♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, August 31, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-51.

Semoga negara kita, Malaysia, sentiasa aman dan tenteram dan dirahmati Allah swt.



*juliet le sweetheart : saya anak Malaysia lerr...


Happy Anniversary!

"Mak & Abah tersayang,


Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-29 tahun.

Semoga sentiasa bahagia dan lebih bahagia hendakNya.

Julie, Neezam dan the-only-cucu, Niesreena, mendoakan kebahagiaan mak dan abah selalu…

We love you so much!



Julie, Neezam, Niesreena"



*juliet le sweetheart : rindu sangat kat mak & abah...


Friday, August 29, 2008

Kelebihan bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

  1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. ~Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi~
  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. ~Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi~
  3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. ~Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi~
  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata : Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam). ~Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi~
  5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata : Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. ~Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi~

~Penerangan Hadis~

  1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
  2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
  7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


*juliet le sweetheart : Semoga puasa dan amal ibadah kite dalam bulan Ramadhan kali ini diterima olehNya. Amin...


Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadhan 1429H

Assalamualaikum wbt,

Selamat menyambut bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarah, 1429H.

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan kali ini memberikan keberkatan kepada kita semua dan semoga segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya.

Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap cara, terkasar bahasa.

Peace! 0 - 0!

Selamat berpuasa!"



*juliet le sweetheart : harap dapat berpuasa sebulan penuh tahun ni!


Wednesday, August 27, 2008

Mandom

Sejak beberapa hari ni aku rasa…

malaaaassss sangat…

penaaaattt sangat…

tak bersemangaaatttt sangat…

bosaaaaannnnn sangat…

sensitiiiffff sangat…

sediiihhhh sangat…

dan bermacam-macam perasaan yang sewaktu dengannya!

Nak masak pun tak der idea nak masak apa!

Nak tulis blog pun tak der idea tulis apa!

Nak surf internet pun tak idea nak surf apa!

Nak shopping pun tak der idea nak shopping apa!

Nak mengumpat pun tak der idea nak ngumpat sapa! Hahaha!

Ayooooo… apa nak jadi dengan aku ni! Harap-harap perasaan tak best ni berlalulah hari ni… tak suka!


*juliet le sweetheart : bosannyerrrr...


Sunday, August 24, 2008

Futsal Spring Cup 2008

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba; KUAM Futsal Spring Cup 2008!

Pagi-pagi lagi aku dah bangun menyediakan breakfast dan lunch (penkek jagung dan nasi goreng jer…) untuk dibawa ke Albert Park. Kitorang bertolak dari Main Drive lebih kurang pukul 7.40 pagi.

Lebih kurang pukul 8.40 pagi kitorang tiba di Albert Park. First team arrived. Sangat punctual tau kitorang… Tapi muka organizer sorang pun tarak! Sangat hampeh ok! Terpaksalah kitorang sumer bersejuk-sejukkan kat luar building tu sampailah ketibaan penganjur dan team-team lain.

~Lepaking sambil makan anergy bar yang disponsor oleh kak Tasha & Dili :)~

~Me! And my Mr. Hubby kat belakang nun...~

~Semua pemain kusyuk mendengar nasihat terakhir coach~

Team kitorang dinamanakan ‘Desa Bundoora’, *ada orang kata nama team kitorang sangat comel! Secomel pemain-pemainnyalah! :)*

~Team Desa Bundoora yang comel-comel belaka~

~Warming up!~

First match, kitorang lawan team Bangkooritas. May be tak der rezeki, team kitorang kalah 2-0. Sebenarnya, masa tu, masing-masing pemain Desa Bundoora sangat cuak dan nervous. Maklumlah, ni lah first time kitorang masuk tournament. First time jugak bagi aku selama 28 tahun aku hidup ni. Hehehe... So, masa kalah first game ni rasa macam oklah… never mind… baru warming up! Hehehhe…

~First match : Adah teguh menjaga benteng pertahanan!~

~Second match : Semua tengah cuak! Tapi semakin bersemangat waja!~

Second game, alhamdulillah… hasil sepakan kilat Tiqie, kitorang menang 1-0. Yey! Seronok giler rasanya! Aku tak pasti nama kumpulan lawan kitorang, tapi yang pastinya… diorang memang bergaya dan sangat seksi. Seksi giler! Hai… lantak koranglah! Yang penting kitorang menang dan kemenangan tu melayakkan team kitorang ke separuh akhir! Yey!

Third game, kitorang kalah teruk, 3-0 tuuuu! Lawan kitorang kali ni adalah team yang menjadi juara last year. Kalau tak salah aku dari Monash Universiti, Clayton. Sebelum ni aku ada lah jugak dengar tentang kehebatan team ni. Lebih-lebih lagi salah sorang dari ahli pasukan diorang ni, Nurin *sajer jer aku bagi publisiti murahan kat sini… Well, memang nampak hebatlah dia main, memang macam jantanlah. Dia yang menjaringkan 2 daripada 3 goal tu. Hebat… hebat… Tapi team kitorang pun ada gak yang sehebat dia, cuma nasib jer tak menyebelahi kitorang. ;p

Tapi masa third game tu aku memang sangat pancit! Huhuhu… Penat seh! Manalah tak pancit, aku main setiap game… Ingatkan nak jadi simpanan jer, tapi diorang dah suruh main, so, main lah. Best! Well, actually aku tak lah hebat pun, tapi diorang kata sepakkan aku sekuat sepakan lelaki. Tak sesuaiiii ok! Yang ‘bestnyer’, Dili dengan Aleh, tak nak pun swap aku, sedangkan pemain-pemain lain asyik bersilih ganti. Aku tunggu gak, bilalah nak swap keluar aku weh? Aku dah putus napas dah rasanya. Akhirnya, aku sendiri yang mintak swap. Pancit habisssss…

Last match adalah match penentuan tempat ketiga dan keempat. Lawan team mana ek? Aku kureng pasti. Tapi sedaplah lawan dengan diorang. Walau macam mana pun, tak der rezeki kitorang jugak kali ni, kalah 1-2. Memula aku rasa macam dah confident jer boleh memang, lebih-lebih lagi team kitorang skor pada 4 minit pertama, hasil tendangan maut aku. Huhuhu… Then seri. Dan pada 2 minit terakhir, diorang skor lagi 1jaringan.

So, penentuannya… kitorang dapatlah tempat ke-4 daripada 6 pasukan yang bertanding. Oklah tu kan? Bagi aku memang ok lah sangat bagi kitorang yang memang tak der pengalaman ber’tournament’ ni. Selalunya main petang-petang dengan kengkawan tu ‘feel’ dia lain daripada berlawan dengan orang yang memang kite tak kenal. Dah namanya pun tournament kan, memang rasa seram sejuk jugaklah… Kalau main setiap petang Jumaat kat SARA tu, siap gelak-gelak sampai kuar air mata lagi masa main… Hehehhe… Tapi tadi, muka masing-masing cuak jer. ;p

Dan bagi aku pengalaman ni memang best! Main dengan adik-adik dan kakak-kakak on my team yang sangat sporting. Tadi pun ramai sangat warga Desa Bundoora yang sudi turun untuk menyokong kitorang. Sangat terharu! Terima kasih sangat!
Dan memang ramai tak percaya aku main. *Ye kak Fadz & kak Farizal, I’m really playing!* Hehehe… Kenapa ada ramaaaaaai tak percaya aku main? Lebih-lebih lagi sebagai striker? Hahahha… fikir sendiri kenapa! Actually aku pun tak percaya aku main. Famili aku pun tak percaya! Korang percaya tak? Muahahahhahaha!

