♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 3, 2007

Luncheon @ Kak Tasha's Palace

Hari ni, kitorang lunch kat rumah kak Tasha. Kak Tasha ni rakan sekerja Neezam kat USIM dan sekarang ni sesama sambung PhD kat La Trobe University ni. Ikutkan plan, kitorang akan lunch kat rumah kak Tasha bersama-sama seorang lagi kawan diorang, Mahazan. Mahazan ni pun rakan sekerja diorang kat USIM gak tapi sambung belajar kat Monash Universiti, area Melbourne gak. So kire reunion lah…

Lepas naik tram tak sampai 3 minit dan naik bas lebih kurang 5 minit kitorang pun sampai kat rumah kak Tasha kat Waterdale apartment. Dan beberapa minit kemudian Mahazan sampai bersama beberapa orang kawan dia. Malaysian!

Waaaaa… Lega betul dapat jumpa orang Melayu kat bumi Melbourne ni. So, dapatlah kawan baru; Akmal, Syed dan Asmah. Semuanya sedang sambung belajar kat sini. Seronok betul lepak-lepak kat rumah kak Tasha. Lebih-lebih lagi berborak dalam bahasa Melayu. Kalau tak, hari-hari berborak dengan housemates dalam bahasa inggeris. Harapkan berborak bahasa Melayu hari-hari dengan Neezam jer lah. Tak pun dengan baby Niesreena. Tapi kalau dengan Niesreena kengkadang berborak dengan bahasa baby; ga ga ga… gu gu gu… gi gi gi… Huhuhuhuhu…

Alhamdulillah… akhirnyer bertemu gak dengan Malaysian kat bumi Melbourne ni. Hehehehhee…


Esok kitorang rancang nak ronda-ronda bandar Melbourne plak.

So, until next post, chiow!

No comments :

back to top