Hari ketiga enche Neezam dan delegasi anak-anak Permata Insan di Daejeon, Korea. Walaupun jauh di mata, aku dan enche Neezam selalu berwatsapp dan bertukar-tukar gambar. Ecehhhh... macam zaman tengah hangat bercintan cintun dulu. Huhuhu...
Lega bila dapat tahu diorang mendapat penempatan yang selesa kat sana dan segalanya baik-baik belaka. Cuma makan payah sikit. Kena jadi vegetarian beberapa ketika sebab makanan tak halal. Bila berkesempatan, kena masak sendiri. Nasib baik ada bawak lauk pauk instant dari Malaysia.
Amboi... amboi... kemain lagi laki aku ni... Tak per... Tak per... Bila lagi kan??? Silalah ambil kesempatan ini sepuas-puasnya...
(^-^)
Hari ni merupakan hari terakhir diorang di World Creativity Festival 2014 di KAIST ni. Alhamdulillah... delegasi Permata Insan sebagai wakil dari Malaysia telah memenangi banyak anugerah dalam festival kali ni.
Dr. Khairunneezam - (1) Bronze medal for short term project
(2) Silver medal for elementary students' long term thesis
(3) Special awards for leadership in creativity
(4) Special honour for creativity achievement
Ms Amirah Zainun - (1) Bronze medal for students' long term thesis
(2) Special awards for leadership in creativity
Pelajar-pelajar Permata Insan:-
1. Razi - special award on virtual reality short term problem solving contest
2. Uwais - Bronze award for students' long term thesis ( Dabai fruit project)
3. Faris - Bronze award for students' long term thesis(Dabai fruit project)
4. fatin- Silver award for students' long term thesis (Belimbing buluh innovation, FIT)
5. Imran- Silver award for students' long term thesis (Belimbing buluh innovation, FIT)
6. Mia- appreciation award for student's long term thesis (The Betels).
Tahniah kepada delegasi Permata Insan! Tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia!
Insya Allah, esok diorang akan meneruskan perjalanan ke Seoul. Semoga semua urusan dipermudahkan. Jangan lupa ole-ole!
1 comment :
Tahniah dokter!
Post a Comment