♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 31, 2007

Harap-harap semuanya selamat

Hari ni dapat jugak aku tengok muka abah melalui panggilan telefon 3g. Abah nampak ok dah lah walaupun mak kata abah nampak lain sikit; kurang bercakap. Mungkin sebab abah masih terkejut dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi apabila doctor kata kaki abah perlu diskru. Mak kata memula abah tak nak. Tapi bila doctor dah consult abah, barulah abah setuju. Insya Allah, operation untuk skru kaki abah akan dibuat esok pagi. Masa bercakap dengan abah, aku cuba gak buat-buat lawak, walaupun aku pun sedih. Dapat gak tengok abah gelak. Pas tu sempat gak abah agah-agah cucu dia yang semakin lasak ni. "Alaaa uchuk uchuk…" kata abah.

Hari ni ramai jugak kengkawan abah yang datang melawat, termaksuklah adik ipar aku, Nazlee dan suami sepupu aku, Zal. Saudara-mara memang tak diberitahu pun pasal berita ni sebab tak nak diorang risau. Lebih-lebih lagi opah kat Tapah.

Dari semalam lagi, sejak dengar berita abah accident, aku rasa susah hati dan sedih sangat. Rasa macam nak terbang balik Malaysia time tu gak. Aku dan Neezam dah tanya pada agen jualan tiket kapal terbang yang kitorang beli tiket hari tu untuk tukar tarikh penerbangan. Kalau boleh nak cuba balik minggu ni. Tapi kos untuk tukar tiket mahallah pulak. Lagi pulak Neezam dah mula mengajar. Mak pun kata tak payah balik dulu. Lagipun tinggal beberapa minggu jer dah nak balik Malaysia. Itu sebab-sebab yang membuatkan aku bantut untuk balik cepat.

Dah jauh-jauh macam ni aku tak dapat nak membantu apa-apa. Aku cuma dapat doakan semuanya selamat ajerlah. Aku jugak cakap kat mak dan adik supaya jangan sedih-sedih, insya Allah semuanya akan ok. Ada hikmah disebalik semua kejadian yang Allah bagi, insya Allah.

Alhamdulillah… aku dapat tahan rasa sedih ni bila sedang bercakap dengan abah, mak dan adik. Walaupun sesekali ada rasa macam nak nangis. Sedih sangat tak dapat berada di sisi diorang pada waktu-waktu sukar macam ni. Aku tak nak diorang susah hati pulak pasal aku kat sini. Nasib baik ada Neezam yang sentiasa comfortkan aku dan faham perasaan aku.

Thanks to kengkawan yang mendoakan. Harap-harap semuanya selamat… amin…

Monday, July 30, 2007

Dugaan demi dugaan

Petang tadi, kitorang dapat berita mengatakan abah aku accident. Ya Allah! Aku terkejut sangat! Rasa macam nak terbang jer balik ke Malaysia. Cuak, takut, risau… Macam-macam perasaan dan persoalan timbul sebab kitorang tak tau cerita lanjut. Adik call, just bagitau yang abah accident dan patah kaki. Adik dalam perjalanan balik ke KL. Adik nangis. Adik memang rapat dengan abah. Mesti dia sedih sangat.

Neezam cuba call mak dan rumah beberapa kali tapi tak berangkat membuatkan aku lagi risau. Marah pun ada, sebab mak atau Joy tak call kitorang pun untuk bagitau pasal berita ni. Lepas beberapa kali mencuba barulah dapat bercakap dengan mak. Mak terkejut sebab kitorang dapat tahu pasal benda ni. Rupa-rupanya mak cakap dengan Joy jangan bagitau aku dan adik pasal benda ni sebab tak nak kitorang risau. Tapi Joy bagitau gak kat adik dan adik pulak sampaikan kat kitorang kat sini. Kesian mak, tak pasal-pasal aku rasa marah kat mak sedangkan mak sebenarnya tak nak aku risau.

Kata mak, abah patah kaki kanan. Masa accident tu mak ada sekali dan alhamdulillah mak tak apa-apa, cuma luka ringan jer. Bersyukur sangat. Kaki abah pulak patah sebab terhempap motor. Sekarang nie abah warded kat HKL.

Tadi mak call aku lagi mengatakan abah akan berpindah ke wad kelas satu. So, comfortable sikit dan mak pun boleh stay malam untuk jaga abah. Aku pun dah dapat bercakap dengan abah. Lega dapat dengar suara abah, tapi suara abah lesu jer. Sempat jugak abah tanyer pasal cucu dia yang sorang ni walaupun tengah sakit-sakit.

Aku rasa sedih sangat sebab aku tak der di samping diorang ketika diorang dalam kesusahan. Kesian sangat kat mak. Mak mesti kelam kabut sekarang ni sebab urusan rumah yang tak jadi beli tu dan jugak abah. Nasib baik ada Joy dan adik.

Satu persatu ujian mak terima dalam beberapa minggu ni. Urusan rumah lagi. Rumah baru yang mak nak beli tu terpaksa dibatalkan sebab peguam bodoh yang kitorang ingatkan boleh diharap tu tak buat kerja. Akibatnya tuan rumah tak jadi jual rumah tu dan duit mak hangus macam tu jer. 16k pulak tu. Sekarang ni mak dan abah dalam proses nak saman peguam rumah kitorang tu melalui Bar Council dan tuntut semula gantirugi. Harap-harap semuanya berjaya.

Mak; kalau ada apa-apa benda yang berlaku dia memang suka cerita kat aku berbanding dengan kat adik atau Joy. Dulu, masa tinggal dengan mak, kitorang selalu bercerita sama-sama. Macam-macam cerita dan gossip. Even bila aku dah kahwin pun kitorang still hangat berborak. Kalau tak masa jumpa, mesti borak melalui talifon. Tapi bila aku dah jauh ni jarang sangatlah dapat cerita. Nak borak lama-lama kang costing plak. Kadang-kadang bila aku call, mak mesti tanya pasal keadaan aku, Neezam dan Niesreena; sehat ker? Niesreena dah pandai buat apa? Soalan yang sama setiap kali kitorang on-phone.

Cuma sekali tu lah mak msg aku, mintak aku call balik, ada benda mak nak cerita sebab mak susah hati. Pasal rumahlah. Terpaksa batal nak beli rumah tu sebab peguam bodoh tu. Muka nampak baik, lengkap bertudung litup, bertutup lengan, tapi makan duit haram. Tak buat kerja dan tak nak pulangkan semula yang dah dibayar. Kurang ajar pulak tu. Mak risau sangat. Takut duit dia burn macam tu ajer. Duit titik peluh dia bekerja bertahun-tahun lamanya!

