♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, June 18, 2015

Naufal 1st puasa

Alhamdulillah... Hari ni 1 Ramadhan. Bulan kemuliaan yang ditunggu-tunggu.

Tahun ni aku dan enche Neezam bercadang untuk mengajar Naufal untuk berpuasa. Tahun lepas, Naufal memang tak berpuasa bahkan tak pernah bangun untuk bersahur pun. Kitorang tak pernah cuba pun tahun lepas sebab takut dia masih tak mampu lagi. Insya Allah, tahun ni, harap-harap Naufal dah boleh belajar berpuasa. Lagipun Naufal dah masuk 6 tahun.

Beberapa hari lepas, kitorang pun dah cakap-cakap dengan Naufal, tanya Naufal samada dia nak puasa ke tak. Dan Naufal dengan semangat sekali kata "Naufal nak puasa!"

Alhamdulillah, pagi tadi Naufal senang jer bangun sahur. Tak der lah nak merengek kata ngantuk ke apa. Dan bersemangat sekali bersahur. Lepas makan nasi, aku sediakan susu untuk Naufal dan juga Niesreena. Harap-harap diorang akan sentiasa bertenaga sehingga masuk waktu berbuka.

Pagi tadi hantar Naufal gi sekolah, aku bagitau pada cikgu sekolah Naufal yang Naufal berpuasa hari ni. Harap-harap Naufal tak lah lasak sangat kat sekolah dan dapat tahan nafsu untuk makan. Insya Allah...

Petang tadi, enche Neezam ambil Naufal dari sekolah. Aku balik dari kerja tadi, aku tengok Naufal tengah tengok tv. Naufal nampak aku balik dan terus peluk aku.

Mama : Naufal puasa hari ni?
Naufal : Puasa...
Mama : Ok. Good boy...
Naufal : Mama... Naufal nak minum air boleh tak mama?

Eeerrrrkkk... Alamak... Naufal mintak airlah pulak. Siap buat muka kesian lagi! Tapi jam dah dekat nak pukul 6 petang. Sayangnya kalau berbuka waktu ni. Aku suruh Naufal sabar dan tahan beberapa jam lagi. Makin menjadi-jadi plak Naufal buat muka kesian.

Mama : Kalau Naufal nak minum, Naufal nak makan tak?
Naufal : Naufal nak minum jer, Naufal tak nak makan.
Mama : Kalau Naufal nak minum, kenalah makan sekali. Kalau tak makan, rugilah Naufal berbuka puasa waktu ni.
Naufal : Nanti Naufal makan waktu berbuka.

Hmmmm... Rugilah. Naufal ni memang jenis susah nak makan sikit. Kalau makan pun jenis memilih. So, aku suruh dia sabar dan tunggu masuk waktu sikit lagi. Lagipun, dari dapur enche Neezam jerit "Tadi Naufal ok jer. Bila mama balik dia mengada nak buka puasa pulak". Huhuhu... Ngengada yer Naufal. Haaaa... enche Neezam sebuk kat dapur tengah goreng mee. Hehehhehe...

Muka monyok budak baru 1st time belajar puasa.

Alhamdulillah... akhirnya Naufal berjaya jugak berpuasa penuh hari ni, berkat kesabaran. Niesreena pun sama; berjaya berpuasa penuh. Seronok waktu berbuka. Nampak muka-muka ceria Naufal dan Niesreena sebab dah boleh makan. Hehehehhe...

Berjaya hari pertama!

Harap-harap hari-hari seterusnya Naufal dan Niesreena akan lebih bersemangat lagi! Insya Allah...

Wednesday, June 17, 2015

Marhaban ya Ramadhan

Jika hati sejernih air, jangan dibiar ia keruh,
Jika hati seputih awan, jangan dibiar ia mendung,
Jika hati seindah bulan, kekalkan ia dengan Iman...

Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
Maaf dipinta setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi,
Taqobalallahu minna wa minkum,
mohon maaf zahir batin atas segala kesalahan...

Selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan. Semoga semua amal ibadah kita diterima dan diredhai Allah swt...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah, ayat 183

Monday, June 15, 2015

Permintaan si Khairuns sebelum mulanya puasa....

السلام عليكم

Dah masuk minggu puasa! Insya Allah hari Khamis ni 1 Ramadhan, maka bermulalah umat Islam semua berpuasa.

Seperti biasa, banyak persediaan nak dibuat untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan ni. Terutamanya untuk para isteri. Mesti sibuk nak memikirkan lauk bersahur dan berbuka setiap hari.

Enche Neezam awal-awal lagi dah mintak aku sediakan sambal tumis kering. Sambal tumis ni memang penaik selera ketika sahur. Makan dengan nasi panas. Kalau ada ikan kering sepat atau kurau ke kan... pergh! Memang terangkat lah! Ish... bertakung ayaq luiq! Huhuhuhuu...

So, balik kerja ni nak kena tumbuk cili kering!

Kitorang jugak dah plan. Tahun ni tak nak berbelanja sangat kat pasar Ramadhan. Tak nak membazir! Sekali sekala ok lah... Kitorang jangka harga-harga kat pasar Ramadhan mesti mencacak-cacak naik dan mahal. So, aku kenalah gigih untuk sediakan juadah. Ala kadar jer cukup...

Insya Allah... tahun ni jugak nak latih Naufal bangun sahur. Tahun lepas, Naufal memang liat sangat bangun sahur. Sebab tu dia tak dapat puasa walau sehari pun! Dah tu, sahur pukul 8 pagi! Lepas sarapan, terus Naufal berniat untuk puasa. Hahahaha... Puasalah sangat kan. Tapi tadi dalam kereta Naufal dah cakap, "Mama mesti kejut Naufal sampai bangun! Naufal nak puasa... Nanti ayah tok bagi duit!" Huhuhu... Ye lah... Ganjaran duit ni biasalah... Penaik semangat untuk berpuasa. Tapi aku ingatkan dia tadi, puasa bukan sebab nak duit, tapi nak masuk Syurga! Naufal sengih jer...

Niesreena, dah 2 tahun berturut-turut berpuasa penuh. Insya Allah, tahun ni Niesreena dah berniat untuk berpuasa penuh lagi. Niesreena dah suruh aku prepare chart puasa dia. Tak sempat lagi nak buat. Insya Allah akan diusahakan hari ni.

So, permintaan-permintaan si Khairuns yang aku kena buat ialah...

☑ prepare sambal tumis kering untuk enche suami
☑ prepare chart puasa sebulan untuk Niesreena dan Naufal
☑ kejut Naufal sahur sehingga bangun untuk puasa

Excitednya menunggu kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!

Aku doakan semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik agar kita dapat beribadah untuk mendapatkan rahmat dan syafaat dariNya.

back to top