♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, September 12, 2015

Aktiviti yang korang boleh buat di Lexis Port Dickson

Pagi pertama kat sini.

Ayah pagi-pagi lagi dah gerak ke bengkel. Macam biasa, kitorang tak kan kacau enche Neezam dan akan 'bawa diri' sendiri.

Lepas breakfast, of courselah Niesreena dan Naufal tak sabar nak 'serang' pool.

Ini memang aktiviti utama diorang setiap kali sampai hotel. Mesti nak cari pool!

Puas mandi pool, balik bilik dan kitorang pergi berbasikal pulak. Of course, basikal kena sewa - RM10/bike/hour. Dah lama tak berbasikal... memang best! Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang nyaman walaupun berjerebu dan kawasan sekitar Lexis dan Grand Lexis ni memang cantik!

Ada banyak lagi aktiviti yang boleh buat kat sini iaitu:-

Children Pool
Children Playground
Giant Snake & Ladder
Scuba Diving
Fishing & Crabbing Activities
KMX & Bicycle Rental
Archery Range
Outdoor Games
Board Games
Games Room
Segway Obstacle Course
Karaoke Room

Tapi tak semua free tau!

Petang tu enche Neezam sempat join kitorang kat pool.

Bersebelahan dengan Lexis ni, boleh gi pantai.

Puaslah bebudak ni gi main pasir!

Malam tu, lepas maghrib kitorang sempat gi pekena cucuk-cucuk... atau orang lain panggil steamboat. Dulu masa tinggal kat Sendayan, selalu lari PD semata-mata nak makan steamboat. Sekarang ni dah susah sikit - jauh. So, malam ni, enche Neezam bawak kitorang ke sini.

Fazlina steamboat, memang terbaik! Kuah sedap, variety dan harga sangat berpatutan! Dulu kitorang datang sini harganya cuma secucuk sehingget. Sekarang ni secucuk RM1.20... biasalah barang sumer dah naik harga... tapi still murahlah kan. Semua jenis cuma RM1.20 jer secucuk!

Korang kalau nak pekena cucuk-cucuk tepi pantai, aku memang suggest kat Fazlina steamboat ni. Kuah dia memang sedap! Naufal siap hirup gitu jer kuahnyer. The best cucuk-cucuk in Port Dickson!

Lori Fazlina steamboat ni dibuka kat Pantai Bagan Pinang Batu 3, depan GSV hotel.

Sampai hotel, tak sempat masuk bilik, Naufal dah pengsan. Penat sangat lah tuuuuu... Belum pukul 10!

Ayah... masuk bengkel...

Friday, September 11, 2015

3D 2N Gateway @ Lexis Water Chalet, Port Dickson

Of course... excited! Especially, bila bayar tak pakai duit tapi pakai otak! Otak enche Neezamlah... saper lagi? Huhuhu...

Enche Neezam sibuk berbengkel kat sini. Aku dan little Khairuns just enjoying our 3 days 2 nights stay.

Lexis Port Dickson ni memang best. Chalet atas air, siap ada lantai cermin boleh tengok bawah. Nampaklah air. Bila air surut, nampak banyak sangat ketam keluar berkawan-kawan...

Memandang kitorang tiba agak lewat kat sini, so memang tak sempat nak bawak little Khairun gi pool. Tapi jakuzi dia besar. Apa lagi... bubble bath lah bebudak tu!

Tapi yang paling best wireless wifi! Satu bilik satu wifi hokey! Memang laju gilerlah internet. Dan kedua best katil dia sediakan 1 katil king size dan 1 lagi katil queen size!

Malam ni ayah dah start bengkel. So, mama layan bebudak kat bilik. Lepas puas berjakuzi, Naufal dan Niesreena layan movie online. Nasib baik wifi laju! Puaslah!

Cuaca kat sini memang berjerebu. Sayang sekali...

Well, ayah... selamat berbengkel.

Kids! Let's enjoy our weekend!

Thursday, September 10, 2015

Throwback Thursday | 5 years ago...

Dah lima tahun rupanya sejak pulang ke Malaysia. Rasa macam baru jer... Huhuhu...

Memang rindu sangat kehidupan kat Desa Bundoora dulu. Seronok! Ramai sangat kawan. Semuanya baik-baik. Dah macam sedara. Setiap hujung minggu ada jer aktiviti - menjemput diri-sendiri, makan-makan, lepak sampai pagi, girls day out!

Tetiba tadi terjumpa semula gambar-gambar lama ni kat fb. Tak pernah masuk blog lagi. Mungkin 5 tahun lepas tak sempat nak update. Hehehehe...

Niesreena dengan Naufal pun masih cute sangat! Enche Neezam pun masih kurus... Dan aku... tetap maintain chubby! Huhuhu...

Sekarang semua kawan-kawan ni dah balik Malaysia. Tapi jarang sangat jumpa macam dulu. Semuanya dah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dan yang seronok, 5 tahun lepas, semua orang kat sana struggle study tapi alhamdulillah sekarang batu atas kepala masing-masing dah tak der... tapi batu lain pulak lah kot... kerja! Hehehehe...

Memang rindu sangat kat Melbourne! 4 tahun kat sana. Macam-macam cubaan dan dugaan, pahit dan manis. Tapi itu semua pengalaman yang susah nak dapat dan susah nak dilupakan. 4 tahun jugak tengok enche Neezam struggle study, ketawa, menangis, gembira, stress... Haaaiiiisssshhhh....

Bila nak duduk sana lagi enche Neezam? Bila nak bawa Naufal gi tempat lahir dia nih??? Gi lah sambung post doc plak! Boleh saya holiday panjaaaaaaaannnnnggggg... Huhuhu...

back to top