Ya Allah… Aku mohon semuanya selamat dan berjalanan dengan lancar. Aku harap abah dan mak tak apa-apa dan sembuh seperti sediakala. Aku jugak harap mak dapat balik duit titik peluh dia selama ni yang dah digunakan sebagai pendahuluan untuk beli rumah tu. Mungkin rumah tu bukan rezeki mak.

Aku harap mak, abah dan adik-adik aku tabah menghadapi dugaan yang Allah bagi ni. Kuatkanlah semangat diorang dan semangatku, Ya Allah…

Walau apapun aku bersyukur juga sebab Allah masih panjangkan usia abah dan mak. Tu lah benda yang paling aku takut…

Sunday, July 29, 2007

Nak buat apa nie?

Bosan pulak rasanya bila tak der kerja nak buat, tak der benda nak surf kat internet, tak der citer best kat tv…

Makanan dah siap masak, rumah dah siap kemas, dah siap sapu, dah siap mop, pinggan mangkuk dah siap basuh dan siap tangkup, baju tak der yang nak dibasuh, bilik air dah siap cuci, peti ais dan microwave dah siap bersih, tingkap pun dah berkilat.

Tu lah rutin aku hari-hari sejak 5 bulan kebelakangan ni. Niesreena pulak dah siap mandi, dah siap makan. Lepas Niesreena penat main tadi, Niesreena minum susu pulak then Niesreena tidur dengan lenanya… Neezam pulak ke kampus.

Arrrr… bosannya bila dah tak der kerja nak buat. Nak buat apa nie?

Think! Think! Think… tulis blog lah! Pasal apa?

Well… about my beloved hubby.

Hari ni hari pertama Neezam punyer kelas tutorial. Bukan as a student, tapi Neezam mengajar kelas tutorial subjek supervisor dia. Pelik pulak aku bila pagi tadi Neezam tak loya-loya. Hehehhehe… Bukan apa, Neezam ni kalau dia rasa macam kecut perut, dia akan rasa loya-loya siap nak termuntah. Macam morning sickness. Mengalahkan orang mengandung tau. Setiap kali Neezam nak jumpa supervisor, mesti kat rumah lagi dah mula loya-loya. Kelakar betul aku tengok! Mungkin Neezam tak der rasa takut, kecut atau gerun kot nak mengajar kali ni, sebab itu memang kerja Neezam; teaching. Cuma yang bezanya, students Neezam kali ni semuanya international students; Vietnamese, Indian, Chinese, etc… Dan bahan mengajar semuanya telah disediakan oleh supervisor Neezam tu. So, tak lah susah sangat… kot… hehehhehehe…

Hari Jumaat yang lepas, tiba-tiba Neezam kata kat aku yang dia rasa ‘down’. Dia rasa macam dia slow sangat, macam tak der progress dalam research PhD dia. Aku tak tau kenapa tiba-tiba Neezam rasa macam tu. Sedangkan aku tengok Neezam siang malam study. Bab 1 pun dah completed. Supervisor Neezam pun puas hati dengan progress Neezam. In fact, ramai yang kata Neezam laju. Mungkin sebab Neezam terlalu tertumpu kat study dan kurang rehat. Sebab tu Neezam rasa cenggitu ek.

Tapi Alhamdulillah… aku tengok sekarang Neezam dah ok. Walaupun Neezam kata dia rasa ‘down’ hari tu tapi aku tengok dia macam ok jer. Ceria seperti biasa.

Apa-apa pun aku tahu, Neezam mesti boleh buat yang terbaik.

Ok… Niesreena pun dah bangun. Nak melayan dia lah pulak. Until next post. Chow!

Tak sabar nak tunggu Neezam balik!

Saturday, July 28, 2007

Makan sampai tertidur-tidur!

Tengoklah Niesreena ni, sampai tertidur ketika makan rusk dia. Comot-comot plak tu. Dah tu sikit punya kuat dia genggam rusk dia tu walaupun dah tertidur. Niesreena... Niesreena...

Niesreena ni memang mudah tertidur kalau kat pangku ayah. Mungkin sebab perut ayah yang empuk tu kot. Hehhehehehe...

~Sedapnya geget-geget rusk. Lebih-lebih lagi gusi tengah gatal sebab nak tumbuh gigi. Lagi asyik lah...~

~Ngantuklah pulak...~

~ZZZZzzzzzz... Tapi rusk still kat mulut... Hehehe...~

~ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz... Si comot ni mesti tengah mimpi makan rusk lagi...~


Banyak lagi gambar budak comot ni kat fotopages aku. Jom tengok!

Wednesday, July 25, 2007

Niesreena punyer yum yummie!!!

Inilah antara menu Niesreena hari-hari; Heinz cereal and vege puree and custard. Niesreena makan 2 kali sehari; sekali pagi dan sekali malam dan biasanya menyusu 4 - 5 kali sehari. Alhamdulillah, sejak bagi solid food waktu malam, Niesreena jarang terjaga malam macam dulu. Semenjak Niesreena masuk 4 bulan kitorang hanya bagi Niesreena makan pagi je, tu pun hanya bagi vege puree jer, tak bagi cereal, tapi sejak masuk usia Niesreena 6 bulan kitorang dah bagi Niesreena makan 2 kali sehari.

Niesreena tak suka makan rice cereal yang plain atau dicampur dengan susu, nanti dia luek dan tak makan. Niesreena suka makan rice cereal dicampur dengan vege atau fruit puree. Bau makanan nie pun sedap, lebih-lebih lagi custard, lagilah tambah selera Niesreena untuk makan.

Kalau waktu Niesreena main-main atau duduk dalam walker, kitorang bagi Niesreena 'teething rusks' untuk Niesreena gigit-gigit. Mula-mula dulu Niesreena suka, tapi nampak gayanya sekarang Niesreena dah bosan. Siap campak-campak lagi. Nanti mama cari rusk perisa lain plak ye sayang...

Setakat nie Niesreena masih lagi vegetarian. Aku tak kenalkan Niesreena dengan daging-daging atau ikan lagi. Sebab semua makan Niesreena aku beli yang dah siap jer. Tinggal bancuh jer. Thanks to Heinz. Senang!!! Mungkin nanti balik Malaysia boleh mintak tolong mak dan mak mertuaku ajar aku untuk sediakan makanan Niesreena. Home made nyer bubur yer. :)

Tuesday, July 24, 2007

Ye ye… nak balik!!!

