السلام عليكم
Selamat pagi!
Tetiba rasa hari ni nak share resepi plak. Dah lama rasanya tak kongsi resepi. Tak sempat... (^^")y
Aku nak kongsi resepi
'Chicken + Prawn Dumplings' / 'Wantan Ayam + Udang'
Ada kengkawan yang mintak resepi ni kat fb ari tu. Sorrylah... dah lama baru update. Ni kalau peram post ni lama-lama, takut dalam hp jer lah gambar-gambar ni. Takut lupa nak publish.
Actually, aku tak lah mahir sangat buat dumplings. Baru 2 kali cuba. First time hari tu, aku stim dan kali kedua pulak aku goreng. Dua-dua cara pun sedap!
Insya Allah, kalau ada rezeki, kiter buat sup pulak yer... (^-^)
So, bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
Kulit wantan boleh beli dah siap kat pasaraya Daging ayam cincang 1/2 paket Udang segar 5-7 ekor dicincang Cendawan shitake 3-4 biji dicincang Sos tiram 1 sudu Suhun sikit Minyak zaitun 1 sudu (Sepatutnya minyak bijan tapi apa-apa minyak pun ok) Perencah ayam 1 sudu kecil Sedikit white paper Tepung jagung 1 sudu
Selain bahan-bahan di atas, korang boleh jugak masukkan daun sup, daun bawang, bawang, lobak merah, atau apa-apa sahaja yang korang suka, yang bersesuaian. Kalau nak pedas, tambah cili pun ok!
So, korang just campur semua bahan-bahan tersebut.
Dan gaulkan sebati.
Untuk kukus, bolehlah masukkan bahan-bahan tadi ke kulit wantan dengan cara macam bawah ni.
Dan untuk goreng, pastikan inti wantan ditutup habis dengan kulit wantan macam kat bawah ni. Lekatkan kulit wantan tu dengan letakkan sedikit air. Pastikan betul-betul melekat bagi mengelakkan ia terbuka masa menggoreng nanti.
Untuk kukus - panaskan pengukus dan kukus dumpling dalam 10-15 minit.
Untuk goreng - panaskan minyak dengan api sederhana besar dan goreng secara deep fried selama 5-7 minit. Yang goreng ni sedap dimakan panas-panas.
Siap! Bolehlah dijadikan juadah minum petang atau bila-bila masa sahaja.
Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment