♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, March 16, 2015

The hardest post to write | Pengalaman menjadi mangsa pecah rumah dan rompakan bersenjata

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)"

الحمد لله

Segala puji bagi Allah swt. Bersyukur kepadaNya kerana kami masih diberi peluang untuk hidup dan terus menikmati keindahan dan kenikmatan dunia ciptaan Allah swt dan terus beribadat kepadaNya pada hari ini, disamping suami, anak-anak dan keluarga tercinta.

Tragedi 22 Februari 2015, pagi hari Isnin, merupakan tragedi paling pahit dan paling ngeri dalam hidup aku dan enche Neezam, sepanjang hampir 10 tahun perkahwinan kami.

2015... aku mengharapkan benda yang baik berlaku pada tahun ni. Tapi apa yang kita rancang, tak semestinya sama dengan perancangan orang lain. Dan sesungguhnya, Allah swt yang menentukan segala sesuatu...

Sepanjang CNY yang lepas, kami sekeluarga tak merancang kemana-mana. Hanya menikmati cuti panjang di rumah dan menerima tetamu dan keluarga yang datang bertandang.

Mana tahu... pada malam terakhir sebelum sessi persekolahan dan hari kerja bermula, pada pagi 22 Febuari, kami menerima TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG!

Empat lelaki bersenjata

21 Febuari 2015; malam tu aku dan enche Neezam tidur agak lewat. Sibuk menguruskan keperluan kerja dan persekolahan yang akan bermula esok hari. Niesreena dan Naufal, seperti biasa dah masuk ke bilik masing-masing jam 10 malam. Dalam pukul 12.15 malam, aku dan enche Neezam pula menyusul, naik masuk ke bilik kami.

Seperti kebiasaannya, sebelum tidur, enche Neezam akan memeriksa semua tingkap dan pintu berkunci. Begitu juga dengan kedua-dua buah kereta kami, dipastikan berkunci.

Dalam beberapa jam selepas itu, ketika kami nyenyak tidur, tiba-tiba kami dikejutkan dengan dentuman kuat pintu bilik kami yang dibuka! Lampu bilik juga dihidupkan! Aku dan enche Neezam sangat terkejut dan melihat 4 orang bertopeng berpakaian gelap dan bersenjatakan parang dan besi masuk ke bilik tidur kami. Aku sangat terkejut dan menjerit sekuat hati!

"Diam! Diam!" kata diorang sambil menghalakan senjata kepada kami. Aku berhenti menjerit dan beristigfar dan beristigfar dan terus beristigfar... Aku sempat grab cermin mata aku di atas meja sisi katil...

Aku melihat beberapa orang lelaki mula mengeledah almari baju kami dan keseluruh pelusuk bilik. Seorang lelaki berparang mengikat tangan enche Neezam. Dan seorang lelaki lagi mendekati aku dan menarik gelang tangan aku. Perompak tu cuba buka gelang tangan aku beberapa kali tapi tak berjaya. Mungkin susah sebab dia pakai sarung tangan berbulu yang tebal. Jadi aku sendiri buka gelang aku dan serahkan pada dia. Kemudian dia suruh aku buka rantai pula. Aku katakan, "Ini rantai pemberian emak saya..." dan dia kata "Kami mahu uwang saja". Berkali-kali dia katakan ayat yang sama. Dari slang yang dia gunakan, aku tahu diorang tu orang Indon! Setelah menyerahkan semua barang kemas yang aku pakai, aku kemudiannya diikat dengan lanyard.

Pada masa yang sama, aku lihat enche Neezam ditarik keluar dari bilik oleh lelaki yang berparang. Aku sangat berharap dan berdoa agar enche Neezam tak diapa-apakan! Berdoa sangat enche Neezam tak dicederakan!!! Takutnya masa tu, ya Allah!

Dari atas katil, aku lihat saja diorang dengan rakus mengeledah segala almari dan laci. Apa yang diorang jumpa, diorang masukkan dalam beg Coach aku yang selalu aku bawak gi kerja. Termasuklah sekotak barang kemas aku...

Mereka bersenjata - seorang memegang parang, seorang memegang besi kuku kambing dan seorang lagi memegang gunting pemotong besi.

