♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, September 12, 2014

Resepi | Lamb chops with creamy mushroom sauce

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat semua.

Rasa macam lambat pulak minggu ni berlalu... kenapa yer? Oooooo... sebab tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Nak gi bercuti! Seronoknya! Harap-harap semua urusan dipermudahkan-Nya... Amin...

Sejak akhir-akhir ni aku mood rajin update gambar masakan aku kat fb aku. Bukan apa... Just suka-suka nak share dan bertukar-tukar pendapat dengan kengkawan kat fb yang lain. Bolehlah belajar jugak dan masak lebih baik lagi. Thanks pada kawan-kawan yang sudi komen dan suggestions yang lebih baik. Appreciate it!

Jom visit #juliescookingwithlove

Aku bukanlah hari-hari masak. Tapi mostly memang masaklah. Kalau makan kat luar pun tak tau nak makan apa. Kadang tu gi tempat yang sama jer, makan benda yang sama jer. Sekali dinner, mesti minimum habis RM25. Hmmmmm... baik masak sendiri. Lebih jimat, fresh dan puas hati! Setuju?!

So, malam tadi aku decided untuk masak ala-ala western sikit. Ari tu dinner lamb chops kat Windmill Steakhouse rasa macam tak puas! So, masak sendiri, kasi puas hati.

Dan inilah hasilnya!



Lamb chops with creamy mushroom sauce with extra L♥♥♥♥♥♥♥♥VE by Juliet le Sweetheart!

Hehehe...

Alhamdulillah... Khairuns semua suka!







Naufal ratah pakai tangan jer. Tak der fork and knife what-so-ever! Huhu...



Sukatilah Naufal.

So, kat sini aku kongsikan resepi yang ringkas dan mudah untuk buat homemade lamb chops untuk sajian keluarga tercinta.

Bahan-bahan untuk steak

Tentulah lamb.



Aku beli lamb shoulder ni ada 6 keping. Harganya RM24 sahaja.

Gunakan rosemary dan thyme serta sedikit garam untuk marinate daging tersebut.



Tomato pun aku marinate sekali. Simpan dalam peti ais sebelum grill. Aku marinate daging pagi sebelum pergi kerja. Then simpan dalam peti sejuk (bukan freezer). So, balik dari kerja dah sedia untuk dipanggang.

Ok! Daging dah siap marinated. Tapi jangan grill dulu. Kite buat side dishes dulu! Mulakan dengan coleslaw.

Bahan-bahan untuk coleslaw hanyalah fresh kubis dan lobak merah, mayonis, lada putih. Potong kubis dan lobak merah halus-halus dan masukkan ke dalam bekas.



My little helper this evening. Sibuk nak tolong sangat. (^^) *blessed*

Campurkan salad dan carrot yang telah dicincang dengan mayonis dan sedikit sebuk lada putih dan gaulkan sebati.



Siap! Bolehlah simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila nak makan. Sejuk baru sedap!

Then kita buat sos cendawan. First time nak buat sos cendawan sendiri. Aku try Alfredo Mushroom jenama Prego untuk 'support' sos aku ni. Hehehe... Support sangat kan...



Cairkan sos ni dalam periuk. Sos ni sangat pekat. So aku tambahkan sedikit air. Selain tu aku tambahkan jugak cendawan shitake yang dicincang halus, sedikit butter, sebuk lada hitam, sedikit perisa ayam, daun parsley dan basil serta sedikit garam.

Panaskan dengan api yang kecil hingga mendidih.



Another side dishes ialah salad. Aku cuma gunakan fresh salad dan chery tomato jer. Actually, aku suka daun rocket. Tapi susah nak jumpa. These two pun ok jer... just nice... Chery tomato yang dimarinate tadi aku grill sekejap dengan olive oil. Then masukkan chery tomato dengan salad yang telah dibersihkan dan campurkan sedikit olive oil.



Lepas tu, bolehlah mula grill lamb.



Gunakan sedikit olive oil untuk grill. Masak lamb ni sekejap jer. Aku tak suka well done. Aku suka medium rare. Sooooo juicy!



Yang ada sum sum tu menjadi aim aku malam tadi. Tapi tengok-tengok dah ada dalam pinggan enche Neezam. Terlambat sikit jer...Tak per lah... The best for the best person... sedap tu... huhu... terliur beta melihatnya...

Oh ya... sementara grill lamb, bolehlah goreng fries sekali. So, by the time, dua-dua masak, boleh terus makan panas-panas.



All in one plate now! Opppsss... jangan lupa curah creamy mushroom sauce!



PERFECT!

Selamat mencuba!

Untuk dapatkan tips memasak yang menjimatkan masa korang, bolehlah klik kat sini!


No comments :

back to top