Oh ya… Lupa plak nak bagitau. Neezam pun main gak, sebab tu dia tak der sepanjang match kitorang tadi. Sangat terkilan ok! Neezam mewakili team Kampung Vic. *Kampung Vic dan Desa Bundoora? Ye! Kami ni orang kampung!* Tapi team diorang terpaksa ‘dibungkuskan’ awal-awal. Hehehe… Maklumlah, team Kg Vic kebanyakkan pemain-pemainnya dah berumur. Kebanyakkannya post-grads. Team lelaki yang lain, semuanya muda belia, under-grads. Stamina orang muda ni tak sama dengan stamina orang tua. Betul tak? Alasan baaaaeeek punya sebab kalah. Hehehhe…

Aaaaaa… penatnya… badan rasa penat sangat! Betis pun sakit sangat. Padahal main 20 minit jer setiap match tadi. Kalau main kat SARA, satu jam straight main pun tak rasa sepenat hari ni.

K lah, sampai sini dulu. Beta sangat penat… nak beradu… Kekanda beta dah lama berdengkur beradu… Pun sama kepenatan!


*juliet le sweetheart : Terima kasih kepada semua yang tolong babysitting Niesreena tadi. :)


Thursday, August 21, 2008

Sebulan jer lagi!

Hari ni genap lagi sebulan ajer untuk aku dan Niesreena pulang ke Malaysia. Yeap! Just aku dan Niesreena sahaja. Neezam? Nop! Neezam tinggal kat sini, kat Desa Bundoora tercinta ini. Hehehe… Tapi hanya untuk 4 hari jer, sebab lepas tu Neezam akan balik gak ke Malaysia on 25th. Pada mulanya Neezam ingat tak nak balik. Konon nak beraya kat Desa Bundoora ni. *Konooooonnnnn…..* Tup tup… lepas lebih kurang seminggu aku dah beli tiket, tetiba Neezam kata dia pun nak balik gak. Malangnya flight yang sama dengan aku dah full. So terpaksalah Neezam naik flight lain. Sian laki aku…

Dan kesian lagi sebab Neezam hanya naik flight tambang murah dan akan berhenti dulu kat Gold Coast untuk satu malam then baru ke KL. Aku, Niesreena dan Umie pun memula dah booked tiket flight tambang murah dan transit di Sydney, tapi tetiba tiket Sydney - KL terpaksa dibatalkan. So, kitorang pun booked flight lain. Akhirnya naik MAS gak, direct Melbourne - KL. Senang tapi mahallah.

Tinggal sebulan jer. Yey! Seronoknya! Tak sabar nak balik jumpa mak, abah dan adik-adik. Nak makan-makan, shopping-shopping. Rindu nak gi pasar malam, nak gi Jaya Jusco. Dalam kepala otak aku sekarang ni macam-macam tempat makan nak gi, macam-macam makanan nak makan.


*juliet le sweetheart : cepatnyer masa berlalu...


Wednesday, August 20, 2008

Makan dan makan lagi

Pagi tadi Neezam bawa aku dan Niesreena ke La Trobe Uni. Hari ni kat La Trobe ada sambutan Green Scarf Day. Aku tak pasti sambutan apa sebenarnya yang ada kat uni sempena GSD ni, tapi yang aku tahu ada banyak gerai-gerai makanan halal mengikut negara yang dibuka; Iran, Iraq, Somalia, etc. And of course gerai makanan Malaysia pun ada dibuka dengan bermacam-macam kuih muih Melayu.

Sayang betul aku dah terkenyang sebab breakfast agak berat pagi tadi. Kalau tak mesti sakan aku membeli, membelah, dan melantak bermacam-macam jenis makanan yang ada dijual tu. Walaupun kenyang, sempat jugaklah aku rasa serba sedikit kuih muih yang ada. Ada yang sedap dan ada jugak yang tak boleh diterima dek tekak aku ni. Ada jugak makanan yang lebih kurang sama macam makanan Melayu; samada rasa sama, rupa lain, atau rupa sama, rasa lain. Tapi overall best lah. Bila lagi nak rasa makanan negara lain kan…

Petang ni tadi pulak, makan luar lagi! Haaaa… hari ni hari cuti-cuti memasak aku yer puan-puan.

Kitorang baru jer balik dari pekena ayam golek kat Brunswick. Lama tak pekena ayam golek ala-ala pasar malam Malaysia nun. Owner kedai ni ialah orang Melayu Ipoh mali yang sangatlah peramah. Hmmm… owner kedai mestilah peramah ek, kalau tak takut tak der orang nak datang lagi dah. ;p

Menu kitorang tadi… chicken with rice dengan side dishnya salad dan coleslow.

Nampak menyelerakan tak? Huhuhu…

Rasanya… sedaplah… boleh tahan… lagipun masa makan tu tengah lapar giler, so semua rasa sedaplah kan… licin jugaklah aku bedal.

Habis makan, solat maghrib kat surau berdekatan.

~Dalam surau bersama-sama famili En. Din, famili Pak Tam dan famili aku.~

Seronoknya sekali sekala dapat cuti memasak. Hehehe…


*juliet le sweetheart : nak beli ayam golek kat pasar Ramadhan nanti. Huhuhu…


Tuesday, August 19, 2008

Pineapple upside-down cake

Dah lama dah sebenarnya beli buku masakan ni. Beli kat savers jer. Aku tertarik dengan buku ni sebab gambar-gambar masakannya yang sanggat menyelerakan lagi menggiurkan disamping harganya yang tersangatlah murah… Just aud$2.99…

~Reader’s Digest Microwave Cookbook~

Hari ni aku cuba one of the recipes dalam buku ni. Tersangatlah senang nak membuatnya dan memang sedap. Korang nak cuba buat tak? Try lah!Ini resipinya…


Pineapple upside-down cake @k@ kek nenas tonggang terbalik ;p

*Pineapple upside-down cake is an old-time favourite as well as one of the most popular choices for novice cooks. It is quick and easy to make in the microwave oven, and it rises just as well as when conventionally baked. Whipped cream or vanilla ice cream is the perfect accompaniment.*

~ Ingredients for 8 servings ~

1 1/4 cups brown sugar, 250g butter or margarine, 450g can pineapple slices (drained), maraschino cherries, 1/2 cup caster sugar, 2 eggs, 1 teaspoon vanilla essence, yellow food colouring, 1 1/2 cups self-raising flour, 2 tablespoons milk

~ Microwave cookware ~

33 cm x 23 cm baking dish

1 ~ Place brown sugar and 125 g butter in baking dish. Cook on High (100% power) for 3 - 5 minutes, until butter has melted, stirring twice.