Salah seorang dari perompak tu, menarik sarung muka dia, mungkin sebab kepanasan dan aku dapat melihat dengan jelas rupa dia! Ya! Sampai sekarang aku ingat!

Aku kemudiannya ditarik keluar dari bilik. Orang yang tarik aku, membuka pintu bilik tidur Naufal. Cepat-cepat aku merayu pada orang tu, "Jangan kacau anak saya. Anak-anak saya kecil lagi. Tak der apa-apa pun pada diorang..." Aku nampak Naufal dan Niesreena tengah nyenyak tidur di katil masing-masing. Takut sangat kalau diusik! Ya Allah! Lindungilah anak-anakku...

Alhamdulillah... perompak tu menutup semula pintu bilik Naufal. Aku kemudiannya ditarik semula masuk ke bilik tidur aku dan disuruh duduk di katil. Aku terus melihat 3 orang manusia celaka tu terus mengeledah dan mengeluarkan laci-laci. Ya Allah! Takutnya aku pada ketika itu. Seluruh badan aku menggeletar dan dada aku berdegup sangat kencang!

Di tingkat bawah, enche Neezam menunjukkan kepada perompak tu dimana kitorang letakkan wang tunai. Enche Neezam tunjukkan duit dalam bekas duit belanja sekolah Niesreena tapi pada yang sama perompak tu nampak bekas duit kecemasan kami dalam mangkuk di dalam almari pameran. Perompak tu terus ambil duit dari dalam mangkuk tu dan terlupa pada duit belanja sekolah Niesreena.

Pada masa yang sama, enche Neezam terpandang tab samsung Niesreena yang sedang dicas di bawah tempat penyidai telekung dan sejadah. Tak terusik! Mungkin perompak tu tak perasan. Harap-harap perompak tu tak perasan! Enche Neezam dibawa semula ke bilik kami.

Aku lega sangat bila nampak enche Neezam masuk semula ke bilik. Lega sangat bila nampak enche Neezam tak diapa-apakan. Perompak tu suruh enche Neezam duduk di katil. Dalam beberapa ketika, kami hanya melihat diorang memunggah serak mencari barang berharga kepunyaan kami! Terasa macam mimpi... Betul ke apa yang tengah terjadi sekarang? Kalau mimpi, ya Allah, cepat-cepatlah bangunkan aku... :(

Salah seorang daripada perompak tu kemudiannya memeriksa di atas katil. Alih bantal dan terus nampak handphone aku. Dia sempat tanya pada aku jenama handphone aku tu dan menyuruh aku keluarkan kad simnya. Aku blur! Macam mana nak bukak? Aku tak tahu. Aku serahkan pada enche Neezam. Tapi perompak lain kata, "Iphone tu. Diambil saja!". Lalu perompak tadi terus grab handphone aku tu dari tangan enche Neezam.

Tiba-tiba salah seorang daripada diorang datang pada kami. Menjerit pada enche Neezam "Mana lagi! Mana lagi!!!". Aku sangat takut dan terkejut sangat bila dia mula menghayun besi yang dipenggangnya seolah-olah ingin memukul enche Neezam.

Aku tak tahu daripada mana dapat keberanian, aku terus bertempik dan menghadang enche Neezam dengan tangan aku. Aku menjerit, "Ya Allah! Dah tak der apa lagi! Semuanya sudah diambil! Jangan pukul! Nak apa lagi?! Semua sudah diambil!!!" Inilah saat yang paling aku takut! Takut sangat!

Janganlah cederakan orang yang aku sayang! Janganlah usik mereka yang aku cinta! Tolonglah!!!

Lelaki tu kemudiannya turunkan besi yang dipengang. Dia menolak enche Neezam supaya baring dan menutup enche Neezam dengan comforter. Dia turut menutup aku yang sedang duduk, tapi separuh ajer. Sambil menghalakan besi tu ke muka aku, dia kata, "Kalau tak mahu diapa-apakan, duduk diam sajer."

Salah seorang daripada perompak tu, dia kata "Call driver...call driver..." Kemudian satu persatu keluar dari bilik dan meninggalkan kami.

Beberapa saat selepas diorang keluar dari bilik, aku terdengar bunyi "Turk!". Aku yakin... Itu pasti bunyi pintu. Aku jugak yakin yang diorang dah keluar. Aku lepaskan tangan aku yang diikat dan terus keluar dari bilik. Aku tengok bilik Naufal dan Niesreena tertutup rapi.

