♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, August 13, 2010

Tak kesian ker?

Ya Allah... Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kes buang bayi. Lebih teruk lagi bila dengar ada di antara bayi-bayi malang tersebut dibuang terus dalam tong sampah, dalam longkang, dalam jamban, tepi jalan, kat rumah kosong, ditinggalkan tak berpakaian, kesejukkan, kelaparan dan macam-macam lagi dengan keadaan yang menyedihkan! Dan lebih teruk lagi bila dengar ada bayi yang dibakar kat dalam tong sampah!!!

Ya Allah... Malang betul bayi-bayi tu... Aku sedih sangat bila baca atau dengar berita-berita tentang kes buang bayi ni dan pada masa yang sama, aku marah sangat! Marah sangat pada ibubapa yang tak bertanggungjawab! Tak der rasa bertanggungjawab! Perangai lebih jijik daripada binatang!!!

Apalah yang diorang fikirkan masa diorang buang bayi ek? Tak kesian ker diorang tengok bayi kecil yang comel dan tak berdosa dibuang macam tu ajer! Dah tak ingat dengan dosa?!! Kenapa diorang boleh tergamak buat macam tu kan?

Tak der ker rasa kasih sayang kat bayi sepanjang sembilan bulan mengandungkan bayi tu? Sembilan bulan dalam perut ibu! Ibu tu tak rasa ke bayi tu membesar dalam perut dia? Bayi tu bergerak dan bertindak balas dengan ibu. Tak rasa ker yang bayi tu bernyawa! Tak der ker rasa kasih sayang terhadap bayi tu?!!!

Aku tahu... aku rasa... semua bayi-bayi malang tersebut mesti anak bukan dari hasil perkahwinan yang sah. Mungkin ibu atau bapa bayi tu berbuat macam tu kononnya untuk menyelamatkan keadaan diorang. Konon takut malu sebab ada anak luar nikah. Atau diorang rasa diorang tak mampu bagi kehidupan yang baik pada bayi tu. Atau diorang rasa diorang tak kan mampu jadi ibu atau bapa yang baik pada bayi tu kelak.

Janganlah kata nak selamatkan maruah! Sebab ibu bapa yang membuang bayi ni memang dah tak der maruah sejak dari mula diorang buat maksiat! Manusia jijik!!!

Bayi-bayi tu tak bersalah. Ada banyak lagi cara untuk menyelamatkan bayi tersebut. Mungkin boleh bagi pada pusat-pusat kebajikan atau hospital atau orang-orang yang lebih bertanggungjawab dan selamat. Tapi janganlah buang bayi yang tak berdosa tu macam sampah! Tak kesian ker?!!! Tolonglah bagi bayi tu peluang untuk hidup!

Ya Allah... aku tak sanggup dah nak dengar tentang kes buang bayi ni. Sejak akhir-akhir ni memang banyak sangat kes yang sama keluar! Ish! Tak nak dengar dah! Tak sanggup nak dengar! Kenapa kat Malaysia ni banyak sangat kes buang bayi?! Eeeeee... sangat memalukan!

"Ya Allah... kau lindungilah bayi-bayi malang yang tak berdosa itu ya Allah. Jika ajal yang engkau tetapkan buat bayi-bayi itu, cabutlah nyawanya dengan tiada rasa sakit walau sedikit pun ya Allah. Tempatkanlah mereka di Arrasyi Mu ya Allah.

Ya Allah... kau turunkanlah azab dan seksa buat mereka yang membuang bayi yang tidak berdosa itu. Kau berikanlah pengajaran yang perit buat mereka! Dan kemudian, kau bukakanlah hati mereka untuk bertaubat. Semoga bayi-bayi tersebut dapat disatukan semula dengan ibubapa mereka yang telah bertaubat di syurga kelak ya Allah...

Amin... Amin... ya rabbal alamin..."


2 comments :

Zaidah said...

terlampau banyak kes pembuangan bayi yang berlaku sekarang.....tak tahulah nak jadik ape

*juliet le sweetheart said...

betul! malah semakin menjadi-jadi pulak... eeeee... geram!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top