♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 20, 2007

I am a housewife!

Just now...

Tengah aku sibuk angkat kain dari ampaian, Neezam tetiba jer kata "ni mesti awan dari Malaysia kan?" kata Neezam sambil merenung ke arah awan di langit nan biru. Aku tersenyum sambil menoleh ke langit. Sambil tergelak kecik Neezam kata lagi, "bilerlah nak balik Malaysia kan? Ish… baru sampai sini sebulan dah ingat nak balik..."

Ha ah.. aku tak perasan. Dah sebulan rupernyer kitorang tiba kat sini. Dah sebulan jugaklah aku berpisah dengan keluarga yang aku sayangi kat Malaysia. Dan dah sebulan jugaklah aku officially menjadi surirumah sepenuh masa.

Alamak... macam sedih plak nak tulis post kali ni. Tetiba emo plak. Hehehe...

Memang aku tak sedar, it’s been a month since we left Malaysia. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tak sedar masa berlalu mungkin sebab aku seronok tinggal kat sini? Hmmmm... Tak lah... tapi sebab setiap hari aku sibuk dengan rutin harian aku sebagai surirumah sepenuh masa; membasuh, memasak, mengemas, etc. Dan yang paling memenatkan ialah menjaga Niesreena... Sampaikan tak sempat nak menghitung hari...

Dah sebulan... alhamdulillah... aku sedikit sebanyak dah dapat menerima new environment ni. Semuanyer baru... suasana baru, kawan baru, cuaca baru, lifestyle baru, rumah baru, dan yang paling penting rutin harian aku yang baru. But honestly... kengkadang rutin baru ni membuatkan aku rasa penat sangat!

Balik ke kehidupan aku 5 tahun sebelum ni... Selepas degree, belum konvo dan start kerja. So, rutin harian aku yang simple; pagi gi kerja, balik kerja petang mak dah siapkan makan malam so just makan jer, then tolong basuh pinggan je, malam rehat, tengok tv, tidur, hujung minggu gi jejalan atau dating ngan Neezam. Home chores? Semua mak yang uruskan. That was my simple life before aku berkahwin.

Lepas kahwin, still simple; pagi gi kerja, petang balik masak atau just gi makan kat luar jer, malam rehat, hujung minggu still gi dating atau jejalan atau balik rumah mak abah kitorang, paling-paling pun duduk jer rehat habiskan masa dengan hubby kat rumah.

Then Niesreena yang comel ni lahir... kehidupan still simple, lebih-lebih lagi sejak Niesreena lahir aku habiskan masa 2 bulan maternity leaves kejap kat rumah family aku, kejap rumah family Neezam.

Pas tu masuk kerja semula seminggu sebelum aku berhenti kerja, aku duduk kat rumah mak kat KL. So, mak selalu tolong aku jaga Niesreena. Lagipun sejak Niesreena lahir until the day before kitorang fly ke sini Niesreena tak selalu bersama dengan aku dan Neezam sebab atok-atok, pakcik makcik dia sumer volunteer nak jaga Niesreena. Aku dan Neezam? Relaxxx... Bagi chance kat family menghabiskan masa dengan Niesreena.

Then.. tetiba aku kat bumi asing. Tak der saper yang aku kenal kat sini. Cuma suami dan baby comel yang berusia 2 bulan setengah. Everything is change!

Memula aku jadi tak stabil. Aku mulakan hari pertama aku kat Melbourne ni dengan pertanyaan "what is usually a housewife will do to start a new day?"

Mulakan dengan sarapan dan sedikit demi sedikit aku aturkan hidup aku sebagai surirumah = isteri + ibu; take care of Niesreena and all those chores yang aku jarang-jaraaaaaaaaaaang sangat buat kat Malaysia sebelum ni; memasak, membasuh, mengemas rumah. Waaaaa... rutin harian aku totally change! Mulakan dengan prepare sarapan, mandikan Niesreena, mengemas rumah, membasuh, memasak, sidai pakaian, then mengemas rumah lagi. Waaaaa... penat...

Tapi yang paling aku tak tahan ialah menjaga Niesreena. It's ok biler Niesreena ok; main sendiri, baring-baring, gelak-gelak, berkeletah. So sweet... Tapi biler time Niesreena tak ok!; menangis, merengek, nak dukung jer sepanjang masa... tu yang buatkan aku jadi penat sangat! Kengkadang tu biler Niesreena nangis, aku pun nangis sama.

Aku memang tak pandai jaga baby. Masa tu mulalah teringat nak balik Malaysia, ramai orang bleh jaga Niesreena... Huhuhuhuuhu...

Enche Neezam? Enche Neezam selalu tolong aku buat kerja rumah dan menjaga dan melayan Niesreena. Tapi pada masa yang sama, enche Neezam pun sangat sibuk dengan PhD dia. Enche Neezam selalu tidur lewat sebab nak layan dan tunggu Niesreena tidur dulu sebelum mulakan kerja dia. Kesian laki aku tu... Aku kalau boleh memang tak nak membebankan hubby dengan kerja-kerja rumah. Banyak masa yang Neezam perlukan untuk study dia. Dan aku memang tak der masalah sangat biler nak wat sumer kerja rumah sebab bagi aku, kalau aku rajin, aku buat, kalau aku malas aku biar jer. Hehehehhehe...

Bab memasak memang wajib! Tapi dalam bab menjaga Niesreena, aku memang tak larat. Neezam has to handle her most of the time sebab aku memang fragile. Selalu nangis atau nak nangis biler Niesreena buat hal. Nasib baik ada Neezam. He helps me a lot! He is my wonderful husband... TQ sayang...

Alhamdulillah... sebulan telah berlalu... sekarang aku dah stabil sikit. I can cope with all this new environment. Aku bersyukur kerana mempunyai Niesreena yang sebenarnya sentiasa menemani aku di rumah ketika enche Neezam pergi ke Uni. Mengembirakan aku dan memberikan aku pengalaman baru dengan keletah manja dan kerenah nakal dia. Aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa membantu dan menyokong aku dari segi mental dan fizikal.

Kerja rumah? It's fun! Aku enjoy buat kerja rumah sekarang... A few weeks before, memang aku down dan rasa yang aku lahir bukan untuk jadi housewife! Aku tak boleh buat! But this is who I really am now. I’m a housewife!

5 comments :

Zai said...

Julie..
Actually … klu diberi pilihan saya lebih suka jadi surirumah drpd keje ..hahahha..seronoknya ddk rumah, buat keje ,masak ,kemas..boleh hias2 rumah,tanam pokok,belaja masak,belaja jahit …jaga baby.Yang best, anak membesar depan mata, rumah terjaga, husband pun terjaga sama makan pakai dia …huhu. it’s so interesting!! Xpe ,,lama2 nanti okla tu ..:P..

Khairunneezam aka laki kau said...

itu julie rumah dalam ada duduk. itu makan asyik bikin, itu laki dia punya poroott ada banyak tambah itu saiz… itu macam kalu, belakang mau balik melesia ada surupa itu XXXXL punya worang punya saiz..

‘itu belakang tulis engkoworang ada paham ka?

Kak ngah said...

hehhe…leks2 julie…kita pun rase ape yg julie rasa sbbnya kita pun jdk hswife gak wp student..penat tau…tp nnt rasa berbaloi…percayala…

Zai said...

Nizam
Hahahha..aku tgu ko kt KLIA 3 thn lagi..ahahahaha!

Juliet Le Sweetheart said...

Tq zai n kak ngah… terharu dengan kata2 perangsang korang. insya Allah semua akan ok but it will take some times for sure…

back to top