Dari atas tangga, aku menjerit "Ooooiiii! Ooooiiii!"

Tiada jawapan.

Aku pasti sangat diorang dah keluar.

Aku balik semula ke bilik dan lepaskan ikatan enche Neezam di depan pintu bilik kami. Aku buka pintu bilik Naufal. Niesreena dan Naufal masih nyenyak tidur di katil masing-masing. Alhamdulillah...

Aku dan enche Neezam perlahan-lahan turun ke tingkat bawah. Takut jugak kalau tiba-tiba masih ada perompak di dalam rumah. Aku tengok jam... pukul 3.48 pagi! Bila tak nampak sesiapa, kami mula memeriksa satu persatu pintu rumah. Pelik!!! Semuanya masih berkunci! Then kitorang periksa tingkap pula. Dan dari sinilah diorang masuk...

Ya Allah! Macam tak percaya jer...

Dari dalam rumah, kitorang periksa keadaan kat luar rumah. Kot-kot masih ada perompak kat luar. Bila yakin tak der orang, enche Neezam terus ambil kunci motor dan pergi ke pondok pengawal berdekatan untuk membuat laporan. Sebaik enche Neezam keluar, aku cepat-cepat kunci semula pintu dan naik ke bilik Niesreena dan Naufal tidur. Aku peluk-peluk dan cium-cium Niesreena dan Naufal. Bersyukur sangat diorang tak diusik. Ya Allah! Terima kasih kerana melindungi Niesreena dan Naufal!

Enche Neezam sampai semula di rumah. Lega bila tengok suami tercinta tak diapa-apakan. Cuma tangan bengkak dan luka sebab diikat dengan kuat. Kitorang masih mengigil dan melihat keadaan rumah di tingkat bawah yang bersepah sebab diselongkar. Speechless...

Tengok meja study, kosong! Kedua-dua laptop kerja aku dan enche Neezam diambil! Terbayang semua dokumen-dokumen dan fail-fail penting milik office dalam laptop tu. Aku rasa macam nak pengsan! Mujur enche Neezam memeluk aku dan mengingatkan aku bahawa harta dunia boleh dicari. Yang penting nyawa kita semua selamat!!!

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Seketika aku terlupa.

Aku kesian lagi kat enche Neezam. Dalam laptop dan external hard disk enche Neezam yang diambil tu lebih banyak benda penting - slide untuk kelas, penulisan, bahan-bahan akademik semua dalam tu. Enche Neezam Sabtu Ahad pun pergi office nak siapkan kerja. Last last... hilang begitu jer. Tapi aku tengok enche Neezam redha jer...

Tidak lama selepas tu, beberapa orang pengawal keselamatan tiba di rumah. Aku dan enche Neezam terus pergi ke balai polis Nilai untuk membuat laporan polis.

~ Enche Neezam diikat dengan dawai yang dipotong daripada pagar ~

Selepas buat laporan, bila tiba di rumah lebih kurang jam 7 pagi, ada beberapa buah kereta polis dah ada kat rumah. Terdapat juga anjing polis. Anjing tu ikut jejak perompak-perompak tu dari pagar yang dipotong di belakang rumah...

... sehinggalah ke kawasan construction tapak masjid yang bakal di bina di dalam universiti. Tapi bau tu hilang kat situ jer. Polis kata, ada kemungkinan, dari situ, perompak-perompak tu naik kenderaan ke tempat lain.

Bila Niesreena bangun pagi tu, dia tanya pada aku, "Mama, kenapa Reena dengar mama menjerit kuat malam tadi?". Aku terkejut Niesreena tanya macam tu, "Reena dengar?". Niesreena kata, "Reena dengar. Tapi Reena ngantuk, so Reena tidur balik". Ya Allah... Alhamdulillah... Syukur Niesreena tidur balik. Kalaulah Niesreena bangun pagi tu, mesti dia akan trauma dan ketakutan.

Pagi tu aku tetap hantar Niesreena dan Naufal ke sekolah. Aku tak nak diorang tahu dan takut serta menganggu siasatan polis. Niesreena dan Naufal pun banyak bertanya - kenapa rumah bersepah? Kenapa ramai polis? Kenapa itu? Kenapa ini? Hairan dengan keadaan luar biasa pagi tu. Jadi aku rasa lebih baik diorang ke sekolah.

