Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah hari ni dah genap seminggu beraya. Ramai kengkawan tak naik cuti lagi. Masih beraya sakan! Aku dan enche Neezam, hari Selasa lagi dah masuk kerja. Niesreena dan Naufal pun dah ke taska. Sian diorang... Dua orang jer kat taska. Bebudak lain semua cuti lagi. Nasib baiklah teacher Baei tu best *bak kata Niesreena dan Naufal*. Bawak diorang jalan-jalan. Hehehe...
Biasanya musim cuti sekolah macam ni, Niesreena dan Naufal lepak kat kampung. Kalau musim raya ni, boleh ikut ayah tok gi marhaban tiap-tiap malam kutip duit raya. Tapi kali ni tak dapek lah. Kat kampung sekarang ni ada baby dan ibu dalam pantang. Kelam kabut pulak mak tok dan ayah tok kang. Mana nak jaga baby lagi, nak jaga curly Naylee lagi... nak jaga Niesreena dan Naufal lagi! Pengsan! Huhu... So, diam-diam dok kat taska sudah...
Hari ni sebenarnya nak kongsi resepi. Actually, aku ni bukanlah pandai masak sangat. Sikit-sikit bolehlah... Setakat nak bagi suami tercinta dan anak-anak tersayang makan. Yang paling peting... pujian dari suami.... Hehe...
Hari raya kedua yang lepas, aku sempat wat Buttered Prawn. Enche Neezam sempat kongsi kat fb dia dan ramai gak kengkawan yang comment dan pm mintak resepi dan taktik buat buttered prawn ni. Expecially part flos telur tu. Ramai yang fail katernyer.... Huhuhu...
Samalah jugak aku dulu. But practice makes perfect. Alhamdulillah... setelah beberapa kali buat dan mencuba pelbagai eksperimen.... sekarang ni menjadi dengan jayanya!!! Hoorey!
So, hari ni nak kongsi resepi Buttered Prawn ala Juliet le Sweetheart. Resepi ni korang tak kan jumpa di tempat-tempat lain. Hahaha...
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
Udang 10 ekor
Butter
Bawang putih 3 ulas
Cili padi 5-8 biji
Daun kari
Kuning telur 2 biji
Susu cair 1/4 cawan
Minyak masak 1 cawan
Cara-caranya:-
- Bersihkan udang; gunting muncung dan ekor dia sikit.
- Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga lumat. Kalau korang suka pedas, letaklah cili padi lebih sikit.
- Panaskan kuali dan masukkan butter. Butter banyak mana yer? Korang agak-agaklah untuk menumis dan goreng udang-udang tu.
- Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih dan cili padi yang dah ditumbuk serta daun kari. Masukkan susu dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan udang-udang tu tadi. Goreng hingga udang bertukar warna keemasan dan boleh tutup api.
- Dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Minyak kena banyak ala-ala deep fry.
- Pukul kuning telur dan masukkan sedit garam. Jangan pukul sampai kembang sangat. Lebih kurang macam nak buat telur dadar jer.
- Bila minyak dalam kuali dah panas, tuangkan kuning telur perlahan-lahan dalam kuali dan tangan sebelah lagi gunakan sudip untuk kacau. *Tips kat sini : Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan kuning telur perlahan-lahan. Tuang dalam flow yang halus/kecil. Hmmmm... paham tak? :)
- Habis jer masuk telur. Masukkan pulak daun kari sikit lagi. Teruskan menggoreng hingga flos betukar warna dari kuning ke keemasan.
- Bila dah bertukar warna keemasan, angkat flos ke dalam tapis dan tuskan minyak.
- Lepas tu bolehlah masukkan udang-udang tadi ke dalam pinggan dan flos kat atas udang-udang tu. Siap untuk dihidang!
Hasilnya akan menjadi seperti dalam gambar. Flos akan garing dan undang akan terasa buttery! Version juliet le sweetheart ni, udang pasti akan terasa x kering dan juicy sebab berkuah susu dan butter.
Gerenti sedap! Insya Allah...
Selamat mencuba!
************************************************
Update!
Pagi tadi aku sempat share resepi ni kat fb Buku Resepi. Tak sangka... ramainya yang like dan share. 1.5 share! And still counting! Ramai rupanya peminat Buttered Prawn yer...
Thanks for those yang likes dan share resepi ni. Harap-harap you all dapat buat dengan jayanya!!! \(^^)/
2 comments :
Thanks for the tips. Saya pun selalu tak jadi buat flos tu. Lembik. Nak try cara kamu pula. tq
You're most welcome! Selamat mencuba!
Post a Comment