♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, November 21, 2015

Dari Padang Besaq ke bendang besaq!

اَلسلام عليكم

Alhamdulillah... Pagi tadi dalam pukul 2 pagi kitorang dah selamat tiba di Simpang Empat, Perlis.

Ya Allah... Aku rasa Perlis ni jauhnyaaaaaaa... Maklumlah, kampung kitorang laki bini dekat jer. Aku kat KL, enche Neezam kat Segamat.

Tapi, perjalanan petang semalam hingga ke pagi tadi memang menyeronokkan dan menguji kesabaran. Huhuhu... Niesreena dan Naufal pun dok sebuk tanya "bila nak sampai?". Sebab tidur bangun tidur bangun pun tak sampai-sampai lagi.

Haaaiiiissshhh... Memang tabah sungguh anak-anak perantau yang dok jauh ni!

Walaupun kitorang tiba pagi-pagi buta tadi, pagi-pagi ni kitorang dah bersiap-siap untuk ke Padang Besaq! Dah lama dah tak ke sana!

Perjalanan ke Padang Besar memang sangat mengagumkan! Kiri kanan bendang dan bukit bukau yang menghijau. Rasa tenang betul!

Subhanallah... rasa bersyukur betul dapat tengok alam ciptaan Allah yang serba indah!

Dah lama tak sampai ke Padang Besar ni. Hampir terlupa tempat ni rupanya macam mana.

Macam-macam benda ada dijual kat sini dan kebanyakkannya memang murah! Yang penting, kena pandai tawar-menawar!

Kalau dah sampai Padang Besar ni, korang tak boleh tak makan tau! Mesti try tomyam, somtam dan pulut durian serta pulut pauh. Rugi kalau tak cuba!

Yang kat atas ni pulut ayam. First time kitorang try.

Dan yang bawah ni pulak ialah tomyam kelapa. Pun first trial! Dan rasanya memang peeerrrrggghhhhhh... sedap giler! Saya suka!

Lepas makan... sambung cuci poket lagi!

Kitorang berkesempatan jugak merasa ais krim yogurt buah-buahan yang diorang buat ikut pilihan kita. Menarik dan sedap jugak!

Penat! Memang penat! Berjam kitorang kat sini. Bedak kat muka pun dah hilang! Huhuhuhu...

Petang tu, kitorang ke tempat yang lebih special.

Nak tahu kat mana?

Kat sini...

Cantiknya bendang yang luas menghijau! Cantik gambar enche Neezam ambik, kan?

Petang tadi sempat ke rumah orang tua Dr Ku Suhaila dan Dr Isa. Memang datang semata-mata nak bergambar di bendang! Huhuhu... Maklumlah... kampung aku dan enche Neezam tak der sawah padi!

~~(^^)~~

Kemain seronok bebudak ni main kat bendang. Aku dan enche Neezam pun sama! Huhuhu...

Thanks Su & Isa, sudi jemput kitorang datang pijak bendang. First time tau! Hehehehhee...

Hari yang panjang dan memenatkan. Jom tidoq! Esok nak turun ke laut pulak! Yeeeeha!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top