2 ~ Arrange pineapple slices in sugar mixture. Place 1 maraschino cherry in center of each slice and if you like, place extra cherries between slices. Put aside.

3 ~ With mixer at low speed, beat caster sugar and remaining butter in a large bowl until light and fluffy, occasionally scraping bowl. Gradually beat in eggs, vanilla essence and 1-2 drops food colouring. Gently fold in flour alternately with milk, until blended. Carefully pour over fruit in baking dish; smooth surface.

4 ~ Elevate baking dish on a trivet, rack or ramekins turned upside down. Cook on high for 10-12 minutes, until cake springs back when lightly touched with a finger, rotating dish halfway through cooking.

5 ~ Allow cake to stand in dish on a heatproof surface for 10 minutes. Loosen cake from sides of dish with knife. Invert dish on to a serving platter; carefully unmould cake.

6 ~ Cut cake into 8 portions. Serve warm or cover and refrigerate to serve chilled later.

Done!

Rajinnya aku taip balik resepi dari buku ni ek? Demi korang… huhuhu…

Dan inilah hasilnya… Tak lah secantik hasil dalam buku tu tapi bolehlah untuk percubaan kali pertama. Hehehe… Aku buat ni pun sikit jer. Untuk portion 2 orang sebab tu nampak kecik.

~Kek nenas tonggang terbalik istimewa!~

So, selamat mencuba!


*juliet le sweetheart : paling malas nak mengemas semula dapur lepas kecah memasak! Ada sesaper nak tolong kemaskan?


Monday, August 18, 2008

Shopping? Loike it? Love it!

Shopping… shopping… shopping… Tu lah kerja aku sejak beberapa minggu ni. Sangat suka! Almaklumlah, tinggal beberapa minggu jer pun nak balik bercuti. Yey! So, ada lah beberapa barang nak dibawa balik, terutamanya untuk family.

Semalam kitorang ke DFO *lagi. Akhirnya jumpa juga handbag yang aku berkenan untuk mak. Masa aku search kat internet aku berkenan sangat kat handbag Guess G’s design tapi tak jumpa satu pun. Tapi jumpalah jugak yang hampir serupa; Guess Atomic Logo. Cantik! Sesuai untuk mak. Aku pun suka. Jangan aku ambik dan belikan mak yang lain sudah… huhuhu…

Ni yang memula aku ingat nak beli untuk mak…

~G by Guess Amalfi satchel~

Or...

~G by Guess Nouveau Logo~

Tapi…

Ini yang aku dapat untuk mak…

~Guess Atomic Logo~

Cantik gak kan? Mestilah cantik! :)

As for Neezam, he got himself this supper dupper thing!

~Superman belt comes with supper dupper power… Huhuhu…~

Hahaha… boleh tak? Laki ku itew dah jadi superman tuuuuu… Beli kat Victoria Market, terus pakai kat situ gak. Pastu tak habis-habis tunjuk kat kitorang. Phhhheeewwww… Penat nak layan!

Pagi tadi plak, kitorang ke Northland SC. Shopping baju raya Niesreena. Dapatlah beberapa pasang baju untuk si kecik tu. As for myself, hmmmm… nothing. Tak der yang berkenan. Aku ni memang macam tu, kalau shopping untuk orang memang laju jer beli, tapi kalau nak membeli untuk diri sendiri susah nak berkenan. Nantilah tunggu balik Malaysia, shopping untuk diri sendiri plak.

Oooooppp… oppp… baru teringat! Haaaa… I’ve got my very own Guess Shadow handbag comes with purse, a couple weeks ago. Sangat seronok… Sangat suka! Tak sempat nak tunggu nak pakai raya, aku dah pakai bawak berjalan-jalan dah. Hehehhe… Suka! Rasa berbaloi sangat beli! Tima kasihlah pada kengkawan yang memberi semangat supaya aku membeli beg itew… Hehehe…

Well, shopping fever tak habis lagi ni. Next shopping’s destinations are… hard to tell… to many on my list… *wink*


*juliet le sweetheart : last day ganti puasa! Yey!


Saturday, August 16, 2008

Hasil hari ni dan hari tu...

Setelah sekian lamaaaa tak gi pusing-pusing buang minyak kereta ke garage sales, hari ni, kitorang mengekor en. Dindenver ke rumah-rumah yang buat garage sales di Thomastown dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Aku ni kononnya tak nak membeli apa-apa. Ingat sajer jer ikut cuci-cuci mata tapi terbelilah jugak bendalah yang aku tak berapa guna ni…

~Just a dollar!~

~Also a dollar!~

~Haaa... yang ini mahal giler! 3 dollar!~

And total at this moment is...

Ayooooo… sangat banyak… apalah aku nak buat dengan benda kejadah ni banyak-banyak ek? Huhuhu…

Kenapa aku beli mangkuk kristal ni banyak-banyak? *terbanyak @k@ tak terperasan banyak sebenarnya… huhuhu…

  1. sebab aku rasa aku jumpa paling muraaaahhhhh sekali
  2. sebab aku rasa benda tu patutnya mahaaaaaallll sangat
  3. sebab aku rasa benda tu cantik
  4. sebab laki aku kata "beliiiiiii…" masa aku tanya patut atau tak patut beli… hehehhe…

So, persoalannya di sini… apa aku nak buat dengan benda ni banyak sangat?

Ayooooo… aku pun confused…


*juliet le sweetheart : kalau kat Malaysia berapa hengget agaknyer yer?


Majlis potong jambul Siti Nuha Amni

Tengahari tadi, kitorang ke Barnesway. Berkumpul beramai-ramai bersama Malaysian yang lain sempena meraikan majlis akikah dan potong jambul cahaya mata pertama Lindah dan Kamal; Siti Nuha Amni. Bestkan nama dia? Diorang ni datang jauh-jauh dari Gipsland ke Bundoora ni semata-mata nak meraikan majlis ni dengan kitorang kat sini. Sangat terharu ok…

Ini kali kedua kitorang berjumpa baby Nuha yang comel ni. Dulu kitorang ke Gipsland, melawat baby Nuha yang baru berusia beberapa hari. Kali ni Nuha pulak yang datang bertandang ke Bundoora, *dilawati kitorang. Sangat adil! Hahaha…

Baby Nuha tersangatlah comelnya. Guyam tengok! Sangat semangat, putih, gebu, mata sepet, comel! Tapi aku tak berkesempatan nak dokong baby Nuha sebab tahap kejelousan Niesreena yang melampau. Baru aku usap-usap baby Nuha sikit pun Niesreena dah tarik tangan aku. Macam mana nak ada adik ni?

Nway, majlis hari ni sangat meriah dan tersangat ramai tetamu yang datang. Nasib baik tak roboh 63 Barnesway tu. Kalau tak dok merempatlah 4 orang anak-anak dara situ. Hehehe… Hmmm… memang ramai sangat orang yang datang kali ini. Aku rasa, ni lah majlis yang paling ramai sekali tetamu datang. Maksud aku majlis tak rasmi yang dianjurkan oleh warga Desa Bundoora. Rezeki baby Nuha…

"Kepada Linda dan Kamal,

Terima kasih atas jemputan dan makanan yang
sangat sedap tu. Serius
sedap! Dan tahniah sekali lagi! Peluk cium buat baby
Nuha yang comel tu.

