Seronoknya cutiiiiiiii... Tiga hari ni dok lepak kat rumah jer... Puas duduk rumah! Banyak kerja dapat buat - mengemas, membasuh, mengemop, mencuci, membersih, memasak, dan macam-macam 'me' lagi! Penatnya Allah sahaja yang tahu.. Adeehhhh...
Petang tadi berkesempatan buat ais krim goreng untuk minum petang. Senang jer buat ais krim goreng ni. Korang nak try?
Orait. Bahan-bahan yang diperlukan cuma ais krim dan roti. Aku suka ais krim yang ada 3 perisa macam bawah ni. So bolehlah filling macam-macam ado. Dan roti kegemaran kitorang tentulah roti Gardenia.
Ok... caranya mudah jer...
Ambil sekeping roti dan letakkan ais krim di atasnya. Pastikan ais krim tu elok kat tengah jer ok.
Kemudian tutup dengan kepingan roti yang lain.
Ambil cawan bulat dan tekan roti tu.
So, jadilah dia berbentuk bulat
Bila dah tekan macam ni, kedua-dua tepi roti tu akan melekat. Ia tak akan terbuka masa goreng.
Simpan dalam freezer lebih kurang 10-15 minit sebelum goreng. Ini supaya filling ais krim tadi tu lebih keras.
Then deep fry dengan api agak panas. Goreng dalam 10 saat jer dan angkat.
Siap! Senangkan?
Tapi ais krim goreng ni kena makan segera. So roti yang digoreng tu akan rasa crunchy kat luar dan ais krim masih rasa sejuk. Lazat!
Haiiissshhh... Niesreena dan Naufal! Dah tak cukup padang kat belakang rumah? Bukit pun nak panjat?!!! Buat seriau mama!!!
Kesian enche Neezam. Nampak sangat penat. Walaupun sepatutnya hari ni cuti, tapi enche Neezam sibuk bekerja hari ni. Sebab hari ni kemasukkan students baru USIM.
Diorang ni lah 'jiran-jiran' baru aku. Dah 2 bulan lebih ni kitorang hidup tak berjiran. Welcome! Welcome! Huhuhu...
Meriahlah tengok diorang. Macam-macam gaya ada. Bak kata enche Neezam, "banyak udang, banyak garam, banyak orang, banyaklah ragam..." Hmmmm... nak buat macam mana? Kenalah jalankan amanah yang telah diberikan.
Sian enche Neezam, sepanjang hari bekerja hari ni. Pagi ke malam. Tapi dia seronok. Enche Neezam suka kerja dia. Alhamdulillah...
Ok... anak-anak... ayah kerja... korang study!
Esok Niesreena mula peperiksaan. Semoga Niesreena dapat buat yang terbaik. Amin...
Dan Naufal, alhamdulillah, Naufal dah boleh membaca.
\(^-^)/
No comments :
Post a Comment