50… 40… 39… 38… 37… 36… 35 hari lagi!!! Arrrr!!! Asal rasa macam lambat pulak masa berlalu. Tak sabarnya rasa nak balik Malaysia. Hari-hari menghitung hari untuk bertolak balik ke tanah airku. Huhuhuhu… Perasaan aku sekarang ni sama dengan perasaan aku masa menghitung hari nak kahwin dulu. Hehhehehehe… Memang setiap hari mengira jer. Siap dah buat schedule hari nak balik tu nak bertolak pukul berapa, naik apa, nak bawak bekal apa, nak solat kat mana, nak pakai baju apa, macam-macam lagi lah! Hehhehehehe…

Schedule masa kat Malaysia nanti pun aku dah siap buat gak. Hehehehehe… Nak gi mana, nak jumpa saper, nak buat apa, nak makan apa. Nak makan aper? Hahahhaha… Jangan tak caya… aku dah buat list yang paaaaaannnnnjang sangat untuk menu makanan kat Malaysia nanti. Macam-macam aku nak makan; dari masakan mak hinggalah ke makanan western. Rindu sangat kat masakan mak aku yang sedap-sedap tu. Huuhuhuhuhu… yum yum… Awal-awal lagi aku dah buat plan dengan adik nak gi makan Nandos kat KLCC. Walaupun sebenarnya ada Nandos halal kat Melbourne ni tapi sebab hubbyku yang manja tu tak suka makan Nandos so, terpaksalah postpone makan Nandos kat KL nanti. Nak minta mak aku masak asam pedas ikan terubuk, ikan pari bakar, ikan keli goring, lala, sambal tumis cili padi mak yang sedap tu, nasi lemak, nasi ayam, kuih karipap pusing. Perrrrgggghhhhhh… sedapnyer…. Alaaaaa… dah kalau mak masak semua memang gerenti sedap, even kalau mak gorengkan telur jer pun rasanya sedap luar biasa. Hehehhehe…

Tujuan utama nak balik ke Malaysia ni sebenarnya sebab Neezam nak collect data untuk research dia. Alang-alang nak balik, Neezam pilih waktu-waktu nak dekat raya. So, bolehlah beraya dengan family. Kata Neezam, takut aku menangis teresak-esak kalau beraya kat Melbourne ni. Elllleeeeeeehhhh… saperlah yang nak nangis… Huhuhuhu… Bestnyer… Aku dah terbayang-bayang dah nak gi pasar ramadhan kat Segamat tu. Meriah giler. Benda pertama aku nak cari kat param ialah murtabak Singapore. Lazzzaaaaaattttt… hehehehe… terliur aku dibuatnya. Memang rindu sangat nak gi pasar yang ada jual makanan yang boleh aku beli semuanya! Tak payah nak pikir halal atau haram sebab memang dah sah halal. Rindu sangat kat pasar malam! Hehehhehe….

Arrrrr… stop cerita pasal makanan. Lagi banyak cerita pasal makan, makin terliur rasanya dan makin panjaaaaaaaannnngggg lah list aku nak makan apa kat Malaysia nanti. Stop! Stop!!!

Fuuuuhhhh…

Bila balik Malaysia nanti, aku bercadang nak jumpa ramai kengkawan. Insya Allah, kalau sempat. Sebelum fly bulan 2 yang lepas tu pun aku tak sempat nak jumpa sangat kengkawan. Maklumlah… sibuk dengan bermacam-macam persiapan masa tu; dengan baru habis pantang lagi, dengan baby lagi, dengan nak packing barang lagi. Harap-harap boleh jumpa ramai-ramai waktu hari raya nanti. Boleh makan ketupat, lemang, rendang, kuah lodeh, serunding, paru goreng, daging masak satay, kuih tat nenas, semperit, London almond… waaaaa… sedapnyer mak masak… yum… yum… Aaaarrrrr tidak!!! Citer pasal makan lagi?! Stop cerita pasal makan! Stop! Seeettttoooopppppp!!!

Fuuuuhhhhh… terliur aku dibuatnya!!!

Seronoknyer… tiket kapal terbang pun dah ada kat tangan. 28hb Ogos! Tak sabar betul!!! Hehehehhehe…

Monday, July 23, 2007

Mengimpikan pembantu rumah tempatan

Berbunga-bunga hati Neezam sejak beberapa hari ni sebab artikel-artikel Neezam yang Neezam hantar kat Utusan Malaysia disiarkan kat suratkhabar. Dua kali; last week and last Monday. Maksudnya dah 3 kali artikel Neezam dah disiarkan kat Utusan Malaysia dan ketiga-tiganya kat bahagian ‘Rencana’.

Alhamdulillah… berbaloi Neezam perah otak sejam dua depan pc. Hehehehe…

So, ini adalah artikel Neezam kat Utusan Malaysia hari ni.

Mengimpikan pembantu rumah tempatan

Oleh: KHAIRUNNEEZAM MOHD NOOR

DI dalam alaf baru yang serba moden ini, sudah menjadi lumrah bagi pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing. Ini adalah hasil kejayaan sistem pentadbiran dan pendidikan negara yang telah mewujudkan masyarakat Malaysia berpengetahuan tinggi. Lantaran tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga telah dipikul secara kolektif, maka masa untuk menguruskan rumah tangga menjadi minimum. Ia lebih terasa bagi pasangan yang telah mempunyai anak-anak. Untuk itu, menggaji pembantu rumah adalah jalan penyelesaian yang paling tepat dan popular. Sebagai langkah penyelesaian alternatif, Kementerian Sumber Manusia telah menggalakkan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk menawarkan modul latihan pembantu rumah di pusat-pusat latihan mereka. Modul latihan ini mengkhusus kepada warga tempatan yang berminat untuk mendalami karier sebagai pembantu rumah.

Selain itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kementeriannya akan membekalkan silibus dan tenaga pengajar untuk pihak swasta melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah. Ujarnya lagi, pihak swasta perlu mengambil inisiatif menyediakan pusat latihan tersebut bagi membolehkan warga tempatan mengisi keperluan lebih 100,000 pembantu rumah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Langkah bijak kerajaan ini mempunyai rasionalnya. Pembantu rumah tempatan adalah lebih arif tentang selok-belok budaya dan norma masyarakat Malaysia. Maka, minimumlah masalah komunikasi di antara pembantu rumah ini dengan bakal majikan mereka. Mendapatkan pembantu rumah tempatan kelak turut menjadi lebih mudah. Bakal majikan tidak perlu memikirkan urusan dokumentasi seperti visa dan pasport dan menjimatkan pelbagai kos. Isu-isu seperti majikan yang tertipu juga dapat dielakkan kerana kebolehpercayaan yang lebih tinggi ada pada pembantu rumah tempatan. Selain itu, usaha sebegini menjadi alternatif pekerjaan yang menarik bagi rakyat tempatan selain daripada pilihan kerjaya sebagai operator pengeluaran di kilang, pelayan di pasar raya dan sebagainya.