Entah bila bleh jumpa lagi…"

Dan ni gambar terbaru Niesreena @k@ pada majlis tadi…


Fyi, baju kurung Niesreena tu satu warna jer, tak berton pun, tapi basah sebab Niesreena main air minum. *Itulah puteri aku yang lasak…


*juliet le sweetheart : 1 am?!!!


Thursday, August 14, 2008

New helper! ;p

He brought me this supper dupper helper this morning… :)


Hahaha…

Yeap! I really really need this thing right now! Hehehe…

Tq lah my honey bunny…

Haaaa… ni plak gambar ‘the helperest!’. Hahaha… ada tak istilah macam tu… Paling tolong menyibuk!


Masa tangkap gambar benda tu, Niesreena pun sebuk jugak jenguk-jenguk camera ni. Mintak kena snap ler tu. Ni lah hasilnya. Walaupun gambar dia agak goyang tapi aku suka pose Niesreena…


*juliet le sweetheart : selamat dit aku... huhuhu...



Wednesday, August 13, 2008

Semangat berjiran perlu diasuh sejak kecil

Artikel Neezam di Berita Harian hari ini di bahagian Agama. Kali ini Ostad Neezam menulis tentang resam hidup berjiran. Berikut adalah tulisan Neezam di suratkhabar BH hari ini. Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran darinya…

Semangat berjiran perlu diasuh sejak kecil

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

PEPATAH Melayu ada menyebut, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Tafsiran pepatah ini merujuk kepada pentingnya hidup sekumpulan manusia bertunjangkan nilai kemuafakatan, kesefahaman dan tolak ansur.

Nilai muafakat itu penting dalam konteks hidup berjiran. Walaupun sempadan rumah dipisahkan dengan pagar besi mahupun batu konkrit, namun perkongsian nilai hidup harmoni tetap kukuh jika wujudnya sifat mengambil berat, hormat-menghormati dan menghargai hak sesama jiran tetangga.

Keharmonian hidup berjiran sangat dititikberatkan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat, jiran tetangga jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong takbur dan membanggakan diri.” (Surah an-Nisa’, ayat 36).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Mengambil berat hidup berjiran sebenarnya perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak. Pada usia inilah anak mudah menyerap sebarang bentuk pendidikan diberi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian, ibarat ‘buluh yang dilentur dengan mudah dari rebungnya’.

Anak perlu dididik akan siapa dan apa pentingnya jiran sebelah-menyebelah dalam kehidupan. Hidup berjiran saling tak ubah seperti ‘aur dengan tebing’, saling perlu-memerlukan. Mana perkara silap, ditegur secara berhemah dan berhikmah, mana yang betul, dijadikan panduan dan pedoman semoga kehidupan sentiasa di bawah keredaan Allah.

Anak juga perlu tahu bahawa jiran itu terbahagi kepada beberapa kategori yang mempunyai hak dan keutamaannya tersendiri. Kategori pertama adalah jiran bukan Islam yang mempunyai satu hak, iaitu hak berjiran.

Kategori kedua adalah jiran beragama Islam yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak Islam. Manakala kategori ketiga pula adalah jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan, yang memiliki tiga hak, iaitu hak jiran, hak Islam dan hak kekeluargaan.

Perbezaan hak ini perlu dijelaskan kepada anak lantaran kepentingannya dalam menyatupadukan komuniti kejiranan setempat tanpa mengabaikan walau satu pun hak mana-mana pihak.

Sejak usia kecil lagi, jika anak faham akan kepentingan menjaga hak dan keharmonian sesama jiran tetangga, diyakini bahawa mereka akan terus memupuk dan menjulang nilai murni hidup bermasyarakat seperti mana disyariatkan Islam.

Untuk itu, ada banyak perkara yang boleh kita sebagai ibu bapa terapkan kepada anak berkaitan erti kemanisan hidup berjiran antaranya:

  • Menggalakkan anak mengamalkan sikap hormat, merendah diri, tidak sombong serta menunjukkan tingkah laku dan pertuturan mulia terhadap jiran tetangga. Ia selaras hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah seseorang itu berperi laku baik terhadap jiran tetangganya.” (Mutafaqun ’alaih)
  • Menegah sikap buruk sangka, menimbulkan fitnah, mengumpat serta mencerca jiran tetangga. Sikap buruk seperti ini berupaya meleraikan ikatan silaturahim sesama jiran. Anak perlu diajar jangan terlalu mudah mempercayai, malah menyebarkan khabar berita yang tidak menyenangkan berkaitan dengan jiran demi menjaga maruah dan keaiban mereka.
  • Memupuk anak mengamalkan budaya bertanya khabar dan menziarahi jiran tetangga terutama jika mereka sakit, ditimpa kesusahan atau menghadapi musibah. Adab berziarah perlu difahami kerana berdasarkan ajaran Islam ada masanya tidak sesuai untuk kita bertandang ke rumah jiran.
  • Mendidik anak ‘ringan tulang’ membantu jiran yang memerlukan sebarang pertolongan. Anak perlu tahu bahawa pertolongan diberikan bukan sekadar bersifat material dan fizikal, bahkan sokongan moral turut berupaya membantu jiran mengharungi dugaan dan kesukaran yang diuji Allah.
  • Menegah anak mengganggu dan merosakkan hak jiran. Misalnya, membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman, membuang sampah di halaman rumah jiran atau mengambil sesuatu milik mereka tanpa keizinan.
  • Menggalakkan anak menyertai program komuniti setempat seperti solat berjemaah di masjid, majlis agama seperti bertadarus dan bertahlil, kenduri atau gotong-royong. Dengan cara itu barulah anak faham jiran tetangga adalah pihak paling sesuai untuk meminta bantuan.
  • Jika berlaku masalah atau percanggahan pendapat sesama jiran tetangga, anak perlu dilatih untuk melaksanakan kaedah penyelesaian yang tepat, mengikut syariat Islam serta tidak membesarkan perkara itu hingga menjadi kronik.
  • Sifat berdendam juga perlu dibuang jauh-jauh di kalangan anak demi menjaga kemurnian perhubungan sesama jiran, malah anak juga perlu menyuburkan sifat bertolak ansur, mengalah dan mudah memaafkan apa juga kesalahan jiran terhadap mereka.
  • Menggalakkan anak bersedekah apa saja termampu kepada jiran tetangga yang memerlukan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia daripada yang menerima dan akan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah. Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh teladan sebaiknya kepada anak dalam hal kehidupan berjiran. Jika kita sendiri mengadu domba, bermusuhan dan mengasingkan diri daripada bertemu mesra dengan jiran, tidak hairanlah jika anak kita turut sama berbuat sedemikian.

Berilah pedoman kepada anak untuk memuliakan jiran tetangga seumpama mereka itu adalah sebahagian daripada keluarga terdekat yang sangat kita kasih.



