♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 15, 2015

Zapin, mee rebus dan air katira!

Obviously, dari tajuk tampak sangat keJOHORannyer kan?

Hehehehe...

Kitorang ke dataran Segamat malam tadi sebab ada Karnival Kebudayaan yang sedang berlangsung. So, sajerlah buat liputan. Eceh...

Niesreena dan Naufal dari jauh dah kejarkan giant bubble ni.

Murahlah kat sini. Semangkuk sabun dan gelung saiz kecil baru RM2. Ada pelbagai saiz mengikut harga. Puaslah main...

Bukan setakat Niesreenna dan Naufal, ayah dan mama diorang pun enjoy sama!

Ini dia owner Giant Bubble Putrajaya ni. X-schoolmate enche Neezam. Zahid namanya.

Lepas dah penat main bubble dan berlari-lari, berbaring-baring kat padang, berpeluh-peluh, kitorang pekena juadah asal dari Johor ni - mee rebus dan air katira. Habis semangkuk mee Naufal makan!

Kitorang sempat jugak tengok persembahan tarian zapin. Pertandingan peringkat akhir malam tadi. Seronoknya tengok diorang berzapin!

Eeeeeee aaaaaahhhhh!!!

Biasalah bila karnival macam ni, lebih-lebih lagi kat Johor ni, maka banyaklah jersi JDT yang dijual.

Luaskan kuasamu!

Naufal pun rambang mata!

Enche Neezam apatah lagi!

Aiskrim pasu?!

Kegilaan apakah ini?

Kitorang pernah tengok kat TV. Kat mana ntah ari tu... Tak sangka berlambak plak orang jual kat sini.

Harga standard kat sini, sepasu RM5. Aiskrim dia ciput jer pun. Taklah penuh pasu tu.

Tak sangka lama plak kitorang lepak kat sini. 2 jam jugak lah.

So, korang yang dok kat area Segamat tu, masih sempat lagi nak ke karnival kebudayaan ni. Karnival ni berakhir 28 Februari.

Jom!

No comments :

back to top