Daripada perspektif sosio ekonomi negara pula, aliran keluar mata wang negara dapat diminimumkan bahkan digunakan untuk menjana pembangunan domestik. Negara juga berupaya meningkatkan penggunaan sumber manusia tempatan, mengurangkan kadar pengangguran dan meminimumkan import tenaga kerja luar negara. Dan jika strategi melatih dan mewujudkan golongan pembantu rumah warga tempatan ini dijana dengan sebaiknya, tidak mustahil Malaysia mampu mengeksport pembantu rumah tempatan untuk pasaran di luar negara.

Bagi merealisasikan penghasilan tenaga pembantu rumah yang berkualiti tinggi, berikut adalah beberapa saranan yang difikirkan wajar untuk diperhalusi oleh pihak kerajaan dan agensi yang terbabit. Pertamanya, bakal pembantu rumah diberikan latihan asas yang secukupnya seperti kemahiran memasak, mengemas rumah, penjagaan bayi dan kanak-kanak, dan sebagainya. Keduanya, memberikan latihan menghadapi situasi tidak terduga seperti latihan pertolongan cemas, kaedah mengawal kebakaran, kes rompakan, dan sebagainya.

Ketiganya, mereka perlu didedahkan dengan pengetahuan am dan perundangan seperti kontrak pekerjaan dan hak perundangan, gangguan seksual di tempat kerja, penderaan dan seumpamanya. Ia membantu memberi kefahaman kepada mereka tentang hak mereka dan bakal majikan di sisi undang-undang. Ia juga berfungsi dalam memandu arah tentang tindakan susulan yang wajar diambil jika berlaku sebarang kes yang tidak diingini.

Keempatnya, kerajaan perlu memastikan bahawa agensi yang menyalurkan tenaga pembantu rumah tempatan ini kelak menyelaraskan kesesuaian pembantu rumah dengan bakal majikan dari pelbagai aspek terutama yang melibatkan sensitiviti keagamaan dan kebudayaan. Ia adalah untuk mengelakkan anasir-anasir ketidakadilan, bias, dan tindakan di luar norma dan batasan keagamaan dan adat resam sesuatu bangsa.

Kelimanya, untuk menjadikan karier pembantu rumah adalah menarik di kalangan warga tempatan, disarankan agar kadar gaji dan kemudahan-kemudahan sampingan seperti hak cuti tahunan, cuti sakit dan sebagainya dikaji sebaik mungkin. Kadar gaji yang diberikan perlulah diseragamkan dan menarik untuk bakal pembantu rumah tempatan dan bersesuaian dengan kemampuan bakal majikan.

Apa yang penting adalah usaha membuka ruang kepada warga tempatan untuk menceburi karier sebagai pembantu rumah ini akan menjadi penyelesaian paling jitu terhadap pelbagai isu yang berkaitan. Syaratnya, usaha murni kerajaan ini disahut dengan nada positif dan bersungguh-sungguh oleh agensi pembekal pekerja terutamanya di sektor swasta. Adalah diyakini jika betul dan sistematik pelaksanaan latihan pembantu rumah ini kelak, maka para majikan akan dapat memperoleh pembantu rumah yang profesional, berkemahiran tinggi, berdisiplin, dan memiliki kelas ‘A’.

- PENULIS ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Sunday, July 22, 2007

Niesreena first tooth!

Niesreena tetiba geget-geget jari aku. Then aku terasa macam ada benda tajam kat gums Niesreena. Bila aku tengok, rupa-rupanya gigi pertama Niesreena! Gigi bawah depan belah kiri dah mula tumbuh. Waaaa… tetiba jer rasa terharu sangat. Anak mama dah besar. Dah ada gigi. Beberapa hari sebelum tu Neezam ada kata gums Niesreena macam bengkak tapi tak rasa dan tak nampak pun giginya.

Aku mula rasa risau sebab Niesreena nak tumbuh gigi ni. Sebab aku dengar baby kalau tengah tumbuh gigi kengkadang akan demam dan meragam siang malam. Tapi alhamdulillah setakat ni aku tengok Niesreena ok jer, relax jer. Dia buat kelakar lagi ada lah. Kengkadang Niesreena akan buat memek muka sambil mengketap-ketap gusi sambil gelak-gelak. Kalau kitorang ajuk balik yang Niesreena buat, lagi lamalah Niesreena buat muka macam tu. Mungkin Niesreena buat macam tu sebab rasa tak selesa kat gusi dia.

Harap-harap sepanjang Niesreena nak tumbuh gigi ni Niesreena tak kan demam. Aku memang tak lena tidur kalau Niesreena tak sihat. Harap-harap semuanya ok.

Saturday, July 21, 2007

Father and daughter pinky's day

Ayah selalu buat Niesreena dan mama gembira. Sayang sangat kat ayah Niesreena!



Love you both sooooo much!!!

:: More of these cute pictures @ Julie's Fotopages ::

Friday, July 20, 2007

Mekanisme kawal minggu orientasi IPT

Hari ni keluar lagi artikel Neezam kat Utusan Malaysia.

Mekanisme kawal minggu orientasi IPT

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

PASTI sukar untuk digambarkan perasaan bercampur baur bagi seseorang siswa yang baru melangkah ke dunia ‘menara gading’.

Umum setuju bahawa pelajar baru di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberikan haluan dan bimbingan. Untuk itu, minggu orientasi sangat besar impaknya dalam menyuluh jalan yang tepat untuk diteladani oleh siswa baru dalam mengharungi dunia menara gading yang serba asing ini. Misalnya, aktiviti pengenalan kepada polisi dan peraturan universiti berperanan memandu arah siswa baru tentang hala tuju universiti.

Aktiviti debat antara siswa memberi panduan supaya siswa bijak mengolah dan mengutarakan pendapat dan bangkangan. Aktiviti keagamaan seperti muzakarah, usrah dan perbincangan moral mengajak siswa untuk berpegang teguh dengan panduan agama masing-masing. Aktiviti kesukanan mencetus kepada gaya hidup siswa yang sihat. Aktiviti kemasyarakatan pula menyerlahkan bahawa siswa begitu besar tanggungjawabnya kepada perkembangan komuniti dan sosial.