*juliet le sweetheart : masalah dengan keling depan rumah yang asyik memekak malam-malam. *sigh*


Tuesday, August 12, 2008

Pusing pusing karipap pusing

I owed this entry to miss G and a few others anak-anak-dara-main-drive a looooong time ago. Dah lama diorang mintak resepi karipap pusing ni ditulis di blog aku ni tapi aku tak berkesempatan nak tulis. Macamlah bz sangat ek? Haaaa kali ini aku dah tulis, jangan malas-malas nak buat sudah yer, adik-adik…

Aku belajar buat karipap gulung ni dari emak. Dulu selalu tolong mak kelim karipap jer. Inti, uli-menguli, canai-mencanai semua emak yang buat. Aku dok tengok jer. Alhamdulillah… hasil aku tengok-tengok tu, jadi jugaklah karipap gulung aku buat sendiri bila rasa teringin nak makan. 1st time aku buat masa kat sinilah dan alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Bila cerita kat emak, emak gelak jer. Macam tak percaya sebab anak dara dia ni dulu malas masuk dapur. Hehehe… Yang paling emak tak percaya bila aku kata aku dapat tempahan beratus-ratus biji karipap. Hehehe… Actually aku bukanlah buat business karipap kat sini. Just tolong kawan-kawan yang kebanyakkannya bz dan tempah karipap aku ni untuk dibuat bekal anak-anak diorang gi sekolah. Maklumlah sekolah kat sini bukannya ada jual nasi lemak ka, mee goreng ka… banyak jual junk food jer. Hmmmm… kalau ada jual makan berat pun, halal ke? Huhuhu…

Eh sudah! Stop celoteh!

So, kengkawan semua selamat mencuba! Kalau nasib baik, 1st time buat terus jadi. Kalau kurang nasib baik, satu dua kali buat memang hancussss… Tapi jangan putus asa yer. Practice make perfect, betul? Cewah… macam bagus jer ek. ;p

Oooo… sebelum tu, just nak remind walaupun rasanya ada beberapa orang yang dah tahu tapi kena bagitau jugak yang aku ni kalau memasak tak reti nak sukat-sukat berapa cm, berapa gram. Setiap kali masak main campak-campak jer. Kalau terkurang… tambahkan… kalau terlebih… oterlah apa yang patut yer. Dan macam biasa perkataan ‘istimewa’ ada kat situ sebab aku yang buat. Huhuhu… jangan jengkel yer…

Ok! Gud lucklah!

Karipap pusing istimewa *my style

Part 1; Kite mulakan buat karipap ni dengan inti dia dulu k. Better inti dia ni buat beberapa jam sebelum buat doh dia sebab masa buat karipap tu better tunggu inti dia tu sejuk dulu or better masuk peti ais dulu sebab tak nak dia cepat basi. *berapa banyak better daaaaa…

Bahan-bahan inti karipap

  • Ubi kentang - dipotong dadu
  • Bawang merah, bawang putih, halia - dipotong dadu halus-halus
  • Cili merah, daun sup - dihiris halus
  • Daging cincang - sukati nak masuk banyak mana
  • Rempah kari daging - Banyak mana ek? Tak tau nak kata tapi letaklah sampai terasa karinya…
  • Gula dan garam - secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

* sukatan sumer agaklah banyak mana korang nak. Boleh tak? Jangan marah yer sebab itulah cara aku memasak. Huhuhu…

Cara-caranya…

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah sampai garing dan naik baunya.
    Masukkan garam dan rempah kari, goreng seketika, <> 25 saat jer.
  • Masukkan daging cincang dan ubi kentang. Make sure ubi kentang tu dah dibersihkan dan ditus airnya betul-betul k. Tak perlu masukkan air sebab biasanya daging akan keluarkan air nanti.
  • Tambahkan garam lagi jika perlu dan gula sesuka rasa korang.
  • Goreng sampai kering. Sampai kering yer murid-murid, bukan sampai hangus yer. Rajin-rajin balik-balikkan kentang supaya kentang empuk semuanya.
  • Bila dah agak kering taburkan daun sup dan ratakan.
  • Siap!

~Inti karipap~

Part 2; Istimewanya karipap pusing ni sebab ia menggunakan 2 jenis doh.

Bahan-bahan doh biasa - tepung gandum <> 1 kg, garam secukup rasa, air.

Bahan-bahan doh berminyak - 1 buku butter 250g, tepung, garam secukup rasa.

Cara-caranya…

  • Untuk doh biasa; uli doh sehingga licin dan tak melekat-lekat kat tangan tapi pastikan ia tak terlalu keras atau terlalu lembik. Kalau terkeras tambahkan air, kalau terlembik tambahkan tepung. Agak-agaklah yer…
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan uli doh bulat-bulat, maybe lebih kurang sebesar tapak tangan atau sebesar mana yang korang rasa senang, tapi jangan kecik sangat k.
  • Untuk doh berminyak; potong butter lebih kurang, masukkan butter dalam mangkuk then masukkan dalam microwave about 100 seconds. Butter akan jadi berair then masukkan tepung. Uli adunan sampai dia jadi doh yang berminyak. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Kalau keras sangat dia akan pecah.
  • Bahagikan doh berminyak ni kepada beberapa bahagian, dan uli dia jadi bulat-bulat jugak. Besar dia adalah 2/3 daripada doh biasa tadi.
  • Balut doh berminyak tadi dengan doh biasa - canai doh biasa > letakkan doh berminyak > balut doh berminyak > uli menjadi bulat semula. Ada paham ka? Kiranya doh berminyak tu jadi inti kepada doh biasa lah. Paham tak? *sorry… terlupa nak snap gambar masa buat sebab tangan bertepung…
  • Canai doh yang dah disatukan tadi. Canai sehingga ia menjadi sekeping doh yang nipis may be <> 3mm dan berbentuk oval. Then gulung macam gulung tikar. Gulung dari bawah ke atas.
  • Canai lagi untuk kali kedua gulungan tadi senipis <> 3mm lagi dan gulung lagi. Total 2 kali gulung ok.
  • Potong adunan doh senipis <> 1 cm setiap satu. Hasilnya nanti nampak isi doh tu jadi berlapis-lapis macam yang aku buat dalam gambar kat bawah ni.

~Pusing-pusing karipap pusing~

  • Canai doh kepada bentuk bulat, diameter tak sama pun tak per, asalkan lebih kurang bulat… Akan nampak hasil-hasil gulungan yang cantik.
  • Masukkan inti dan kelimlah karipap seperti biasa.

~Hasilnya…~

Tips : bila nak letak karipap tu atas pinggan make sure taburkan sedikit tepung supaya karipap tak melekat ok!

~Susun dalam pinggan cantik-cantik pastu masukkan dalam peti ais~

Bila dah sejuk atau keras baru boleh ditimpa-timpa. Ni lah tempahan karipap aku 150 biji yang aku buat sepanjang hari Sabtu yang lepas. Hehehe…

Ok, rasa-rasa senang tak nak buat? Susah ek? Hehehe… Karipap gulung ni memang leceh sikit nak buat sebenarnya kalau nak banding dengan karipap biasa tapi rasa dia lebih sedap. Itu pada pendapat tekak aku lah. Hehehe…

So, selamat mencubalah korang yer.



