♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 24, 2014

Siapa yang paling banyak berkorban dalam keluarga?

Semalam aku terbaca tulisan di bawah ni yang membuatkan aku sangat-sangat terkesan!

"Kita sering terdengar
keluhan si isteri,
bahawa
dialah yang paling banyak berkorban dalam rumahtangga....

tidak kurang juga sang suami...
ada yang mengeluh panjang
kerana perlu berkorban banyak perkara.

Tetapi sebenarnya,
anak-anaklah yang paling banyak berkorban!

Setiap hari, mereka lepaskan ibu dan bapa pergi,
tinggallah mereka sendiri,
mencorak hidup tanpa pedoman hakiki,
sedar-sedar mereka sudah tahu berdikari!

Malangnya lagi,
bila mereka tersilap mengecilkan hati,
mereka akan dimarah
bagai tiada keampunan lagi.

Pagi ini,
buat pertama kali,
mohonlah maaf dari mereka,
bisikkan ke telinga mereka
bahawa mereka akan faham segalanya
suatu hari nanti!"

- Ustazah Nik Salida Suhaila




2 comments :

Eray Majid said...

huwaa terkesan. dalam sibuk nak sediakan nasi untuk mereka, lupa pula nak menyuap jiwa anak-anak. jadi parents nowadays memang sangat mencabar...

Unknown said...

sobs..

back to top