♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, August 21, 2008

Sebulan jer lagi!

Hari ni genap lagi sebulan ajer untuk aku dan Niesreena pulang ke Malaysia. Yeap! Just aku dan Niesreena sahaja. Neezam? Nop! Neezam tinggal kat sini, kat Desa Bundoora tercinta ini. Hehehe… Tapi hanya untuk 4 hari jer, sebab lepas tu Neezam akan balik gak ke Malaysia on 25th. Pada mulanya Neezam ingat tak nak balik. Konon nak beraya kat Desa Bundoora ni. *Konooooonnnnn…..* Tup tup… lepas lebih kurang seminggu aku dah beli tiket, tetiba Neezam kata dia pun nak balik gak. Malangnya flight yang sama dengan aku dah full. So terpaksalah Neezam naik flight lain. Sian laki aku…

Dan kesian lagi sebab Neezam hanya naik flight tambang murah dan akan berhenti dulu kat Gold Coast untuk satu malam then baru ke KL. Aku, Niesreena dan Umie pun memula dah booked tiket flight tambang murah dan transit di Sydney, tapi tetiba tiket Sydney - KL terpaksa dibatalkan. So, kitorang pun booked flight lain. Akhirnya naik MAS gak, direct Melbourne - KL. Senang tapi mahallah.

Tinggal sebulan jer. Yey! Seronoknya! Tak sabar nak balik jumpa mak, abah dan adik-adik. Nak makan-makan, shopping-shopping. Rindu nak gi pasar malam, nak gi Jaya Jusco. Dalam kepala otak aku sekarang ni macam-macam tempat makan nak gi, macam-macam makanan nak makan.


*juliet le sweetheart : cepatnyer masa berlalu...


4 comments :

Suriani Faliq said...

best nyer…
nak balik gak!! wa….

Juliet Le Sweetheart said...

Faliq, sabar sayang! Nanti akak bawak balik ole-ole untuk Faliq k. Cian dia…

Mrs Wan said...

julie, nti ko dh balik KL, jgn lupa call aku, leh la kite jumpa…beraya kt umah ko ke, umah aku ke…x kisah la..asalkn leh jumpa ko…rindu la kt ko…

Juliet Le Sweetheart said...

Heda, insya Allah… aku pun rinduuuu sangat nak jumpa ko. Tak pernah pun jumpa anak-anak ko tau…

back to top