♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 24, 2015

Susun Atur | Beg-beg plastik

Hari Ahad.

Free sangat rasanya. Tak banyak kerja rumah nak kena buat. Rumah dah bersih, dah kemas, dah siap masak. Atas meja makan jer bersepah dengan lego-lego yang Naufal tengah main dan berimaginasi.

Hari ni malas nak keluar kemana-mana sebab enche Neezam pagi-pagi subuh tadi dah gi outstation. So, aku dan little Khairuns dok melepak kat rumah jer. Layan citer Korea - Birth of Beauty dan Running Man!

Sambil-sambil tengok tv, sambil-sambil lipat beg plastik. Bagi organize sikit plastik-plastik dalam kotak!

Actually, masa attend kelas terakhir Dale Carnegie hari Jumaat yang lepas, ada kawan yang share cara lipat plastik. Memang menarik perhatian aku. Oooooo... macam ni rupanya caranya. Selama ni aku dok sumbat jer beg-beg plastik tu dalam kotak.

Related: DIY Plastic Storage

Beg plastik dalam rumah aku memang banyak. Penuh 2 kotak untuk simpan beg plastik dan ada lagi aku sumbat dalam beg-beg plastik yang lain. Then campak jer dalam pantry room.

Lepas dah lipat elok-elok semua beg-beg plastik ni, hasilnya...

Penuh tak sampai separuh pun!

Bagusnya!!!

So, korang nak belajar tak cari lipat beg plastik?

Jom!

Kemaskan beg plastik tersebut.

Then, lipat dua.

Dan lipat lagi sekali.

Dari bahagian bawah, lipat bahagian hujung menjadi segitiga.

Teruskan melipat dalam bentuk segi tiga.

Teruskan sehingga hampir ke hujung.

Akhir sekali, selitkan bahagian hujung ke dalam 'poket'.

Siap!

Masukkan semua ke dalam kotak dan masih ada banyak ruang lagi boleh digunakan! Banyak plastik lagi boleh masuk!

Seronoknya! Nak ambil plastik pun tak lah serabut sangat dok tarik-tarik.

Lepas ni korang try buat plak k!

Selamat mencuba!

Selamat berhujung minggu!!!

Seronoknya!!!

Dah beberapa kali hujung minggu ni, bangun tidor tak der nak buat list kerja rumah panjang-panjang... Nak menyapu, mengemop, mengemas, membersih bagai... Actually, list tetap ada tapi x sepanjang dulu. Pukul 10 pagi tapi rasa macam tak der apa kerja rumah dah nak buat. Sebab aku gunakan teknik mengemas rumah 'jangan tunggu hujung minggu'! Insya Allah akan aku kongsikan tips dalam blog nanti!

Selamat berhujung minggu!!!

Friday, May 22, 2015

Dale Carnegie

Yey! Graduated!

Hahhahah... Graduate lah sangat kan.

Bukan graduate apa pun. Just dah tamat hadiri kelas in-house Dale Carnegie yang office anjurkan.

Hari ni kelas terakhir. Dan alhamdulillah, kali ni aku terpilih untuk mendapat award untuk LIONS sharing. Yey! Thanks to all who voted me!

y(^^)y

Standout!

Ni buku yang aku terima sebagai hadiah!

Dan ini pula buku-buku yang aku dapat sepanjang menghadiri kursus ni.

Honestly, tak tahu bila masa yang sesuai untuk baca buku-buku ni. Aku dah lama tak membaca buku-buku motivasi macam ni. Kat rumah memang busy sangat, kat office lagi lah... Dalam kereta memang aku tak boleh membaca. Kalau membaca dalam kereta aku pening, boleh muntah terus!

Apapun, aku akan cari masa jugak untuk habiskan buku-buku ni. Insya Allah...

Kursus Dale Carnegie ni memang bagus. Sedikit sebanyak membantu mental kita untuk sentiasa bersedia ketika berhadapan dengan cabaran-cabaran samada di alam pekerjaan atau personal dan berdepan dengan orang-orang sekeliling yang bermacam ragam.

So, kalau office korang ada anjurkan kursus ni, silalah join yer...

Wednesday, May 20, 2015

WW | Baru cek kedua dari... Nuffnang lah!

Monday, May 18, 2015

Frame baru bilik Naufal

Cantik tak frame baru kat bilik Naufal ni?

Ari tu gi Nilai 3. Kalau sampai Nilai 3 ni, aku memang suka gi G Houz Decor. Kat sini wall deco dia memang cantik-cantik! Tetiba nampak frame 3 serangkai ni kat sini. Comel kan?! Terus beli. Kang tak beli menyesal plak!

So, frame lama kiter kasi pindah kat playing area yer.

~~(^^)~~

Saturday, May 16, 2015

Memperkenalkan... my new besties!

Salam hujung minggu uolllssss!!!

Dah beberapa minggu ni aku berkenalan dengan 'best friend' baru. Best 'bf' ni. Walaupun baru berkenalan, tapi kami sangat serasi!

Yang bestnya, sejak ke 'bf' baru ni kat rumah, baju-baju kat rumah sentiasa tersusun rapi di dalam almari. Maklumlah... ada kawan melipat baju bersama-sama. Penuh jer almari! Mood nak melipat baju pun sentiasa ada sebab dibantu oleh 'bf' baru ni.

Huhuhuhu... Syoknyer tengok almari!!!

Actually kerja melipat baju ni selalunyer tugasan enche Neezam. Enche Neezam memang rajin melipat baju. Aku pulak sebaliknya. Lagipun banyak lagi kerja lain nak dibuat *huhu... alasan!* Tapi sejak berkenalan dengan 'bf' ni, aku jadi rajin plak. Asal baju dah siap kering dan diangkat dari ampaian, 'bf' aku ni selalu memanggil-manggil suruh lipat baju. Huhuhu...