*juliet le sweetheart : alhamdulillah… business karipap pusing segera aku semakin maju, semakin ramai pelanggan, semakin banyak karipap nak digentel. Maybe kena hire pekerja tak lama lagi. Hahaha… Just joking! Ada saper-saper nak order karipap lagi? 30 pieces for aud$10 only! Kalau nak, jangan segan-segan contact aku atau my dearest Neezam k. Tq!

Monday, August 11, 2008

Tahlil & house warming @ Pak Tam’s

Hari Ahad yang lepas Dr. Kamal @k@ Pak Tam mengadakan majlis tahlil + house warming di rumah yang baru didudukinya beberapa hari di Thomastown West. Alhamdulillah, walaupun rumah Pak Tam ni agak jauh dari Bundoora tapi ramai jugak warga Desa Bundoora yang datang.

So, inilah gambar-gambar yang disnap dari my camera untuk digrab dan dikongsi bersama.

Enjoy!



:: More pictures @ Julie's Fotopages ::


*juliet le sweetheart : jangan lupa hujung minggu ni majlis akikah baby Nuha di 63 Barnesway k. Jumpa di sana!


Sunday, August 10, 2008

Bertegas atasi gangguan seksual

Dah lama sangat Neezam tak hantar artikel ke suratkhabar. Kata Neezam, dia nak puasa menulis artikel kat suratkhabar untuk seketika waktu sebab nak fokus pada phD dia. Tetiba semalam ada pulak artikelnya yang tersiar. Ntah bila masa dia hantar ntah.

So, inilah artikel Neezam semalam kat Berita Harian.

Bertegas atasi gangguan seksual

KETENTERAMAN dan kesejahteraan bekerja menjadi antara faktor penting untuk mewujudkan kepuasan, sekali gus meningkatkan prestasi bekerja. Namun, gangguan seksual baik secara lisan, perbuatan, visual dan psikologi boleh menjejaskan keharmonian pekerja.

Gangguan seperti itu banyak berlaku baik di sektor awam atau swasta, cuma sesetengahnya tidak dilaporkan kerana menganggap perkara itu remeh atau tidak mahu menjadi buah mulut.

Tingkah laku dikatakan berunsur seksual apabila ia dianggap oleh mangsa sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya atau ia dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan secara langsung dengan pekerjaannya.

Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa saja di tempat kerja. Tidak kira pekerja bawahan atau pengurusan, bujang atau berkahwin, berkelulusan rendah atau lepasan universiti, cantik mahupun tidak, berkopiah apatah lagi terdedah, tua atau pun muda, semuanya berpotensi menjadi mangsa gangguan seksual.

Mangsa gangguan seksual di tempat kerja akan menghadapi natijah seperti tekanan psikologi dan ketidakstabilan emosi, kesihatan fizikal yang tidak menentu, kemurungan, mudah meradang dan seumpamanya.

Dari aspek pekerjaan, mangsa cenderung menunjukkan prestasi menurun, ponteng kerja, perbalahan, malah berhenti kerja. Dari segi perhubungan sosial, mangsa mungkin cenderung bergaul, bercakap dan berinteraksi dengan kumpulan tertentu atau jelas cuba menghindari golongan tertentu.

Majikan turut menerima padahnya apabila wujud gejala seperti ketidakhadiran pekerja, produktiviti kerja yang rendah, reputasi organisasi yang tercalar, pekerja hilang semangat untuk bekerja, pusing ganti pekerja yang tinggi, kos untuk mengambil pekerja baru, kos melatih pekerja baru, saman oleh mangsa gangguan seksual, penurunan keyakinan pekerja terhadap organisasi dan sebagainya.

Kerajaan dari semasa ke semasa serius membantu dan melindungi golongan pekerja tidak kira di sektor awam mahu pun swasta daripada gangguan seksual. Ada beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan mangsa gangguan seksual membela diri mereka. Seseorang yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja boleh disabitkan kesalahannya di bawah Seksyen 509 dan 354 Kanun Keseksaan.

Beberapa cadangan berikut boleh membantu majikan dalam membendung permasalahan gangguan seksual di dalam organisasi mereka.

  • Pertama; Sekiranya organisasi masih tidak mempunyai dasar berkaitan pencegahan dan pembasmian gangguan seksual, wujudkan segera dasar itu yang dengan jelas menyatakan bahawa organisasi tidak langsung bertolak ansur terhadap sebarang aduan atau kes gangguan seksual.
  • Kedua; Majikan perlu menyediakan pelbagai pilihan kepada pekerja untuk membuat sebarang aduan berkaitan gangguan seksual. Contohnya, mangsa boleh berhubung terus dengan pihak majikan.
  • Ketiga; Majikan perlu melaksanakan latihan dan pendidikan mengenai gangguan seksual di tempat kerja bagi memberi kefahaman mengenai konsep gangguan seksual dalam organisasi.
  • Keempat; Melaksanakan kajian berkala dan konsisten berkaitan gangguan seksual di kalangan pekerja.
  • Kelima, sekiranya berlaku sebarang kes gangguan seksual, kendalikan siasatan terhadap aduan gangguan seksual itu secara teliti.

KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR,
La Trobe University,
Bundoora, Melbourne,
Australia.


*juliet le sweetheart : tak sempat nak update blog semalam sebab gentel karipap sepanjang hari; 150 biji tempahan semalam. Aduuuussss… Penat…



Saturday, August 9, 2008

Jalan-jalan depan rumah

Kat depan appartment kitorang ada banyak sangat pokok prune. Tau kan buah prune? Buah yang warna purple tu. Pernah tengok tak pokoknya. Haaaaa... yang berbunga pink tu lah pokoknya...

Cantikkan? Ada bunga jer... daunnya tak der... Tapi bila musim berbuah nanti, pokok ni akan lebat dengan daun dan buah jer, tak der bunga.

So, hari ni memandangkan ayah balik cepat dari office. Mama ambil kesempatan ajak ayah dan Niesreena gi tangkap-tangkap gambar. Ye lah... sementara pokok tu tengah berbunga. Mama suka bunganya yang bewarna pink tu...


:: More pictures @ Julie's Fotopages ::


*juliet le sweetheart : alah dengan bunga



Friday, August 8, 2008

Pada hari ini, aku…

Cantik tarikh hari ni kan. 080808.

Apa yang menarik dalam hidup aku pada tarikh yang cantik ni? Hahaha… Tak der apa-apa yang menarik pun tapi jari-jemariku yang not-so-halus ni gatal nak menaip, otak pulak ligat berfikir apa yang nak ditaip. Hehehe…

080808… Pagi tadi aku prepared nasi lemak yang sangat istimewa untuk santapan suami tersayang *Istimewa sebab aku yang masak ok. Cewah… Memang sedap nasi lemak aku tu. Tersangat lemak, gebu dan peroi. *Boleh tak puji diri sendiri? Huahahahha… Tapi sambalnya hancuuussss bangat. Tak tau lah macam mana boleh bergenang air kat sambal tumis sotongku itew. Sampaikan Neezam tanya, "ni sambal ke asam pedas?". Alooooo… sejak bila ada orang makan nasi lemak dengan asam pedas cik abang ooiii. Sajer lah tu nak perli aku. Nway, fizikal dia memang boleh kira hancus lah, tapi rasanya still enak gitu. Huhuhu..