Dalam siasatan polis

Sekarang ni kes ni dalam siasatan pihak polis. Polis pun dari masa ke semasa ada hubungi kitorang untuk sessi pengecaman suspek. Tapi buat masa ni, masih tiada lelaki yang aku cam tu. Aku berdoa agar diorang semua akan dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan! Dah lah datang negara orang! Lepas tu buat onar pulak! Memang celakalah engkau perompak!!!

Kata polis, malam sebelumnya pun ada rompakan di sebuah rumah di Taman Desaria. Monus operandi yang sama, waktu yang sama dan jumlah perompak pun sama! Nilai sekarang ni memang tengah diserang demam samun!!!

Harta benda yang hilang

Banyak! Memang banyak! Honestly aku sangat sedih bila mengenangkan banyak barang kemas aku hilang. Mostly barang kemas aku banyak sentimental value - hadiah perkahwinan, hadiah dari suami, hadiah dari emak, hadiah dari emak mertua, hadiah birthday, hadiah untuk Niesreena, tak kurang jugak yang aku beli sendiri. Sedih betul...

Selain barang kemas, 3 buah handphones, cash, beberapa utas jam tangan, beberapa bentuk cincin enche Neezam, handbag Coach aku, laptops, bag laptop dan beberapa barang berharga lain turut diambil.

Yang enche Neezam agak menyampah, minyak wangi Issey Miyake enche Neezam turut diambil tapi minyak wangi jenama body shop yang diletakkan di tempat yang sama tak ambik pulak! Memilih gak perompak tu!

Bila dikira-kira, jumlah kerugian melebihi RM40k.

Bila dikenang-kenangkan barang-barang yang hilang tu, memang rasa sedih dan ralat sangat. Honestly, kadang-kadang aku menangis bila mengenangkan harta benda yang diambil. Tapi enche Neezam selalu ingatkan aku agar bersyukur dan tak kufur nikmat. Bersyukur kerana tak der seorang pun dari kami yang cedera. Itulah harta benda yang lebih berharga!!! Insya Allah... benda-benda yang hilang tu, perlahan-lahan kitorang boleh kumpul semula.

Trauma

Hari ni genap 3 minggu lepas insiden ni berlaku. Aku dan enche Neezam masih trauma dengan apa yang terjadi. Sehingga kini, kitorang masih tak tidur kat tingkat atas. Kitorang naik ke bilik just untuk simpan dan ambil pakaian jer. Berada kat bilik tu mengingatkan kitorang, saat-saat yang menakutkan itu.

Aku, sejak kejadian, tak pernah tidur malam dengan nyenyak. Tengah malam mesti terjaga beberapa kali. Even gi tidur kat hotel atau gi tidur kat rumah emak pun, tetap terjaga dan mudah sangat terkejut waktu tengah malam.

Sepanjang seminggu selepas kejadian, bila terjaga malam je aku terkejut dan menangis dan ketakutan. Dada mula berdebar-debar dengan kuat, rasa macam nak terkeluar! Kesian enche Neezam, turut tak tidur nyenya sebab asyik terjaga jer setiap kali aku mengigau.

Langkah keselamatan

Alhamdulillah... sejak insiden. Pihak universiti banyak meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

(Ooooo... pada yang tak tahu... kitorang dirompak di rumah dalam kawasan universiti. So, memang ramai sangat keluarga dan saudara-mara yang terkejut dan tak percaya bila benda ni jadi. Dalam kawasan universiti pun kena rompak?)

(1) Seorang pegawai keselamatan ditugaskan untuk menjaga rumah kitorang setiap malam secara kekal sepanjang malam. Sebelum ni, pak guard hanya round kat rumah sejam sekali jer. (2) Spotlight yang dah hampir setahun tak berfungsi, akhirnya terang benderang menerangi rumah kitorang dah sekarang. (3) Pihak universiti dengan segera telah memasang alarm di rumah.

Alhamdulillah... bersyukur dan berterima kasih sangat dengan kesungguhan dan pertolongan daripada pihak majikan. Tapi bak kata orang, 'benda dah jadi baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini'. Tapi ok lah kan. Daripada tak buat apa-apa langsung.