Bilik tetamu pun dah tak penuh dengan baju yang berlonggok tak berlipat lagi! Yey! Selalunya letak baju-baju yang baru dibasuh kat bilik tetamu dulu... Tunggu hujung minggu baru ambil masa melipat. Tu pun kalau hujung minggu tak kemana-mana. Kalau berjalan... haaa... bertangguhlah gamaknyer! Drag ke hujung minggu depan pulak.

Aku percaya... fenomena kain baju berlonggok tak berlipat ni memang masalah hampir di setiap rumah. Kawan-kawan aku pun kebanyakkannya mengalami masalah yang sama.

Kain baju ni sebenarnya, bila berlonggok tak berlipat memang nampak banyak. Tapi bila dah lipat, sikit jer sebenarnya.

Terima kasih yer 'best friend'! Kenapalah kiter tak berkenalan sejak dari awal lagi? Huhuhu...

Haaaa... korang nak tak berkawan dengan 'best friend' aku ni?

Insya Allah... korang pasti akan rajin lipat baju. Sebab 'bf' ni memang akan selalu akan memanggil-manggil dan memotivasikan korang supaya lipat baju.

Cewah!

Hehehhehe...

So, aku memperkenalakan 'bf' aku ni.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Inilah dia

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cik Pelipat Pakaian!

*Aiseh! Dah macam doraemon plak rasanya! Huhuhu...*

My new best friend. Dan meja study dalam bilik ni sekarang ialah my new workstation - station lipat baju!!!

Oh! I loike!

Kerja melipat baju sekarang ni bukan sahaja mudah tapi jugak cepat dan menjimatkan masa.

Dapatkan Tips mudah pengurusan @ melipat pakaian di sini.

Korang nak tak pembantu yang hebat ni? Mai... saya jual RM50 sekeping. Nak tak?

Huhuhu... acah jer!

Sebenarnya dah lama cari board pelipat baju ni. Cari kat kedai, Aeon, Daiso, Mr DIY, sumer tak der. Tetiba bila search kat Lazada.com, ada banyak! So, korang bolehlah beli dari Lazada jer.

Hmmm... kalau korang nak beli kat lazada, aku nak share tips sikit.

  1. 'Search' (Keyword: cloth folder) dan compare harga. Paling murah korang boleh jumpa ialah RM25 sekeping.
  2. Ajaklah kawan-kawan kongsi beli sama-sama. Sebab kalau pembelian bawah RM75 akan dikenakan kos penghantaran RM15. Kalau atas RM75, delivery FOC.
  3. Kalau tak nak guna kad kredit, korang boleh juga bayar COD. Tapi tak semua boleh COD tau. Korang kena klik pada barang tu dan baca details dan terms dia. Ada yang boleh COD, ada yang bayar pakai kad kredit.

Dah beberapa kali hujung minggu ni dah tak lipat kain baju menggunung tinggi lagi! Lebih banyak masa boleh diberikan pada suami dan anak-anak. Seronoknya!

So, lepas ni, moh ler kiter jadikan lipat baju sebagai hobi yer.

Good luck!

Thursday, May 14, 2015

Naufal : Mama, ni special untuk mama... :D

Jemput Naufal dari tadika petang semalam. Depan pintu tadika Naufal terjah dan bagi hadiah sempena hari ibu.

"Mama, ni special untuk mama. Naufal yang buat!"

Excited betul Naufal bila serahkan bunga tu pada aku.

"Wahhhh! Cantiknya... Pandainya Naufal buat..."

Hmmm... Nasib baik cikgu kat sekolah suruh buat hadiah sempena hari ibu, kalau tak... tak dapatlah... huhuhu...

Tapi nampaklah effort Naufal untuk jadikan bunga tu kan.

\(^^)/

Tq Naufal!

Wednesday, May 13, 2015

Wordless Wednesday | Sambal Strawberi Ikan Masin

Yey or ney?

Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu 2015

Monday, May 4, 2015

Nak #aidijuma jugak!

My baby girl. Nak pakai aj jugak.

y(^^)y

Saturday, May 2, 2015

BBQ time with ❤

Cuti kali ni, aku dan little Khairuns spent time kat rumah family aku jer. Memandangkan enche Neezam pun kerja dan aku jalan pun mesti mana-mana jem giler. So, vacation yang terbaik buat masa ni ialah balik ke rumah mak abah kat KL.

KL memang lengang giler. Jalan semarak yang selalunya jem, clear je. Kalau hari-hari macam ni kan best... Hehehehe...

Hari ni, Joy, adik aku, plan buat bbq kat rumah dia. Dia dan keluarga dia baru jer masuk rumah yang baru dibeli. Rumah teres 2 tingkat yang besar dan sangat selesa. Mak abah aku pun seronok sangat bila anak-anak semuanya dah ada rumah sendiri. Lokasi pun tak lah jauh-jauh sangat. Paling jauh pun rumah aku lah, kat Sepang.

So, lepas Asar tadi baru bertolak ke rumah Joy. Semua orang ada, kecuali abah dan enche Neezam. Hmmm... orang busy deme-deme ni.

BBQ time... konon secara kecil-kecilan tapi makanan kemain banyak sampai tak cukup meja! Huhuhu...

Sedapnya makan satay papa bakar!

Kitorang sempat jugak sambut birthday Naufal dan Haziq.

Seronoknya bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Cuma kali ni tak cukup korum. Insya Allah, kalau ada rezeki kiter berkumpul lagi k! Kasi perfect!

Love you all sooooo much!

back to top