♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, November 8, 2015

Pertama kali di Kinrara Resort, Puchong

Hujung minggu ni, enche Neezam bekerja kat sini. Lepas majlis ihtifal Naufal semalam, kitorang terus ke sini.

Ini kali pertama kitorang kat Kinrara Resort ni. Cantiknya tempat ni!!!! Damai dan tenang sangat!

Tapi yang paling best, pool dia betul-betul kat depan pintu bilik! Memang sukalah si Niesreena dan Naufal!

Puaslah Niesreena dan Naufal dok berendam. Alhamdulillah, cuaca pun ok. Mendung jer. Cuma petang hujan lebat sangat. Tapi sekejap jer... Bagus jugak! Kalau tak, Niesreena dan Naufal tak reti nak masuk bilik. Jadi penunggu dalam pool!

Budak dah kepenatan!

Petang tu, lepas kerja, ayah join little Khairuns jadi penunggu dalam pool. Huhuhu...

Menjadi-jadi bila ayah join!

video

video

Niesreena dan Naufal memang happy dan enjoy sangat!

Resort ni, walaupun nampak exclusive sangat tapi harganya kalau kat agoda tak lah mahal sangat. Tak sampai RM250 pun untuk semalam. Makan pun sedap, bilik selesa dan kawasan hotel pun cantik.

So, kalau korang nak cari hotel sekitar Puchong, aku memang recommend resort ni.

Insya Allah, deepavali ni, kitorang ke sini lagi. Kacau Teman enche Neezam kerja! Jom join!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top