Uhuk uhuk uhuk… Waaaaaaa… cakitnyer….
Semalam aku tak datang kerja. Nak tau kenapa? Sebab aku cakit gigi. Ya Allah… Cakit cangat. Korang pernah tak cakit gigi macam aku cakit? Uhuk uhuk uhuk…
Sepanjang malam aku tak boleh tidur. Sebenarnyer dah lama aku menanggung sakit gigi ni. Gigi geraham aku, belah kanan atas dan bawah dah berlubang. Sebelum ni sakit jugak. Cumanyer tak lah pernah seteruk malam kelmarin. Cian kat Neezam, terpaksa dengar aku dok merengek kesakitan sepanjang malam.
Malam kelmarin, nak tak nak, terpaksa jugak aku gi klinik sebab sakit yang dah tak tertahan sangat. Sakit sangat sampai sakit sumer muka aku belah kanan, bibir aku pun membengkak. Boleh tak korang bayangkan aku dengan bibir negrito. Tebal beb bibir aku masa tu. Muahahhahahhaha….
Alhamdulillah lepas makan ubat yang doctor bagi (doctor biasa), hari ni aku dah ok. Tapi doctor nasihatkan aku gi jumpa doctor gigi next week untuk tampal atau cabut. Kata doctor tu, “Mesti berjanji pada diri sendiri untuk pergi cabut gigi lepas 5 hari daripada hari ni.” Macam ikrar kan? Waaaaaa….. Tidakkk!!! Aku paling takut sekali jumpa doctor gigi. Jangankan doctor gigi, nurse gigi pun aku takut. Hmmmm… jangankan nak cabut gigi, tampal gigi pun aku takut. Waaaaa…. Tak sanggup!
Teringat plak aku masa kat sekolah rendah dolu-dolu. Kat sekolah kengkadang tu ada doctor dan nurse datang peksa gigi. Takut tau. Muahahahhaha… Selalu berdoa pada Allah, moga-moga tak der aper yang diorang renovate kat gigi aku ni. Cungkil-cungkil tu ok lah, tu pun dah ngilu, naik bulu roma. Kalau tampal… eeeee ngilu sangat! Kalau cabut? Lagilah! Pernah jugak aku ponteng sekolah semata-mata kerana takut nak berhadapan dengan doctor gigi yang datang kat sekolah. Hehehehehehe….
Hmmm…. Insya Allah, aku akan beranikan diri untuk ke klinik gigi next week. Mahu tak mahu aku kener gak cabut gigi aku ni. Dah tak sanggup nak menangung derita. Kata orang, biar demam seminggu berbanding sakit gigi sehari. Betul! Setuju!
So, korang, doakanlah aku eh, semoga aku kuat semangat eh. Honestly… aku memang takut gilers nak gi cabut gigi. Waaaaaa… Takutnyer bayangkan gigi aku dicabut. Nanti doctor gigi tu inject guna injection besar kat gusi aku, aduh sakitnyer, pastu cabut ngan spanar pastu tarik gigi aku ni brutal punyer ganas pastu gigi tercabut pastu darah memancut kuar pastu muka aku bengkak berdarah-darah. Waaaaaaa…. Seramnyerrrrrr!!! Tak nak lah gi cabut! Tak naaaakkkkk!!!!
6 comments :
heheheh..takut cabut gigi? hehee..pe aarrr…tgk ann…dah cabut satu..habis ilang jelita… hehehhee.. ngeri tau cabut gigi, berdesing tinge dgr bunyi mesin tu… hmm… dgn spanar doktor tu lagi..hahhaa..takut…!! hehehe..
Waaaaaa… ann jahattttt…
housemate saya baru operate gigi dia … hahahaha.. 2 mgu tak leh makan smapai kurus.. hahahaha… sian awak ek.. pegila jumpa doktor,kalau tak nanti menanggung sakit jek…;)
haaaa... yang bab kurus tu best ler! yang bab operate tu... TAKUTNYA!!!!
julie… tak yah la cabut gigi tuh… nanti kena pakai gigi palsu plak… ko bat matikan akar jer pastu bat crowning…
Tu lah... sayangkan nak cabut. Bukan boleh tumbuh balik... ingat nk matikan akar jer lah...
Post a Comment