☂ Day 1 ☂
23 Januari 2015
Subuh lagi Niesreena dan Naufal dah bangun dan bersiap. Diorang excited nak ikut mama dan ayah gi 'bercuti naik kapal terbang'. Tahun-tahun sebelum ni, kitorang gi 'naik kapal terbang' mesti berdua jer - tanpa Niesreena dan Naufal. Tapi kali ni, kitorang bawaklah diorang... sekali sekala... Terpaksalah Niesreena dan Naufal ponteng sekolah.
Kitorang ke Surabaya ni sebenarnya atas dasar kerja. Enche Neezam yang kerja. Kitorang dok selitlah - alang-alang. Ini kali kedua enche Neezam ke Surabaya. Bersama-sama kitorang ialah 15 orang student enche Neezam, dari FKP, USIM. Emak ayah enche Neezam pun sama-sama ikut kali ni.
Kitorang tiba di kota Surabaya kira-kira jam 11.30 pagi. Waktu kat sana lambat sejam dengan waktu Malaysia.
Tiba jer kat sana, kitorang dibawa oleh agen untuk makan dulu. Kat sinilah kitorang dapat rasa hidangan ayam bakar yang sedap... dan kepala ayam yang... tak lalu nak makan. Huhuhu...
Seterusnya kitorang di bawa ke monumen kapal selam - Tabah Sampai Akhir. Monumen ini pada asalnya ada kapal selam yang digunakan oleh Angkatan Laut Republik Indonesia suatu ketika dahulu.
Berdekatan dengan monumen kapal selam ni terdapat pula monumen kebanggan Surabaya iaitu monumen Sura (ikan yu) dan Boyo. Ada lagenda dan sejarah disebalik 2 haiwan ni. Untuk mengetahui sejarah di sebalik nama Surabaya dan ikan yu serta buaya, silalah google yer... y(^^)y
Kitorang kemudiannya dibawa, pusing-pusing kota Surabaya. Kota Surabaya ni jugak terkenal dengan jolokan kota pahlawan. So, ada banyak monumen pahlawan di sekeliling kota yang kitorang nampak.
Kota Surabaya merupakan kota yang sangat padat dengan penduduk. Kebanyakkan diorang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan. Motor diorang... masya Allah... rasanya purata kereta:motosikal ialah 1:30 kot. Memang banyak sangat motosikal. Dan diorang boleh naik sampai 5/6 beranak sekali gus! Dan apa benda pun boleh bawak! Kebetulan aku nampak orang bawak bumper kereta naik motosikal! Gigih betul! Huhuhu...
Petang tu hujan. Kata agen kitorang, Hafis, kat sana memang tiap-tiap petang hujan. Bila hujan mula turun rintik-rintik, banyak motorsikal berhenti tepi jalan dan diorang mula pakai baju hujan. Malah kat tepi-tepi jalan tetiba banyak pulak warung jual baju hujan. Memang banyak giler! Sepanjang jalan!
Tapi yang aku kagum sangat ialah pada teksi diorang. Teksi biru dan oren, semuanya gunakan Vios baru! Kelas gitu....
Dalam pukul 6 petang, kitorang dibawa ke tempat penginapan. Masing-masing penat dan keletihan setelah berjalan jauh. Niesreena dan Naufal masih nampak bersemangat lagi. Simpan tenaga untuk hari esok pulak
No comments :
Post a Comment