♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, October 4, 2014

Resepi | Paru goreng istimewa

Insya Allah... esok kite semua akan menyambut hari raya Haji. Kat masjid-masjid dan surau-surau dah ada beberapa ekor kambing dan lembu yang bakal dikorbankan.

So, apa hidangan istimewa korang sempena hari raya ni?

Raya kali ni kitorang balik beraya di rumah mertua aku kat Segamat. Biasanya ayah mertua akan masak menu istimewa dia - ungkep dan opor. Dua-dua aku tak pandai masak. Tak belajar lagi. Hehehe... Insya Allah akan cuba belajar nanti!

(^-^)

Kalau kat rumah family aku, emak selalunya akan buat kuah lodeh, rendang ayam, daging sate dan kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit. Dan favorite kitorang sekeluarga ialah paru goreng yang digoreng agak garing dan manis sikit. Sedap sangat!

Kitorang tak pernah jumpa menu ni kat tempat lain.

Mak kata, resepi ni dulu mak belajar dengan kawan emak berasal dari Brunei masa sama-sama menetap di London dulu. Lama dah resepi ni...

Haruslah aku belajar resepi istimewa ni.

Setiap kali kalau beli paru, Niesreena dan Naufal mesti mintak aku goreng macam ni. Rasanya manis dan garing!

So, hari ni, bersempena dengan hari raya haji yang bakal tiba esok, aku nak kongsi menu istimewa ni dengan korang. Resepi yang sangat simple tapi sedap!

Paru Goreng Istimewa 

- cik Ani style... hehehe... mak aku lah tu...

Bahan-bahan yang diperlukan cuma paru lembu, garam, gula, serbuk kunyit dan kicap serta minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya

  1. Rebus paru untuk beberapa ketika supaya paru menjadi lembut. Kalau ada pressure cooker lebih baik. Cepat dan menjimatkan masa.
  2. Bila dah direbus dan paru dah sejuk, bolehlah paru tu dipotong nipis-nipis.
  3. Gaulkan paru dengan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Jangan manis sangat!
  4. Tambahkan sedikit kicap manis. Gaulkan rata.
  5. Goreng paru secara deep fried dengan api besar.
  6. Bila paru dah nampak berkilat, hmmm... susah nak describe... tapi boleh nampak berkilat bila dah masak, so bolehlah angkat dan tuskan minyaknya...
  7. Siap untuk dihidang!

Khairuns *termasuk ayah diorang* suka dok ratah jer! So, lepas goreng, mesti kena sorok dulu. Kalau tak, tak sempat hidang dah habis! Huhuhu...

So, nanti kalau korang dapat paru korban. Bolehlah try resepi ni yer.

Selamat mencuba!

No comments :

back to top