♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, August 24, 2013

Night 2 | Semalaman di Gambang Safari Park

Ni first time aku jejak kat Gambang Waterpark Resort City. Kitorang dok kat Arabian Bay. Oklah view kat sini. Boleh tengok swimming pool. Bilik... tak berapa best... Tapi sebab dah penat sangat... kitorang hentam tidur sampai petang!

Lunch kat sini tadi pun kureng sikit... tak banyak pilihan dan tak berapa sedap. Refill pun lambat.

Malamnya kitorang gerak ke Bukit Gambang Safari Park dengan menaiki tramp @ safari bus yang disediakan. Dekat jer pun.

Dinner kat White Lion @ Simba Restaurant, western course, memang sedap! Dan yang menariknya, dari tempat dine ni, boleh tengok 3 ekor singa yang tengah melepak. Huhuhu... Dine with white lions!

Pertunjukan malam tu yang kitorang tunggu-tunggulah sebenarnya. Tarzan! Tapi agak mengecewakan dan membosankanlah bagi aku. Mungkin kalau Niesreena dan Naufal ada, diorang mesti enjoy kot. Boleh tengok Tarzan tu gayut-gayut, jerit-jerit bagai...

Tapi haiwan yang diorang keluarkan hanya 3 ekor jer dan sangat sekejap; burung nuri, kera kot, beruang kot yang sekor lagi tu binatang apa ntah. Mengarut betul! Ha... pastu ada gorila! Bukan gorila betul. Tapi orang pakai custom. Borriinnnnngggggg!!!

Aku ingatkan ada lah gajah ker, harimau ker, kan... Hampa...

Hmmmm... teringat masa tengok show masa company trip ke Phuket last year, segala binatang ada. Dari sekecil-kecil ayam hingga sebesar-besar gajah naik atas pentas! Well, aku tak der lah nak ada gajah kat sini, tapi maybe or at least harimau sekor ke kan... Terujalah jugak nak tengok, kan... Huhu...

Lepas 30 minit 'dihiburkan', kitorang ke luar dan ada pulak fire show. Agak menarik! Lebih-lebih lagi yang main api ni orang Malaysia. Orang Melayu! Ingatkan diorang import dari Hawaii ke kan...

Lepas tu kitorang pusing-pusing kat safari plak. Gambar sumer gelap. Flashlight tak dibenarkan yer... Harap maklum... :)

Personally, aku rasa Gambang Safari Park ni tak best sangatlah. Mungkin dari 10 bintang aku bagi ☆☆☆ jer. Tapi tak perlah... datang kali ni free, company sponsored. Kalau nak bawak Niesreena dan Naufal masa akan datang.... hmmmmm... tempat lain banyak lagi best kot...

Group photo! Wajib!

Say cheese!!!

*Ada gambar saya ambil dari fb kiter yer... mintak halal & thanks... (^^)

2 comments :

Anonymous said...

wah..menarik.hari tu xsempat pi safari ni. just sharing dgn kekawan yang jauh mcm kami.nak budget dan boleh memuatkan ramai orang.pi sewa homestay kat situ.penginapan selesa dan berbaloi dgn kapasiti kami 3 keluarga.berjaya homestay..0133778513/0139818513

*juliet le sweetheart said...

Terima kasih bagi contact. Insya Allah... kalau gi lagi ramai-ramai boleh sewa homestay... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top