Haishhh... Idok ler teman!
Sebab...
Mentaliti aku
"Takutlah nak pegang anjing! Kang dia gigit!"
"Kalau kering tak per, tapi betul ker tangan tu betul-betul kering?"
"Ish... kalau kering pun aku tak kan sentuh!"
Then pagi Sabtu lepas aku tengok ramai yang kongsikan kat fb pasal event ni. Ramainya umat Melayu yang bukan setakat sentuh, belai tapi dok dukung dan cium!
Haaaiiiissshhhh! Tak geli ker? Boleh ker pegang-pegang macam tu?
OK!
Itulah pemikiran aku... mungkin tak sama dengan korang. Dan inilah stigma yang diorang nak tukar, salah satu objektif event tu.
Sejak hari Sabtu yang lepas, hinggalah ke hari ini, aku tengok ramai yang berbalah kat fb pasal benda ni - ada setuju dan ramai yang tidak. Masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing, masing-masing keluar dalil masing-masing. Semua nak menang!
Dan post ini, di blog aku ni adalah pendapat aku! Jangan caci cerca kalau tak sependapat!
Sukati aku arrr!!!!
Bagi aku, objektif event ni bagus. Tapi matlamat tetap tak menghalalkan cara. Cukuplah sekadar ceramah dan penjelasan bagaimana untuk melayan anjing dan dalam keadaan apa seseorang muslim tu boleh menyentuh anjing.
Kot kalau Jabatan Agama Islam sendiri yang adakan ceramah atau bengkel pasal anjing ni - teori only, no practical, no dogs - agak-agak dapat 1000 sambutan dari orang Melayu tak? Kalau JAI nak buat kursus Samak dan Sertu, free, boleh dapat beribu-ribu penyertaan tak untuk sekali event tak? Hmmmmmmmm???
Ramai yang kata, anjing pun makhluk Allah. Kenapa ada double standard? Ye betul! Oik oik pinky tu pun makhluk Allah jugak! Tapi nak ke kiter sentuh, walaupun lepas tu samak balik? Pandang pun dah geli. Yuck! Ooooo... tapi anjing cute, oik oik busuk! Eh... tak baik double standard!
Aku tak tahulah apa pendirian orang Islam yang pergi ke event tu dan sentuh anjing-anjing tu. Mungkin diorang dah buat kajian dan rujukan masing-masing sebelum pergi sana dan sentuh anjing-anjing yang comey-comey tu. Memang comel kan semua anjing kat situ... Geram aku tengok! Masya Allah! Cantik sungguh ciptaan Allah.
So, apa kepuasan dan persepsi diorang terhadap anjing selepas pergi ke event tu? Tentulah diroang dah tak takut dengan anjing... atau lebih yakin dan berani nak pegang anjing. Tapi dalam keadaan apa yang diorang akan pegang anjing selepas ni?
Aku 100% yakin, yang diorang takkan terlintas untuk bela anjing lepas gi event tu. Tak kan lahhhhhhh diorang ni jahil sangat kan????
Atau, pergi rumah kawan atau keluarga yang non-muslim, ada anjing, tak risau nak sentuh-sentuh, nak belai-belai anjing? Hmmm... boleh ker?
Atau... bila-bila tengok anjing dalam kesusahan, dengan segala upaya akan tolong anjing tu! Seriously?!!! Kalau ye... ada kekuatan macam tu... baguslah... Maklumlah... dah gi event pegang anjing. Hahaha... sarcastic! Ooooppppssss! Sorry pada yang terasa.
Macam adik kat bawah ni. Tak semua ada sifat HERO macam ni. Ko hado?!
Tak perlu nak gi event bagai. Asal ada kekuatan mental dan fizikal semua boleh!
Apa-apa pun, kita sebagai umat Islam, sentiasalah jadikan Al-Quran sebagai rujukan yang paling-paling utama. Aku... aku tak pandai nak kaji Al-Quran. Kalau baca tafsir pun, tak pandai nak menafsir. Jadi tempat yang paling mudah dan tepat, aku akan tanya pada suami aku - straight dapat jawapan yang mudah dan senang aku faham.
Honestly, aku ni tak arif sangat hal-hal hukum-hakam agama ni. Tapi seboleh-bolehnya aku cuba menjauhkan diri daripada pekara-pekara yang syubhah. Penjelasan kat bawah ni jelas untuk aku. Aku percaya, korang pun dah ada baca kat fb. Ramai yang share.
Aku juga tertarik dengan komen KM Noor kat post fb aku:-
* * * * *
"I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.
Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.
Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:-
Hukum menyentuh anjing
(1) Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:-
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.
Hukum membela anjing
(2) Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:-
i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata:
"Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[Riwayat Muslim no. 1571]
"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata:-
“Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:-
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.
(3) Walau bagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.
Rujukan:-
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)"
* * * * *
Jelas!
Ada yang kata... Ustaz-ustaz pun ramai yang datang dan sokong event tu! Ye ke??? Memang ramai yang datang...
Tapi...
I'm so glad that ada kawan-kawan aku yang non-muslim pun tak setuju dengan event ni. Even kalau diorang (non-muslim) tak suka kucing, then ada event 'I want to touch a cat' pun diorang tak kan join. Dan diorang pun tak paham kenapa ramai orang Islam yang beriya-iya sangat nak join event 'I want to touch a dog'!
Sebab nak hilangkan rasa takut pada anjing!
Anjing comel-comel masa hari tu, bolehlah... Kalau anjing-anjing terbiar tepi jalan tu, seriously dah tak takut ker????
Lepas ni kena buat event, I want to touch a frog, a snake, a monkey... macam-macam lagi lah. Kan banyak binatang lain yang boleh kite sentuh, tapi takut nak sentuh!
Apa-apapun, kesan daripada timbulnya isu ni, aku sendiri dan orang ramai terutamanya muslim lebih paham lagi tentang Anjing dalam kacamata Islam. Banyak bacaan yang dishare di fb - sumber paling mudah sekarang ni. Boleh baca tapi sahkan kesahihannya dengan orang yang lebih arif. Jangan setuju membabi buta.
Yang dah terjoin event tu, aku tak judge korang jahil ke hapa. Aku pun jahil dalam hal ini. Tapi janganlah tegakkan benang yang basah. Nak jugak menang! Yang haram, tetap haram. Cubalah jauhkan diri dari fitnah dunia dan sentiasa mencari keredhaanNya....