enche Neezam ada conference selama 3 hari kat sini. So, macam biasa, kitorang ambil kesempatan untuk bawak anak-anak bercuti. Tapi macam biasalah, enche Neezam akan sibuk dengan conference dan aku kena activate mode #misimembawadiri #whileayahisworking.
Ye lah... dah sampai sini dah cukup baik. Dan tak nak lah enche Neezam susah hati dengan kitorang duduk kat bilik jer, tak berjalan kan. Huhuhuhu...
So, alang-alang dah sampai Langkawi ni, ada 2 niat aku nak bawak Niesreena dan Naufal.
Satu, bawak diorang gi Island Hopping dan kedua nak bawak diorang gi naik cable car. Memang berdoa sangat agar dapat lepas hajat dan dipermudahkan segala urusan. Sebenarnya risau gak sebab dengan tak der kereta dan kawasan tak familiar tapi tawakal jer lah.
So pukul 9 pagi tadi dah ada kereta tunggu kitorang dari Akademi Koreksional ni. Kebetulan ada 2 orang kawan lagi pun nak ikut. So, meriahlah! Niesreena dan Naufal pun seronok sebab ada kawan-kawan.
Kitorang naik kapal daripada pekan Kuah. So, perjalanan naik kapal lebih lama berbanding kalau naik dari Awana.
Destinasi pertama kitorang ialah ke Pulau Beras Basah. Kat sini kitorang boleh mandi kat pantai. Seronoklah bebudak ni main pasir dan mandi.
Lepas sejam kat sini, kitorang dibawa ke Pulau Singa Besar. Kat sini kitorang boleh tengok banyak sangat burung-burung helang yang berterbangan menyambar makanan dari permukaan air.
Niesreena dan Naufal seronok tengok banyak sangat burung-burung helang yang besar
On the way ke Pulau Dayang Bunting, pakcik pemandu bot tu berhentikan bot kat tengah laut untuk tengok formasi bukit yang berupa perempuan mengandung yang sedang berbaring. Dipercayai dari situlah datangnya mitos tentang Dayang bunting.
Lebih sejam kitorang kat Pulau Dayang Bunting. Naufal siap tak nak balik. Aiyoooo... Seronoklah tu! Next time dah besar nanti kiter datang lagi k.
Kitorang tiba semula di jeti Kuah lebih kurang pukul 1.10 tengahari. Alhamdulillah... lepas satu hajat aku.
Bayaran untuk join pakej island hoping ni ialah RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Kalau korang ada 10 orang, boleh sewa satu kapal, so boleh dapat harga lebih murah. Untuk island hopping ni, boleh naik samada dari Kuah atau dekat Awana Porto Malai. Diorang siap pick-up kat hotel dan lepas island hopping, diorang akan hantar korang balik ke hotel. Ini nombor ejen tu 018 943 0633 (Elmi).
Malam tu, kitorang ke Datang Lang. Esok dah nak balik. Takut tak sempat lagi dah nak ke sini.
Kalau dah sampai kat sini, jangan lupa try 'special juice' kat bawah ni bersebelahan dengan dataran Lang. Ada beran???
Dan jugak ayaq nyoq goncang!
Esok... nak merialisasikan hajat kedua pulak!
No comments :
Post a Comment