Kitorang bertolak dari rumah dengan cab lebih kurang pukul 1o3o pagi. Tiba kat park tu lebih kurang 1o minit perjalanan. Park tu tak jauh dari rumah kitorang, lebih kurang 7km jer. Biler tiba kat sana, Jane dan family dia tak sampai lagi. Cuma yang dah berkumpul kat sana ialah yardmates kitorang yang lain; Thuy, Kelly, May, Hanh, Kwan dan Nam serta isterinyer. Sementara menunggu Jane dan family dia sampai, sempat lah kitorang menikmati keindahan alam sambil berjemur kat situ sebab cuaca agak sejuk.
Beberapa minit kemudian Jane dan familynyer pun sampai. Jane lambat sebab tunggu banana cake dia masak. Huhuhuu… sedap wooo. Macam-macam makanan ada untuk bbq ni; lamb, chiken, seafoods and corn and other side menu. Untuk kitorang Jane belikan daging halal and as requested by Neezam, there’s no pork meat or seasoning for the bbq. Seronok makan sambil membakar dan sambil menikmati keindahan alam. Makanan pun sedap-sedap dan banyak, sampai tak terhabis semuanyer.
Kawasan Fairfield Park Boathouse ni memang cantik, tenang dan damai. Ramai orang yang datang bersantai, berkayak dan berkelah bersama keluarga dan kengkawan. Tak kire usia; tua, muda, besar, kecik. Tak kurang jugak yang bawak anjing. Sesekali biler anjing lalu, aku takut jer kalau anjing tu ‘meleseh’ kat kaki aku. Huhuhuhu… Ada tu yang datang dan berjemur jer. Nap beberapa minit then jalan.
Kan best kalau kat Titiwangsa ada aktiviti cenggini. Ni tak… kat Titiwangsa tu penuh dengan couple yang bertenet jer. Huhuhuhuhu…
Banyak lagi gambar-gambar bbq dan santai kitorang kat Fairfield Park ni. Jom lah singgah kat fotopages aku untuk tengok-tengok... :)
2 comments :
sajer arrr tu nk wat aku jeles....
Best Lela... Lain kali aku bawak ko eh... ;)
Post a Comment