Cuma...

memandangkan kami dirompak di dalam kawasan universiti dan ketika waktu bekerja (sebab enche Neezam pengetua asrama) dimana kitorang diwajibkan menetap di rumah yang disediakan... so... aku rasa pihak universiti sepatutnya berikan gantirugi. Apapun, sedikit sebanyak, kejadian ni terjadi atas kecuaian pihak keselamatan universiti jugak. Ye tak???

Bila check cctv, daripada pukul 2.20 pagi perompak-perompak tu dah berpusing-pusing kat rumah kitorang. Macam mana pihak keselamatan yang jaga cctv boleh tak perasan? Diorang mula masuk dalam rumah pukul 3 lebih. Pukul 3, pak guard ada pusing kat rumah. Pun tak perasan perompak-perompak tu yang hanya menyorok di sebalik pokok.

Apapun, kitorang berserah ajerlah pada Allah swt.

Lagipun, aku dan enche Neezam percaya, kalau Allah swt dah tetapkan yang kitorang yang jadi mangsa malam tu, tak kiralah samada kat mana pun kitorang duduk, keselamatan seketat manapun, kalau dah kata nak kena, akan kena jugak...

Terima kasih semua!

Sejak kejadian, pihak atasan dan kakitangan universiti jugak tak putus datang 'melawat kawasan' dan mengucapkan takziah pada kitorang. Begitu jugak dengan kawan-kawan, dari jauh dan dekat, turut datang ke rumah dan menyampaikan rasa simpati dan doa yang tak putus-putus.

Terima kasih semua atas ucapan, doa dan sokongan daripada semua pihak. Insya Allah... kitorang akan terus kuatkan semangat untuk menjalani kehidupan seperti biasa...

13 comments :

Anonymous said...

Masya Allah julie. besarnya dugaan. harap tabah & sabar. banyakkan berdoa - mama mia

Unknown said...

assalamualaikum sis..takziah dr kami skluarga..ptt lama sis mnyepi..sy harap sis dan suami sabar dn tabah ye..ape pn syukur sb sis dan fmily selamat..alhamdulillah..

Lieya said...

Kak julie.. fadh mmg speechless.. syukur sgt kak julie sekeluarga selamat... kuatkan semangat k..

Myliferia said...

Semoga terus diberikan ketabahan atas dugaan ini.

Suhaila Mohd Nasir said...

Tabah menghadapi hari muka dab saya doakan semoga sis n family dilindungi Allah selalu

Anonymous said...

Ya Allah...semoga tabah julie n nizam...-pidah mahfodz

Unknown said...

Takziah.. semoga tabah ye to you guys.. alhamdulillah all of u selamat... Take care guys..

Anonymous said...

Al fatihah. takziah julie & neezam. semoga terus tabah. insya allah segala yg berlaku ada hikmahnya. allah akan berikan lebih baik lagi pada masa akan datang

Anonymous said...

assalam...takziah dr saya...new silent reader...
saya stay di desa casuarina, dan minggu lepas, jiran saya jadi mangsa..tapi lebih sedih sebab depa larikan 2 bijik kereta sekali..nauzubillah..
makin menjadi2 plak skang ni kan..kwsn casuarina selalu gak ada kes mcm ni, tapi tak pernah lagi yg larikan kereta...
moga kita semua dilindungi

et

Juliet Le Sweetheart said...

Thanks all for your nice comment and doa. Appreciate sangat-sangat! Semoga kita semua dijauhkan dengan kejadian macam ni...

ibuamsyar said...

Takziah dan mg dipermudahkan semuanya..pengalaman yg sama saya lalui tahun lps..4 org perompak masuk rumah..kami diikat..Alhamdulillah selamat..

Anonymous said...

saya cuma silent reader jer...takziah julie..nasib baik julie dan keluarga tak diapa2 kan...saya yang membaca ni rasa takut apatah lagi yang rasa sendiri...huhuhu....

Unknown said...

kak julie, sorry to hear about this tragic incident. n thanks sbb sharing jugak. now tgh buat rumah, since baca post kak julie ni, byk kali gak pk desig utk grill dan pintu supaya kalis perompak...Allahu...moga Allah lindungi kita semua..seriau laaaaa :(((

back to top