♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 9, 2015

Core Value, Feruni Tour @ Feruni Ceramiche Petaling Jaya

Hari ni kami ke sini... Feruni Ceramiche Sdn Bhd di Petaling Jaya.

Haaa... hari ni aku nak cerita pasal kerja sikit. Sebenarnya aku memang jaaaaaarang sangat bercerita pasal kerja aku kat blog aku ni. Tapi hari ni, aku dapat timba pengalaman menarik kat sini. So, aku nak kongsi dengan korang.

Masa dapat tahu yang aku kena pergi ke kilang seramik, aku bayangkan aku akan ke kilang seramik yang berhabuk, kusam dan old fashion. Malasnyer!

Tapi, bila pagi tadi tiba kat depan banggunan Feruni ni, padangan aku bertukar 100%. Banggunan dia cantik dan moden! Berbeza dengan apa yang aku bayangkan!

Actually, bukan kilang pun, tapi HQ diorang; office and showroom.

Dan bila melangkah masuk ke dalam... wow!!! Memang buat aku terkesima!

Bangunan 3 tingkt dengan konsep open space yang sangat moden!

Masuk jer, kitorang diminta naik ke tingkat 2 banggunan Feruni ni. Di aras ni, tempat kakitangan diorang bekerja dan ruang makan. Kitorang turut disajikan dengan breakfast, kopi, teh dan hot chocolate!

Actually, office aku buat lawatan ke sini untuk belajar dan tengok Core Value diorang. Apa core value Feruni ni dan macam mana diorang implement dalam urusan kerja seharian diorang.

Di ruang makan atau Happiness Cafe ni, kitorang dah nampak diorang punya core value yang diorang terapkan...

So, daripada apa yang aku nampak, diorang amalkan award berbentuk Feruni Ringgit untuk staff diorang. Then dengan FR ni, diorang boleh beli apa-apa di dalam cafe ni tanpa dipantau sesiapa. Dan end of the day, akan ada orang kira stok, tengok seimbang tak stok yang diambil dengan duit FR yang diorang bayar atau letakkan kat dalam piggy bank warna merah tu.

Kalau seimbang, diorang akan lekatkan sticker Honesty kat calendar tu. Menarik kan?!

Lepas breakfast, kitorang dibawa untuk mendengar talk daripada Mr Roger Ong, salah seorang daripada director Feruni ni.

Talk Mr Roger Ong berkaitan dengan industri ceramik, tentang Feruni dan 4 pillars of Happiness, termasuklah 10 core value yang diorang amalkan.

So, inilah 10 core value Feruni!

Memang kagum sebab diorang berjaya laksanakan kesemua core value diorang melibatkan staff Feruni sendiri dan juga komuniti luar. Untuk tengok apa yang diorang buat, bolehlah stalk dan like facebook diorang kat Feruni Ceramiche Sdn Bhd yer.

Seterusnya, Mr Roger Ong bawak kitorang pusing-pusing dalam bangunan Feruni ni. Memang best office diorang, banyak WOW element dan buat aku rasa... nak macam ni jugak!!!!

Sini aku kongsi dengan korang....

Their 10 Core Values.

Actually, core value ni merupakan salah satu daripada 4 pillars of Happiness company diorang.

Interior design yang sangat menarik, even kat dalam toilet!

Ruang santai yang moden dan ringkas.

Ruang mencari bakat untuk staff lama dan baru, supaya bakat dan kerja staff diorang dapat lebih berkembang di Feruni dan staff tu sendiri dapat buat apa yang diorang suka.

Ruang kerja diorang, konsep open space.

And guess... where is the MD's table?

Up there, betul-betul bawah TV kiri tu.

Seriously???!!!

Yup!

Serious!

Tak der bilik, tak der divider!

Itulah meja MD diorang.

Susah nak cayer kan?

Kat sini tak der bilik director, bilik manager, malah bilik meeting pun tak der. Semua open space concept! And free seating. Duduklah mana kau suka. Tak der department HR, tak der department account ke, admin ke... tak der!!!

Staff diorang kat sini 90++.

Kat atas ni pulak badge medal yang diorang akan bagi kat staff mengikut apa yang diorang dah buat. So, kat lanyard kerja diorang, boleh nampak apa medal yang diorang dah dapat. Macam pengangkap! Huhuhu...

Bagus kan... So semua orang akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk kumpul badge-badge ni.

Selain medal ni, haaaaa.... ingat tak pasal Feruni Ringgit yang aku cerita memula tadi? Mr Roger kata, setiap kali staff join dan menjayakan aktiviti syarikat, diorang akan dapat FR sebagai salah satu award.

Gong ni unik! Setiap kali ada staff baru masuk, diorang wajib kena bunyikan gong ni pada hari pertama. Dan yang aku perasan, setiap kali orang bunyikan gong ni, semua staff akan bertepuk tangan!

Significant sungguh!

Di tingkat satu pulak ialah ruang berehat dan santai serta ruang pameran.

Bila-bila masa jer staff boleh menghabiskan masa kat sini selagi tak mengganggu kerja diorang.

Gym pun ada!

Meja solek ala-ala back stage celebrity make-up table ni pulak diletakkan di hadapan surau. Walaupun aku tengok staff muslim diorang ada berapa kerat je, tapi surau dia agak besar dan selesa. Siap dibahagi untuk lelaki dan perempuan! How thoughtful!

Ini pulak sebahagian daripada ruang pameran di aras satu.

Us!

<

Dan di ground floor, lebih banyak ruang pameran dan jubin-jubin serta harganya sekali! Jubin-jubin di Feruni ni memang cantik-cantik. Memang banyak berkenan!

Nak bawak balik toilet ni! Boleh?

Ini ruang designer yang buat design ruang dan dekorasi mengikut kehendak pelanggan.

<

Ini pulak ialah sample tiles diorang. Kitorang boleh bawak balik sebanyak mana kitorang nak, selagi larat!

Aku pun tak lepaskan peluang... cantik tak yang ini?

Sebelum balik, kitorang disajikan dengan makanan tengahari yang sangat sedap!

Dan sudah tentu, cenderamata daripada Feruni. Mestilah seramik!

Overall, tour ke Feruni ni memang best. Memang sekali gus tukar persepsi aku tentang tiles industry, yang sebelum ni aku rasa kotor, berhabuk, gatai hidung dan old fashion tetapi sebenarnya sangat moden dan mengujakan. Aku kagum dengan cara diorang bekerja dan treat staff diorang mengikut 4 pillars of Happiness. Bosses yang sangat cool dan sporting serta staff yang sangat friendly.

Memang best! Dan harap dapat terapkan budaya yang sama kat PC Group.

So, untuk kenali lagi Feruni ni, bolehlah ke facebook diorang dan like page diorang dan MD diorang Mr Ngai, yang katanya memang suka dapat 'like'. Hehehehe... Atau ke www.feruni.com.

2 comments :

Aty Fared said...

sangat2 menarik..!! konsepnya..care kerje nya..deko nya..memang impress..besh dapat keje tempat cegini..heheh :)

Unknown said...

salam.. hai, saya one of Feruni staff.. along the reading saya rasa goosebump.. macam kami hari2 tengok benda yang sama kami rasa biasa..bila saya baca dari sudut pandangan orang lain saya rasa sangat bertuah.. thanks for visiting us, and please welcome again.. :)

back to top