♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, March 29, 2015

NY Steak Shack @ IOI City Mall, Putrajaya

Sebenarnya dah beberapa kali enche Neezam ajak gi IOI City Mall Putrajaya. Tapi selalu tak berkesempatan. Akhirnya, hari ni kitorang jejakkan jugak kaki ke sana.

Mall ni memang besar dan bertingkek-tingkek. Seriously, kitorang tak habis pusing pun hari ni. Kaki dah letih!

Banyak kedai-kedai yang menarik kat sini. Sport Direct pun ada! Tetiba fefiling berada kat Northland shopping center kat Melbourne.... Huhuhu...

Restoran kat sini pun sangat banyak. Ada bermacam-macam pilihan. Kalau korang suka makan makanan Korea. Haaa!!! Kat sini lah tempatnya! Aku rasa ada lebih kurang 5 buah restoran makanan Korea kat sini!

Late lunch tadi, kitorang berkesempatan try steak kat NY Steak Shack.

Enche Neezam cuba diorang punyer burger, striploin steak untuk Niesreena dan Naufal dan ribeye steak untuk aku. Setiap hidangan lengkap dengan 2 sides order dan sos pilihan korang. Menarikkan?!

Overall, steak dan burger kat sini memang sedap! Oh ya... banana milkshake dia pun superb! Niesreena dan Naufal enjoyed their tender and juicy medium rare steak so much! So do I! Dan enche Neezam jugak!

Portion setiap satu hidangan memang besar. Seriously memang kenyang sangat! Alhamdulillah...

Environment kat sini pun ok. Selesa dan bersih, pekerja diorang ramah dan helpful! Dan yang paling penting, service diorang cepat walaupun full house!

So, kalau korang nak makan steak, aku berani rekomen kat sini. Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah gi kat fb diorang kat sini https://www.facebook.com/nysteakshackmy/

Ini rekemen ikhlas punyer tau. Kedai ni tak bayar aku pun untuk review hokey! Huhuhu...

Well, ada banyak lagi kedai-kedai menarik kat IOI City Putrajaya ni.

Beberapa kedai yang memang aku suka kat sini ialah Home Pro dan Index Living Mall. Combination kedua-dua kedai ni jadi ala-ala ikea lah... Menarik sangat!

Kalau nak tau apa yang best kat IOI City Mall Putrajaya ni, kenalah gi sendiri!

y(^^)y

No comments :

back to top