♔ Day 2 ♔
24 Januari 2015
Hari ni memang juta-juta duit aku habis. Hahahhaa... juta juta rupiah!
Memang memula sampai kat sini, rasa kaget sangat nak guna matawang rupiah Indonesia. Cehhh... kagetlah sangat kan... Huhuhuhu...
Mana tak nyer... kalau kat Melbourne dulu, nak beli apa-apa just x3. Congak jer. Ni tetiba kena bahagi plak. Susah giler nak aktifkan otak yang dah tepu ni. So, handset sentiasa kat tangan. Tengok harga then bahagi 3,500... lebih kuranglah...
Macam kat Malaysia, nak masuk toilet kat sana pun kena bayar tau. Bila tanya berapa charge masuk toilet? Orang tu kata 2 ribu! Tak ko kaget kat situ! Ribu-ribu nak masuk toilet. Rupa-rupanya lebih kurang 60 sen jer. Huhuhu... Tu pun kire mahal kan?
So, hari ni, kitorang dibawa ke area Sidoarjo. Sebelum gi perabih duit, kitorang dibawa ke area Lapindo terlebih dahulu. Kat Lapindo ni terdapat beberapa perkampungan yang terbenam disebabkan lumpur panas yang meluap dari lubang yang digali. Tempat ini dikenali dengan kawasan Lumpur Panas Lapindo.
Kata orang-orang kat situ, pada mulanya ada syarikat minyak yang dok gali lubang kat situ untuk cari minyak. Tetiba minyak tak jumpa tapi lumpur panas yang meluap-luap keluar. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2006 dan sehingga sekarang, lumpur dan asap dari lubang tu masih keluar dan semakin tinggi. Lumpur panas tu dah menenggelamkan beratus-ratus ekar kawasan kampung termasuk kilang 2 tingkat milik Unilever.
Benteng setinggi banggunan 3 tingkat dibina supaya lumpur tak merebak ke jalan utama.
Destinasi seterusnya ialah shopping!!!
Kitorang dibawa ke Tanggulangin. Tanggulangin ni adalah pusat menjual barangan kulit - beg, kasut, pakaian dan bermacam-macam lagi. Beg fake LV, Gucci, Prada, Coach, MK kemain banyak kat sini...
Ini jaket kulit original. Kalau convert duit Malaysia sama dengan RM700 sehelai.
Sebelum kitorang ke destinasi seterusnya, kitorang lunch dan solat dulu kat sini. Berlainan dengan kat Malaysia, tempat solat kat Surabaya ni tak asingkan lelaki dengan perempuan. Cuma satu ruang solat disediakan dan berkongsi lelaki perempuan. Even kat airport pun macam tu gak - cuma satu ruang solat.
Kat Tangulangin ni, ruang solat terbuka jer. Macam gazebo. Atas pangkin kayu... Memula tu rasa kekok tapi... belasah jer lah... Alaaa dulu masa kat Melbourne, kitorang solat atas lot parking selamba jer... Huhuhu...
Yang bagusnya kat sini, sesiapa jer lelaki yang mula solat, maksudnya masa tu tak der solat jemaah. dia pasti jadi imam dan yang lain-lain makmum.
Tambah tenaga. Makan sampai tertidur. Punyerlah penat!
Destinasi ketiga kitorang hari ni ialah ke pusat oleh-oleh Kepala Singa. Kat sinilah aku beli pelbagai jenis kerepek yang pelik-pelik yang aku cerita dalam post aku yang lepas.
Dan destinasi terakhir, jalan-jalan perabih duit hari ni ialah ke Indah Bordir.
Indah Bordir ni ialah pusat pakaian dan batik. Kain-kain dan telekung yang dijual kat sini pun cantik-cantik dan harganya boleh dikatakan berpatutan dan berkualiti.
Letih betul hari ni. Banyak betul berjalan dan banyak betul duit melayang. Huhuhu...
Destinasi seterusnya, balik hotel! Tak larat dah!
Sambil-sambil berehat dalam bas, sambil-sambil menikmati permandangan.
Tetiba nampak bebudak balik sekolah. Hari ni hari Sabtu. Dan kalau korang nak tahu, kat sana, diorang bersekolah dan bekerja 6 hari seminggu. Rehat cuma hari Ahad sahaja. Gigih kan?!
Haaaa... kalau kat Malaysia, kiter kadang-kadang jumpa pakcik-pakcik dok kat warung main dam aji kan? Tapi pakcik kat sini dok kat warung atas lantai main chess!
Kadang-kadang di tepi-tepi jalan boleh nampak peminta sedekah kendong anak-anak kecik dan minta sedekah kat pemandu yang berhenti.
Kat sesetengah kawasan yang boleh buat U turn, terdapat beberapa orang awam yang tolong jaga supaya pemandu senang nak U turn. Nanti diorang akan mintak pemandu memberi laluan pada pemandu yang nak buat U turn dan pemandu yang buat U turn tu kemudiannya akan ulur 2 atau 3 ribu pada tukang jaga jalan tu.
Motorsikal sentiasa memenuhi jalanraya!
Murahnya! Nasi apa yang dijual tu???
Baru hari kedua, juta-juta dah habis duit. Bebudak ni pun dah kaget nak cari money changer. Aku pun sama! Huhuhu... cam ner nak shopping esok? Esok? Dan esok???!!!
No comments :
Post a Comment