Namun, kejayaan pihak universiti mengadakan minggu orientasi yang sempurna, tercalar dengan adanya anasir-anasir yang tidak memenuhi aspirasi universiti. Rungutan yang diluahkan oleh sebilangan ibu bapa dan penjaga tentang sesuatu yang ‘menyimpang’ berlaku kepada anak-anak mereka menjelaskan segalanya.

Umpamanya, pendedahan program minggu interaksi di sebuah universiti yang sangat jelas unsur dan kesan negatifnya. Membincangkan topik-topik melampaui batasan dan ‘hangat’ dalam satu program ‘debat bodoh’ jelas menunjukkan ia tidak mendukung aspirasi pembangunan mahasiswa. Begitu juga dengan penayangan filem dari malam hingga ke subuh yang tersasar jauh daripada objektif membimbing dan mendidik siswa baru ini ke arah yang betul.

Itu belum lagi program sampingan yang dianjurkan siswa senior untuk menunjukkan ‘senioriti’ masing-masing dengan membuli siswa baru.

Ini sangat mengaibkan dan dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada siswa baru dari segi semangat belajar dan gaya berfikir mereka. Perkara ini akan seterusnya menjadi budaya negatif yang akan dipraktikkan oleh mereka kepada junior mereka kelak.

Pihak universiti dan Majlis Perwakilan Mahasiswa bertanggungjawab untuk menghindarkan program-program yang tidak berasas sebegini. Sebagai langkah kawalan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semua IPT menegah penyertaan siswa senior selain daripada yang menjadi ahli jawatankuasa penganjur untuk menyertai minggu haluan siswa ini.

Namun, ia mungkin tidak cukup dan pengawalan yang bersifat lebih menyeluruh dan total perlu dilaksanakan.

Beberapa cadangan boleh dijadikan pertimbangan pihak universiti untuk memastikan kelancaran dan kemurnian minggu orientasi siswa ini. Pertamanya, pihak universiti perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pelajar senior yang didapati membuli para pelajar baru bukan sahaja dalam minggu orientasi bahkan pada sepanjang masa. Ini dapat memberi pengajaran kepada semua siswa bahawa membuli adalah satu kesalahan yang sangat serius dan dilarang.

Kedua, pemilihan ahli jawatankuasa penganjur dan fasilitator di kalangan siswa perlu dilaksanakan dengan lebih teliti. Hanya mereka yang benar-benar matang, serius, menunjukkan sifat kepimpinan dan berakhlak terpuji yang dipilih.

Ketiga, semua aktiviti yang dianjurkan sepanjang minggu orientasi perlu dikawal, dipantau dan diaudit sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang aktiviti yang bercanggah dengan matlamat sebenarnya dalam minggu orientasi.

Keempat, para siswa baru diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk membuat aduan sekiranya berlaku sebarang aktiviti buli atau tidak relevan kepada mereka semasa dan selepas minggu orientasi.

Kelima, perlu ada mekanisme kawalan secara langsung terhadap semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu orientasi daripada pegawai-pegawai universiti yang bertanggungjawab.

Pegawai-pegawai seperti di Unit Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti, serta pengurus dan fellow-fellow asrama perlu secara langsung mengawal selia perjalanan setiap program yang dianjurkan.

Jika minggu orientasi di universiti terjamin 100 peratus menepati sasaran keintelektualannya, maka sudah tentulah semua pihak akan menghela nafas kelegaan.

Wednesday, July 18, 2007

Niesreena with her pink hat

Kebetulan masa ambil gambar Niesreena ni macam-macam mimik muka pulak yang Niesreena buat. Buat aku geram jer. Hehehhee...

Tengoklah mata Niesreena yang bulat tu. Cantik kan?

Enjoy the pics!


Ada banyak lagi gambar mimik muka Niesreena kat Julie's Fotopages. Silalah singgah yer!

Thursday, July 12, 2007

Rindunya kat kengkawanku

Hari sabtu yang lepas adik dah balik semula ke UTM Skudai bersempena dengan cuti semesta yang baru bermula. Diam tak diam adik dah masuk tahun dua dan alhamdulillah last semesta adik dapat dean list. Joy pun sama. Seronok mak dan abah biler tengok anak-anak diorang berjaya.

Adik dok kat H25, Kolej Tun Fatimah. Kolej kediaman aku dulu sepanjang aku belajar kat UTM. Tapi aku dah tak ingat kat mana blok H25 tu. Kata adik tu blok sederhana. So mungkin atas daripada dewan makan. Seronoknyer bila teringat semula masa belajar kat UTM dulu. Banyak betul kenangan-kenangan manis dan pahit.

Tahun 1998, aku mendaftar diri kat UTM, Bachelor in Science (Computer) with honour. Hari pertama kat UTM perasaan bercampur baur; happy sebab dapat belajar kat universiti, sedih sebab nak berpisah dengan family, takut sebab tak der kawan-kawan yang dah kenal.

Aku ingat lagi, masa sibuk-sibuk nak ambil kunci bilik, aku beratur belakang Zai. (p/s: Zai, awak ingat tak?) Zai tegur aku, “ambil kursus apa? Asal dari mana? Sekolah mana?” Dalam hati aku, “ramahnyer budak ni…” Aku sekolah biasa jer. SMZR(1)… Zai dari MRSM. Perghhhh… gempak tu! Dan aku dan Zai ambil kursus yang sama. Kebetulan jugak kitorang ditempatkan di blok yang sama, Ho3, tapi Zai kat tingkat 2 dan aku plak kat tingkat 1.

Kat bilik, Ho3 1o5, aku berkenalan pulak dengan roommate aku iaitu Sit dan Dayah. Seronok biler dapat tahu Sit pun asal dari KL. Tapi sepanjang minggu orientasi kitorang tak selalu bersama sebab Sit ada bekas kawan sekolah dia dulu kat kolej yang sama (p/s: Kalau tak salah, masa minggu orentasi ni Sit selalu dengan Wawa kan, Sit?) dan Dayah pulak… Hmmmm… tak hengat laaa… (p/s: Dayah, awak ingat tak?) Dan aku pulak selalu dengan Lenie. Lenie ni aku kenal sebab kebetulan dia dari blok yang sama dengan aku dan section kuliah yang sama dengan aku. Kebetulan jugak Lenie pun berasal dari KL. Masa ni aku bukanlah niat nak berkawan dengan orang KL jer tapi aku fikir ada kawan nak balik sama-sama ke KL nanti. Hehehehhe…

Lenie… Dia ni sukaaaa sangat ‘tertidur’. Waktu ceramah tidur, waktu kuliah tidur… tapi Lenie fast learner. Walaupun dia tidur waktu kuliah tapi dia dapat catch-up balik apa yang tertinggal. Malah dia pulak ajar semula kitorang yang kononnya tumpukan perhatian waktu kuliah. Hampeh tul. Heheheehhe… Masa kuliah, aku selalu bersama dengan 2 lagi orang kawan aku yang sama seksyen selain Leni, iaitu Junlie dan Juwita. Kitorang selalu pergi kelas sama-sama sebab blok depan-depan jer; aku dan Lenie, Ho3, Junlie dan Juwita Ho2. Junlie ni kemas orangnya. Dari segi penampilan, bilik hingga ke nota, semuanya kemas. Juwita pulak, suka sangat bergurau dan gelak-gelak, tapi bila tiba waktu serius, dia akan jadi serius.

