♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, March 6, 2007

Baby Niesreena's 3 months old

Hari nie genap 3 bulan usia permata hati aku dan Neezam ni. Bersyukur kepada Allah swt kerana baby Niesreena membesar dengan sempurna dan sihat selalu.

Menjangkau usia 3 bulan, Niesreena dah pandai senyum dan ketawa biler diagah. Kengkadang tu Niesreena gelak sampai terkekeh-kekeh. Niesreena jugak suka berborak-borak. Kuat suara Niesreena biler berborak-borak. Kalau kitorang tak der kat sisi dia, dia akan panggil-panggil. Dah tu pandai pulak biler time mama dan ayah cakap, Niesreena senyap dan dengar jer aper kitorang cakap dan biler kitorang senyap Niesreena plak bercakap. Ntah aper jer lah dia nak sampaikan kat kitorang.

Satu lagi gelagat Niesreena ialah biler Neezam nak tangkap gambar Niesreena, Niesreena akan tengok jer kat kamera tu. Biler agah pun dia tak kan senyum tapi dia tenung jer kat kamera. Agaknyer Niesreena wonder, "aperlah yang ayah dok acu-acu kat muka Niesreena ni ek?" Hehehhehehe…

Seronok tengok gelagat Niesreena. Dialah permata hati aku dan Neezam. Biler Neezam tak der kat rumah, Niesreenalah yang menghiburkan hati aku walaupun kengkadang penat gak layan kerenah Niesreena ni.

Sayang anak mama dan ayah ni! Happy 3 months old my little princess…


More of baby Niesreena pics. Fell free to visit my fotopages! :)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top