Macam biasa, hari Jumaat adalah hari mengeluarkan peluh. Lepas sembahyang Jumaat mesti ke SARA. Main futsallah, macam biasa. Hari ni aku orang pertama yang menjaringkan gol dan itu jer lah satu-satunya hasil jaringan aku hari ni. Hampeh! Ingatkan nak buat hetrik tapi… hampeh… hehehe… Dah tu Niesreena pun bagi aku main 15 minit pertama jer. Pastu sibuk mengekor aku dalam court. Macam mana nak main?

Pas main futsal terus ke Kingsbury Garden. Hamzah dan Fiza ajak dinner kat rumah diorang. Alhamdulillah… makan free lagi. Hehehe… Sejak beberapa minggu kebelakangan ni, tiap-tiap minggu at least sekali mesti makan free. Last week dua kali dalam minggu tu makan free; sup tulang kat rumah en Din sempena dengan harijadi en Din dan pizza di rumah pak tam. En Din sekeluarga ni suka sangat jemput kitorang makan kat rumah diorang; sup kepala ikan merah lah, ekorlah, pizzalah, kek cekelatlah, macam-macam lagilah. Sampai segan kitorang jadinya. Tapi suka… hehehe… Kak Gee masak memang sedap. Tima kasih en Din dan kak Gee. Janganlah segan-segan jemput kitorang lagi yer. ;p Hhhmmm… hari Ahad ni pun ada makan free gak kat rumah pak Tam. Insya Allah bbq sempena pak Tam sekeluarga masuk rumah baru. Bestnya… Makan free lagi… Saper lagi nak ajak kitorang datang makan? Angkat tangan!

Ketika aku tengah sebuk merepek menaip ni jam menunjukkan pukul 7.55 malam. Neezam sebuk main ps2 ‘Chicken Little’ sambil asik berkata, "ok Reena, come on". Hehehe…. Macamlah Niesreena yang main. Huhuhu… Niesreena pulak sebuk picit-picit satu lagi joystick. Macam real jer main. Lidah dok tersentil jer. Kusyuk betul dua-dua. Lantaklah, asal diorang bahagia dan tak kacau aku yang ’sebuk’ ni.

Ok tak tau nak tulis apa lagi dah dan tak tau nak wat apa lepas ni. Ingat nak tengok Beijing 2008 Olympic opening ceremony malam ni kat seven tapi lambat lagi lah pulak. Pukul 9.50 malam baru start. Silap-silap aku dah lena beradu. Haaa… silap-silap aku dah sampai ke Beijing dulu. Huhuhu…

K lah, stop mengarut sampai sini dulu.

OOooooppppp… sebelum tu…

"Kepada cik Puan Asra yang akan dinikahkan pada malam tarikh yang cantik ini *atau mungkin dah bernikah pagi tadi, I’m not really sure*,

Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hendaknya disamping suami tercinta. Rakamlah hari bahagia ni dalam memori sebab ia adalah satu kenangan yang terindah sekali seumur hidup. Insya Allah…

Julie dapat bayangkan Asra sekarang ni mesti berseri-seri dengan inai di jari, tengah tersenyum simpul lebar dah tak larat nak tersimpul-simpul dah. Dada mesti berdebar-debar. Hehehe… Eeeeee… seronoknya!

Congratulations to Asra and hubby!"

Okies, chow chin chow!


*juliet le sweetheart : dapat banyak jemputan ke majlis perkahwinan dan pertunangan sempena tarikh cantik ni tapi sumer tak dapat nak pergi…



Thursday, August 7, 2008

When she’s 20th month

Dah lama tak tulis pasal Niesreena kan? Ok, sempena dengan meningkatnya usia Niesreena ke setahun lapan bulan semalam, di sini aku senaraikan kerenah-kerenah Niesreena yang terbaru.

~Budak nakal yang comey~

  • Ikut sembahyang jemaah sama-sama - Dulu aku selalu bentang sejadah untuk 2 orang, sekarang ni kena bentang sejadah untuk 3 orang plak. Niesreena selalu ikut kitorang sembahyang jemaah sama-sama. Siap nak sejadah sendiri tu. Kalau tak, habis Niesreena tolak ayah atau mama dia ke tepi sebab nak take over the sejadah. Biasanya Niesreena akan ikut kitorang sembahyang; sujud, rukuk, semua Niesreena ikut sehinggalah bagi salam. Yang paling tak tahannya, mulut dia pun ikut terkumat-kamit gak sambil mata asyik merenung ke sejadah tu. Ntah apa yang dia baca. Alhamdulillah… baguslah… harap-harap anak mama dan ayah ni membesar sebagai muslimah sejati. Amin…

  • Niesreena tahu, kalau lepas je sembahyang, lepas bagi salam, kena berdoa, kena tadah tangan nak baca doa. Ayah sebut amin, terus sapu tangan ke muka dan terus mintak bersalam. Niesreena belajar daripada rutin yang biasa kitorang buat. She watch and learn.

  • Kalau bangun pagi, ada dua benda yang Niesreena akan buat bila dia tengok ayah dan mama dia masih lena diulit mimpi nan indah. Hehehe… Satu, samada dia cium pipi kitorang, *so nice and cute when she did that*, atau dua, dia akan sembur ke muka kitorang. Sembur macam mana tau? Sembur dengan mulut, sambil lidahnya tersentil, siap kuar air liur membanjiri muka kami yang lena tidur ni. Sangat marah ok! But still… she’s so cute when she did that… Huhuhu…

  • Suka sangat berborak. Ntah apa ntah yang nak disampaikan dengan bahasa dia. Rancak betul bila Niesreena bercakap. Siap angguk-angguk, angkat-angkat tangan, tunjuk-tunjuk. Walaupun aku tak paham, tapi aku layaaaaaaaannnnnn… But the best part is Niesreena suka menyanyi dengan bahasa dia. Kelakar betul.

  • Walaupun Niesreena bercakap dalam bahasa dia, dan aku dalam bahasa aku, tapi dia still paham bahasa aku. Dah bolehlah paham arahan atau nak disuruh-suruh, ambilkan itu, ini. Tu yang best. Hehehe… Pastu sukalah sangat mengajuk semula apa yang kitorang cakap atau buat. Even kitorang buat bunyi pelik-pelik pun dia boleh ikut gak.

  • Vocab Niesreena masih tak banyak. Just a few words yang keluar dari mulut dia yang kitorang paham. Bila dia nampak baby atau bird samada kat tv, gambar atau depan mata dia, dia akan sebutlah ‘baby’ or ‘bird’. Sebut ‘nanak’ atau ‘no’ bila dia tak nak! Selalunya sebut ‘no, no, no’ bila aku nak kuarkan dia dari bathtab. Tak nak kuar bathtab lah tu. She’s really enjoy her bath time. Sebut ‘nak’ bila Niesreena hendakkan sesuatu and keep saying it until she’s got it! Buat aku sakit telinga ok. Sebut ‘amin’ bila habis doa. Hmmm… apa lagi ek. Ada a few words lagi tapi aku tak hengat.