Seronok masa tinggal kat Ho3 ni. Masa ni lah aku berkenalan dengan ‘kroni-kroni’ aku; Sit, Dayah, Baya, Huda, Zu, Shery, Liza, Nanie, Sarah, Nurul, Ija, Adah (p/s: Ada yang tertinggal tak?). Kitorang selalu bersama. Tapi kengkadang segan. Mana tak nyer… kengkadang, biler sumer gi Taman U. Ya Allah! Jalan ramai-ramai, macam bangla dah aku rasa. Dah tu nak tunggu sorang-sorang. Yang boleh cepat pun jadi lambat. Tapi seronok, kelakar pun ada. Hehehhee.. Leni, Sit, Baya, Huda dan Zu berasal dari KL. Dari tahun 1 hingga ke tahun 4 kitorang selalu ulang alik balik ke KL-JB sama-sama.

Kroni-kroni aku ni semuanya ada identiti yang tersendiri. Sit; dia ni unik sikit. Masa tahun 1 dia sorang jer antara kitorang gi kuliah naik basikal. Ingat lagi… Sherida letak note kat basikal Sit, konon-konon secret admirer nak berkenalan. Sit seronok giler. Tapi lama-lama kantoi gak. Sit ni jugak antara kroni kitorang yang pernah tercampak duduk kat kolej lain dan pernah gak tinggal kat kandang kuda 1 semesta. Kitorang risau giler, tapi Sit selamba jer. Masa tahun 3, Sit bawak kereta. ‘MM’ namanya. (p/s: Kereta jenama apa tu ek Sit? ‘Hidup’ lagi ker kereta tu?) Kereta lama yang besar giler dan dah tu bukan power stereng. Berat woooo… Sit, kecik-kecik cili padi. Tak padan sungguh dengan kereta besar dan berat tu. Huhuhuhuhuu…

Dayah; kitorang panggil Dayah ni minah keteng. Sebab rambut dia yang kerenteng dan suka usik dia dengan warna purple (p/s: Sit, ingat tak apa yang warna purple tu? Hahahhahahahha…) Kalau bercakap tak suka pandang mata orang yang dia cakap tu. Kalau makan suap sikit-sikit, kunyah lama-lama. Aku dan Sit ni nakal sikit. Suka sangat sakat Dayah sampai dia nak nangis. Hehhehehehe.

Baya; dia ni ramai sangat secret admirer. Sebab apa ek? Mestilah sebab dia cantik, lengkap dengan lesung pipit dan lemah lembut. Memang ramai jejaka-jejaka malaya yang makan hati berulam jantung akibat direject si Baya ni. Baya ni walaupun badan dia kurus tapi kuat makan.

Zu; sejak minggu orentasi lagi aku dah perasan Zu sebab lipsticknya yang merah dan tebal itu. (p/s: Jangan marah eh Zu…) Tapi lama-kelamaan lipstick itu semakin nipis dan normal. Hehehehe… Zu kalau bercakap suaranya perlahan, kalau gelak suka cover mulut dengan tangan, pandai memasak, menjahit. Macam surirumah. Zu ni masa tahun satu dia gamble jer gi bandar JB sorang-sorang. Kalau kitorang, mesti nak berteman. Menu harian Zu ialah ayam dan air teh tarik. Setiap kali beli makanan, dua menu ni mesti ada.

Huda; kitorang gelar Huda ni ‘tomato’ sebab pipinyer yang chubby macam tomato. Jahat ek kitorang ni? Hehehehehe… Huda sebenarnya tak pilih pun kursus Sains Komputer ni dalam UPU tapi macam mana ntah terdapat pulak. Mungkin dah rezeki dia kan.

Nanie; Sit gelar Nanie nie ‘Ocean Girl’. Ingat tak dulu ada cerita ‘Ocean Girl’ kat TV3? Kata Sit, muka Nanie ni macam heroin citer tu. Ada jugak orang kata muka Nani ni macam Aishwarya Rai, macam Rory Gilmore pun ada. Macam-macam… Tapi Nanie memang comey. Nanie ni cara cakap dia meleweh. Macam orang malas. Hahahhaha… Aku, Nani dan Sarah kalau balik dari kelas kalkulus mesti beli aiskrim ‘Pooh/Tigger’ sementara tunggu bas balik ke KTF. Bestnyer…

Adah; dia nie sorang jer boleh tersesat dari blok lain sebab dia selalu melepak kat bilik Nani. Aku suka cara Adah bercakap. Macam best jer tau. Cara dia cakap ada lah ala-ala macam Ava Vanja. Kenal tak?

Sarah; seorang yang cukup perahsia. Susah sangat kalau nak tahu pasal latar belakang family dia. Memula dia bagitau yang adik-beradik dia 10 orang, nama plak pelik-pelik jer. Rupanya dia kelentong jer. Jangan main-main dengan Sarah ni, dia ada black belt dalam tekwando.

Ija; diberi gelaran Chucky. Aku dah tak hengat sebab apa Ija diberi gelaran ni. Tapi gelaran tu ada lah daripada nama anak patung pembunuh dari cerita ‘Chucky’ tu. Hengat tak? Ija ni pendiam sikit orangnya tapi kengkadang pandai jugak buat lawak.

Liza; satu sekolah dengan Ija dulu. Liza ni pandai masak. Masa kitorang ambil semesta Julai dulu, Liza selalu masak untuk kitorang. Ala-ala emak gitu…

Nurul; asal dari JB gak. So, Nurul selalu balik rumah masa hujung minggu. Lagipun dia nak jumpa boypren masa tu. Huhuhuhu… Nurul ni happy go lucky orangnya. Happy jer tiap masa.

