Tradisi menjemput diri sendiri ni dah lama kitorang praktik sejak di Desa Bundoora, Melbourne lagi... Yang syoknyer... menjemput diri sendiri ke rumah orang, tak pernah akan dihampakan dan menghampakan. Hehehehe...
So, hari ni, memandang ada sedara sedesa menjemput diri sendiri ke rumah sedara sedesa ni, so kitorang pun tumpang menjemput diri sendiri jugak.
Ke Semenyih kami hari ni! :)
Dah lama tak jumpa dan berborak. Tengok anak-anak semua dah membesar panjang. Yang dah bertambah pun ada. Moms dan dads pun tak kurang 'membesar', yang mengecil pun ada jugak. Tapi yang mengecil itu bukan aku... Hehe...
Niesreena dan Naufal pun seronok jumpa kengkawan. Terutamanya Niesreena, dapat jumpa Mila dan Uda. Kawan main sejak dari Bundoora lagi. Naufal main sesorang jer sebab tak der rakan lelaki sebaya. Tapi nasib baik ada Zara yang cute tu, jadi kawan main.
~Baby Aydan yang comel bangat!~
Istimewanya hari ni, tuan rumah, kak Gee dan enche Din menyediakan nasi ambang! Makan dalam dulang!
Bukan main seronok lepak-lepak dan bercerita; mengimbau kenangan di Melbourne, Sydney, Tasie, King Cross! Waaaa... rindunya kat Melbourne.
Hmmmm... punyalah mengimbau kenangan sampai tak sedar hari dah lewat malam. Kitorang sampai pukul 2 petang, pukul 11 malam baru keluar rumah. Dari makan tengahari bawa ke makan malam! Huhuhu...
Apa pun, tuan rumah memang best! Thanks kak Gee dan enche Din kerana menerima jemputan kitorang. Hehehe... Makanan superb! End up dengan tiramisu! Marvelous!
Ps: Kak Gee, jangan lupa bagi map kedai perabot tu. CC enche Neezam. Hehe...
No comments :
Post a Comment