  • Pandai betul posing sekarang, tapi ikut mood dia lah. Kalau mood dia ok, bukan main bergaya lagi lah. Pusing sana, lentok sini. Dan setiap kali lepas snap jer gambar, mesti nak tengok kat kamera.

  • Ada satu hari tu, Umi tersedak, tetiba dia tepuk belakang Umi. Umi tanya aku, "kenapa dia buat macam tu?". Aku pelik gak, tapi aku jawab, "mungkin sebab selalunya kalau dia batuk kitorang tepuk dia". Dan sejak hari tu, bila kitorang terbatuk, tersedak even sedawa pun Niesreena akan tepuk depan atau belakang badan kitorang. Hehehe… Suka tengok dia wat cam tu. Cute…

  • Sejak akhir-akhir ni Niesreena suka sangat bawak botol susu ke hulu ke hilir. Kadang-kadang tu Niesreena tak minum pun, tapi dia wat peluk jer botol tu. Tak pun gigit puting botol, sambil main. Yang tak tahan tu bila dah dibawa botol tu sana sini, habis susu dari dalam botol tu menitik-nitik. Habislah carpet istana beta ni. Huhuhu… Sangat sedih melihat tompok-tompok itew. Bila aku amek botol dia, mulalah dia sebut ‘nak… nak… nak…’ sambil tangan dia terkapai-kapai sampailah dia dapat semula botol dia tu. Adooooiiii…

  • Sudah sangat pandai berimaginasi. Handphone atau talifon mainan tu dilekap kat telinga, pastu cakap sorang-sorang. Dah pandai main ‘masak-masak’, siap bagi mama cawan mainan dia tuangkan air dari teko then suruh mama minum. Kalau anak patung, Niesreena wat macam baby, acu botol susu. Tapi paling aku tak suka, Niesreena suka main loncat-loncat atas katil. Bukan apa, aku takut dia jatuh terjelepuk ke bawah katil je dan katil nanti akan bersepah. Sabar je lah…

    … cukuplah sampai 10 jer. Kang boring korang nak baca.

    ~Tengok… bukan main lentok lagi anak aku ni~

    Nway, kitorang bersyukur sangat. Niesreena semakin membesar dengan sihat dan cerdik. Niesreena belajar dari apa yang dia lihat sehari-hari. Harap-harap apa yang dia belajar tu adalah yang baik-baik belaka. Apa-apapun semua tu bergantung kepada aku dan Neezam, tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

    ~One more pic, lentok baaaaiiiikkk punyer, sampaikan tengok kamera pun dengan alis mata jer. Hehehe…~


    *juliet le sweetheart : thanks god for giving me this opportunity for being a mum to my beatiful lovely princess…



    Wednesday, August 6, 2008

    It’s your 21st birthday

    "Dear adik,

    Selamat hari jadi yang ke 21 tahun. Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan diberkati Allah selalu. Amin…

    Akak miss u soooooo much! Hadiah birthday terpaksa diquaratine sehingga kepulangan akak ke Malaysia nanti k."




    *juliet le sweetheart : she always got what she wants, and i hope she really wants what she got…



    Monday, August 4, 2008

    Putus cinta :(

    Kenal tak gelang ni?


    Huaaaaaaa… Rasa nak nangis jer bila tengok sebiji ‘cinta’ dari gelang aku jatuh berguguran. Huhuhu… Cam ner lah buleh putus plak? Sedih tol lah! Huaaaaa…

    Tapi apa pun aku bersyukur sangat sebab masa ‘cinta’ terputus tu aku kat rumah. Padahal masa tu aku baru jer balik dari market. Nasib baiklah tak putus kat market tapi putus kat rumah. So, tak lah aku kehilangan ‘cinta’. Huhuhu…

    Gamaknya, balik Malaysia nanti baru bleh sambung semula ‘cinta’. Huaaaaa… Cedih!


    *juliet le sweetheart : gelang hantaran kahwin tuuuu…


    Friday, August 1, 2008

    Sayonara

    Satu-persatu kawan-kawan seMalaysia balik ke tanah air tercinta for good. Alhamdulillah… good for them. Tapi kitorang kat sini, (well, I’m really sure it’s not just me) terasa sangat kehilangan diorang kat sini. Walaupun perkenalan di desa Bundoora ni sebenarnya amat singkat, tapi talian persahabatan yang terbina tu rasa amat kuat. Banyak kenangan yang dikongsi bersama; futsal, makan-makan, raya, Ballarat, Bendigo, Bright, Lake Mountain, etc…

    ~Gee farewell party~

    *Gee; aku suka kat cara cakap dan penampilan Gee. Very confident. Even dia cakap "saya tak tahu" pun, dengan sangat confident. Suka! Terkilan sangat tak berkesempatan hantar Gee kat airport hari tu. Sorry Gee…

    ~Kak Ema’s sayonara @ airport~

    *Kak Ema; antara orang terawal yang aku kenal kat bumi Melbourne ni. Antara orang terawal jugak yang melawat aku dan Neezam kat ‘banglo’ dulu. Kak Ema is a very sporting person, seorang kakak yang sangat banyak membantu kitorang kat sini, sangat mengambil berat. Sedihnya… Rasa macam tak percaya jer kak Ema dah balik. Betul ke tadi hantar kak Ema kat airport ek? Ke mimpi jer? Eeeeee… macam mana lah desa Bundoora tanpa kak Ema lepas ni ek?

    Hmmm… dulu masa kak Ema lawat kitorang kat ‘banglo’, kak Ema pakai toe socks. Tu lah first time aku tengok orang pakai toe socks. Tengok macam pelik jer tapi masa tu aku pikir "nak jugaklah cari satu stokin pelik macam kak Ema tu." Hehehhe…

    Kalau makan coklat cadbury yang ada kacang, mesti teringat jugak kat kak Ema, sebab kak Ema pernah kata kak Ema suka makan coklat cadbury yang berkacang kat sini sebab coklat sini ada banyak sangat kacangnya, kalau kat Malaysia kena cari-cari baru terjumpa kacangnya. Memang betul tu kak Ema.

    Sedih… memang sedih… tapi aku rasa kawan-kawan rapat, yang tinggal sebumbung, tidur sebantal, makan sepinggan dengan kak Ema dan Gee serta kawan-kawan lain yang baru balik (Anas dan Fiza serta Zawiyah) mesti lagi sedih.

    Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Perjuangan diorang dah selesai. Neezam dan kawan-kawan yang belajar kat sini masih lagi berjuang. Aku harap semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

    Kepada kawan-kawan yang telah berada di tanah air dan sedang dalam flight on the way back at this moment *kak Ema lah tu*, I wished you all the best in the future. Jangan lupakan kitorang kat sini. Keep in touch dan aku harap sangat kite dapat berjumpa lagi di masa hadapan, insya Allah…


    *juliet le sweetheart : baru balik dari hantar kak Ema di airport. Missing her already… :’(




    ~Created by kak Ema. Her very touching final note.~

    back to top