Sherry; mulut dia lah yang paling bising. Sherry memang suka sangat bercakap. Tapi Sherry tak sempat nak tamatkan pengajian dia sebab nak bantu mak dia menguruskan family business. Kitorang terkilan sangat masa tu. Tapi mungkin dah rezeki dia macam tu. Nak wat cam ner kan?

Aku… sampai sekarang ni ada jugak yang gelar aku ‘Tweety’. Sit lah yang bagi gelaran ni. Sebabnya dulu aku suka warna kuning dan Sit kata muka aku macam Tweety Bird. Sabar jer lah…

Masa tahun 3 dan seterusnya, baru aku berkenalan dengan Malin, Sal, Mas, Heda. Nuzul, Naimah and the gang, Sarah Adham.

Malin; aku kenal sebab kitorang sebilik. Disebabkan serasi dengan Malin; kitorang apply untuk sebilik sama-sama lagi masa tahun 4. Malin ni pembersih orangnya, suka sangat berkemas dan menghias bilik.

Sal dan Mas depan bilik kitorang.. Aku dan Malin selalu lepak tengok tv kat bilik Sal. Tv kecik hitam putih. Masa tu sibuk tengok criter ‘Kutub Utara, Kutub Selatan’ lakonan Nasya Aziz dan Hans Isaac. Kalau terlepas cerita tu, kitorang slalu suruh Sal ceritakan semula. Dan Sal akan cerita siap dengan nada suara dan memek muka pelakon tu. So, kitorang akan dapat membayangkan cerita tu. Hahahhahaha…

Mas; 24 jam on phone dengan Adan. Masa tu ADAM (017) ada promotion free call dari 017 ke 017.

Naimah and the gang a.k.a Naimah, Chah, Yatie, Syaidah. Minah-minah Terengganu ni memang ditakdirkan selalu berempat sejak dari sekolah lagi hinggalah kat UTM pun dalam kursus dan seksyen kuliah yang sama. Keempat-empat orang bertudung labuh dan selalu bersama kemana-mana. Kitorang selalu kata ‘korang ni jangan kahwin dengan lelaki yang sama sudah lah….’ Hehehhehehe… Harap-harap tak lah yer.

Heda dan Nuzul; walaupun dari course yang lain dengan aku, tapi tetap sekepala. Selalu menghabiskan masa lapang lepak kat bilik diorang, dan diorang pun suka lepak kat bilik aku.

Sarah Adham; suka sangat menyanyi dan suara dia memang best. Aku dan Malin selalu paksa dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza sampai penat minah tu menyanyi. Sarah Adham ni kalau bawak keter mengalahkan pelesit. Hehehehhee… Pernah satu ketika dulu masa balik KL naik kereta dengan dia, dia main lumba-lumba dengan kereta polis. Bukanlah kereta polis yang ada siren tu, tapi kereta polis yang hantar pegawai outstation. Saling potong memotong dari Melaka sampai tol Sungai Besi. Bila sampai tol Sungai Besi pemandu kereta polis tu tunjuk thumbs up kat Sarah. Giler betul. Nasib baik tak kena saman.

Haaaaaa… rindunyer kat kengkawan UTM. Ada ramai lagi kawan-kawan yang tak sempat aku nak tulis. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Semua dah bawa haluan masing-masing. Ada yang masih berhubung, dan ada jugak yang lost contact.

Sit; sekarang ni kat Jepun, ikut hubby dia, Wira, buat PhD kat sana. Anak diorang, Eiyu, pun dah besar. Insya Allah Sit akan pulang semula ke Malaysia bulan 4 tahun depan dan akan menetap kat JB sebab Wira akan mengajar kat UTM Skudai. Dayah; lepas ambil kursus KPLI, Dayah sekarang jadi cikgu sekolah rendah kat Jementah. Sekarang ni tengah sarat mengandungkan first baby. Baya; dengar cerita sedang mengandungkan second baby. Tak tau lah dah bersalin ke belum. Baya bertugas kat UM. Huda; bersalinkan first baby dia beberapa hari lepas aku bersalinkan Niesreena. Huda dah jadi cikgu lepas ambil kursus dalam cuti, kalau tak salah aku. Zu; baru dapat contact semula Zu melalui ym beberapa hari yang lepas. Surirumah sepenuh masa ni sedang sarat mengandungkan second baby. Tengah tunggu hari jer. Insya Allah, Wani akan dapat adik lelaki. Lengkaplah sepasang anak Zu. Bestnyer… Adah; dah lama tak online ym sejak bertukar tempat kerja. Mungkin masih tak sampai 3 bulan bertugas kat unit IT. RHB Bank. Bila nak bagi Izzah adik? Izzah pun dah besar. Sarah; kat Kulim. Baru menimang cahayamata pertama beberapa bulan yang lepas. Jauh betul Sarah. Tak tau lah bila nak jumpa lagi. Sherry; sekarang ni business women yang bz sepanjang masa. Dah jarang sangat online ym. Sherry pun dah ada sepasang cahayamata, Wafiq dan Wafa. Liza; pun dah sepasang juga. Liza baru jer lahirkan baby boynya beberapa bulan yang lepas. Nanie, Nurul and Ija: aku lost contact ngan diorang. Tak tahulah diorang kat mana dan buat apa sekarang. Tapi rasanya diorang ni masih lagi kat negeri memasing, tak berhijrah pun rasanya macam kebanyakkan kengkawan yang lain. Malin; diam tak diam dah hampir setahun berumahtangga. Rasa macam kejap jer kan. Sekarang ni bertugas kat Pos Malaysia Bhd sebagai secretary dan jugak sebuk dengan business andam mengandam dia. Zai; kerja dengan Kementerian Pendidikan kat Putrajaya sebagai Pegawai Sistem Maklumat. Bestkan… Teringat masa present tesis dulu. Lepas present Zai nangis sebab ada program yang tak kena. Aku dan Malin puas comfortkan Zai. Sedih betul dia. Tapi sekarang Zai dah berada kat tempat kebanyakkan dari kitorang idam-idamkan. Jeles tol… Hehehhehe… Lenie; rasanya masih bekerja dengan LHDN kat Jalan Duta. Tengok fp Leni hari tu. Makin berisi nampaknya. Sal; sebuk menguruskan sepasang cahayamata dia kat Sarawak nun. Mia, second baby Sal, beza beberapa hari jer dengan Niesreena. Putih melepak budak tu macam abang dia, Adam. Dengar citer Sal sekarang ni jadi GSTT. Tak tau lah betul ker tak. Mas; lepas graduate dengan Diploma Sains Komputer, Mas sambung belajar kat UPSI. Sekarang ni dah jadi cikgu jauh kat Sarawak nun. Cian dia berjauhan dengan hubby dia kat Semenanjung. Mas sedang mengandungkan first baby. Tak pastilah dah bersalin ke belum. Naimah, Chah, Yatie dan Syaidah; akhirnya berpisah jugak diorang. Dengar cerita Naimah, Yatie dan Syaidah dah merantau ke KL. Last sekali aku dengar Syaidah kerja kat Kolej PTPL Shah Alam. Manakala Naimah dan Yatie dengan private company. Chah masih kat Terengganu. Heda; baru jer bersalinkan second baby, perempuan jugak. Sarah Adham; lepas kahwin dia menetap kat Teluk Intan dengan keluarga mertua dan anak lelakinya. Kalau dengar lagu Las Ketchup mesti teringat kat Sarah ni sebab dia hafal sumer lagu-lagu tu. Junlie; baru jer berumahtangga. Sekarang ni bertugas kat Felda, Jalan Semarak. Satu pejabat dengan Mar. Juwita; aku pun dah lost contact dengan Ita. Cuma aku tahu dia masih tinggal kat Wangsa Maju. Dah ada baby ke lom?

