♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 24, 2015

Susun Atur | Beg-beg plastik

Hari Ahad.

Free sangat rasanya. Tak banyak kerja rumah nak kena buat. Rumah dah bersih, dah kemas, dah siap masak. Atas meja makan jer bersepah dengan lego-lego yang Naufal tengah main dan berimaginasi.

Hari ni malas nak keluar kemana-mana sebab enche Neezam pagi-pagi subuh tadi dah gi outstation. So, aku dan little Khairuns dok melepak kat rumah jer. Layan citer Korea - Birth of Beauty dan Running Man!

Sambil-sambil tengok tv, sambil-sambil lipat beg plastik. Bagi organize sikit plastik-plastik dalam kotak!

Actually, masa attend kelas terakhir Dale Carnegie hari Jumaat yang lepas, ada kawan yang share cara lipat plastik. Memang menarik perhatian aku. Oooooo... macam ni rupanya caranya. Selama ni aku dok sumbat jer beg-beg plastik tu dalam kotak.

Related: DIY Plastic Storage

Beg plastik dalam rumah aku memang banyak. Penuh 2 kotak untuk simpan beg plastik dan ada lagi aku sumbat dalam beg-beg plastik yang lain. Then campak jer dalam pantry room.

Lepas dah lipat elok-elok semua beg-beg plastik ni, hasilnya...

Penuh tak sampai separuh pun!

Bagusnya!!!

So, korang nak belajar tak cari lipat beg plastik?

Jom!

Kemaskan beg plastik tersebut.

Then, lipat dua.

Dan lipat lagi sekali.

Dari bahagian bawah, lipat bahagian hujung menjadi segitiga.

Teruskan melipat dalam bentuk segi tiga.

Teruskan sehingga hampir ke hujung.

Akhir sekali, selitkan bahagian hujung ke dalam 'poket'.

Siap!

Masukkan semua ke dalam kotak dan masih ada banyak ruang lagi boleh digunakan! Banyak plastik lagi boleh masuk!

Seronoknya! Nak ambil plastik pun tak lah serabut sangat dok tarik-tarik.

Lepas ni korang try buat plak k!

Selamat mencuba!

3 comments :

Unknown said...

Makkk ai kak julie, ni rajin tahap ape ni hehehehhe 👍🏻👍🏻👍🏻

Juliet Le Sweetheart said...

Hehehe...

Baha... ni namanyer tak der kerja cari kerja...

;p

saye niza said...

saya pun suka lipat jugak plastik, tapi letak dalam laci jelah, bercampur la denga barang lain hihi. BT\tw, cute box nih hihi

back to top