Haaaaa…. Panjangyer post aku kali ni. Paling panjang pernah aku tulis. Sajer jer aku coretkan semua perkembangan kengkawan, agar aku tak lupa semua kengkawan aku ni pada masa akan datang. Aku harap kawan-kawan aku ni semuanya berjaya, bahagia dan gembira dengan kehidupan masing-masing. Aku juga harap agar persahabatan kita tak kan putus. Bak kata pepatah, ‘berkawan biar seribu, berkasih biar satu’.

Kadang-kadang tu nampak gak diorang ada online kat ym. Tapi kengkadang tak sempat nak tegur sebab aku sibuk dengan kerja-kerja rumah, melayan Niesreena dan hubby.

Thanx to friendster sebab sekurang-kurangnya dapat jugak aku mengumpul semula kawan-kawan aku yang lain.

Harap-harap satu hari nanti kita semua dapat berkumpul sama-sama yer…

Rindunya kat semua…

Friday, July 6, 2007

7 bulan dah si kecik nie

Dah 7 bulan dah anak mama. Anak mama nie dah besar. Makin semangat, makin lasak, makin nakal ‘bunga mawar putih kami’ ni.

Dah 5 bulan rupanya kitorang kat Melbourne ni. Masa kitorang baru sampai kat sini, usia Niesreena baru 2 bulan. Lima bulan berlalu dengan cepat jer rasanya. Aku pun tak sangka aku dan Neezam mampu menjaga Niesreena sepanjang kitorang kat sini. Walaupun kengkadang ada juga kitorang ‘teraniya’ Niesreena tapi alhamdulillah setakat ni Niesreena sehat walafiat. Akal dia pun makin panjang. Kengkadang tu tak sempat kitorang nak menyakat dia, dia pulak yang menyakat kitorang dulu. Huhuhuhuhu…


Sejak beberapa minggu yang lepas jugak kitorang dah mula bagi Niesreena makan rice cereal dan custard, makan 2 kali sehari, pagi dan malam. Niesreena pun nampak berselera jer makan. Sebelum ni, sejak usia dia 4 bulan, aku hanya bagi Niesreena makan Heinz vege puree dan fruit puree jer dan makan sekali jer sehari. Sajer jer kenalkan Niesreena dengan solid food lambat-lambat sebab makin lambat baby makan solid food lebih baik sebenarnya. Sebab tahap allergy baby terhadap makanan akan lebih berkurangan. Tu yang aku baca dalam buku lah. Sebab tu tak elok kalau bagi baby makan solid food sebelum usia dia menjangkau 4 bulan dan keatas.

Ada kengkawan aku kata, kalau bagi baby makan lambat, nanti baby tak semangat, kurus dan kecik jer. Nampak gayanya aku terpaksa tolak bulat-bulat kata-kata tu sebab walaupun Niesreena mula makan lambat tapi badan dia memang semangat, sebab Niesreena kuat minum susu. Masa usia Niesreena 6 bulan, berat badan Niesreena 9 kg. Sekarang ntah berapa pulak, kitorang tak sempat nak timbang lagi.

Sebenarnya ibu-ibu nie cepat bagi baby makan terutamanya sebelum usia 4 bulan sebab nak bagi baby cepat kenyang dan tak asyik menangis jer nak susu terutamanya pada waktu malam. Alahai kengkawan… ingat tau, nanti takut baby tak dapat nak digest makanan tu elok-elok so tak elok untuk perut baby dalam jangka masa panjang nanti. Hmmm… macam berpengalaman jer aku bercakap ek. Semua yang aku bagitau ni bukan sekadar pengalaman tau tapi aku rujuk buku. Buku yang hari-hari aku baca >> What to expect first year. Buku ni bagus untuk ibu-ibu yang baru beranak macam aku nie.

Alhamdulillah, Niesreena suka makan rice cereal yang baru kitorang kenalkan kat dia. Tapi Niesreena tak suka makan rice cereal dengan susu, nanti dia luek dan tak makan. Niesreena suka makan rice cereal dicampur dengan vege atau fruit puree.

Aku suka waktu bagi Niesreena makan. Rasa seronok tengok dia makan. Hehehehhehe… Kengkadang tu tak sempat aku nak suap, Niesreena dan menganga-nganga dah. Dah macam anak burung plak aku tengok. Kalau lambat suapkan makanan, Niesreena akan marah. Bila dia marah akan keluar bunyi marah dan muka dia yang macam geram-geram jer. Kelakar betul. Tapi paling gelihati biler Niesreena tertidur waktu makan. Mata kuyu, sayup-sayup jer tapi nganga jugak bila aku suap. Hehehehehe…

Sejak makan 2 kali sehari ni, Niesreena dah kurang minum susu. Hanya 18oz jer waktu siang dan 18oz jugak waktu malam. Aku pun dah dapat tidur malam dengan selesa sebab Niesreena dah kurang bangun untuk menyusu waktu malam.

Setakat nie Niesreena masih lagi vegetarian. Aku tak kenalkan Niesreena dengan daging-daging atau ikan lagi. Sebab semua makan Niesreena aku beli yang dah siap jer. Tinggal bancuh jer. Thanks to Heinz. Senang!!! Mungkin nanti balik Malaysia boleh mintak tolong mak dan mak mertuaku ajar aku untuk sediakan makanan Niesreena. Home made nyer bubur yer.

Ada banyak lagi gambar terkini Niesreena kat fotopages aku. Jom singgah!

K lah, sampai sini dulu. Chow chin chow…

back to top