♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 4, 2014

Kalendar puasa untuk Niesreena... dan korang!

Salam hari Jumaat semua!

Hari ke-6 puasa... baru semalam berkesempatan menyiapkan kalendar puasa untuk Niesreena. Sebelum puasa hari tu sibuk sangat dengan macam-macam urusan.

Syukur alhamdulillah... tahun ni Niesreena masih belum tinggal puasa.

\(^-^)/

Selain kata-kata perangsang dan nasihat serta sedikit ganjaran buat Niesreena kalau dia berpuasa, kalendar puasa ni sedikit sebanyak membantu. Niesreena tak sabar nak tampal stiker puasa dia setiap kali selepas berbuka.

Dari tahun lepas lagi aku dah buat benda ni. Dan alhamdulillah, ia membantu dan Niesreena puasa penuh tahun lepas.

Ini kalendar tahun lepas...

Tahun ni buat lain sikit. Korang nak buat tak untuk anak-anak? Masih sempat lagi... insya Allah...

Kalau korang rajin, gunakanlah adobe photoshope atau apa-apa software untuk rekabentuk kalendar Ramadhan korang. Tapi sebab aku nak cepat dan tak der masa nak deko-deko, so aku just cari kalendar kat Mr Google.

Terjumpa kalendar bulan June 2013 yang cute ni. So, download dan print.

Untuk deko-deko sikit, aku print flash card puasa macam kat bawah ni... Jumpa online jugak...

So, bolehlah digunakan untuk hias sikit kat kalendar tu. Naikkan mood Ramadhan dan puasa.

Kalau nak selamat, bolehlah laminate kertas kalendar tu. Tahan lama sikit...

Untuk stiker... pun sama... boleh deko sendiri. Atau cari website yang boleh customize label online.

Then print!

Lekatkan stiker yang dah print tu atas label atau dauble sided tape.

Siap!

So bolehlahlah anak-anak korang tampal setiap kali lengkap sehari diorang puasa.

Kat bawah post ni aku ada sediakan printable calendar dan stiker. Kalau berminat, just klik kat gambar dan save yer... Aku pun dapat semua ni online jugak.

Niesreena mula berpuasa sejak tahun lepas... darjah 1. Sebagai ibu, aku bangga dengan Niesreena kerana pada tahun pertama Niesreena cuba berpuasa, Niesreena dapat berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Kitorang tak paksa Niesreena untuk berpuasa, tapi Niesreena sendiri yang nak cuba untuk berpuasa.

Baca pengalaman tahun pertama Niesreena berpuasa kat sini.

Honestly, untuk menggalakkan Niesreena terus berpuasa, kitorang ada bagi ganjaran duit jugak. Tak lah banyak pun. Kitorang berani bagi Niesreena duit sebab Niesreena pun jenis cermat dan tak boros. At the end, duit tu akan masuk balik dalam akaun bank dia. Sepanjang bulan puasa ni pun, Niesreena cuma bawa RM3 sebagai duit kecemasan. Dari 1st Ramadhan, Niesreena masih tak guna duit tu dan kitorang tak topup pun. Masih dia simpan duit yang sama.

Selain ganjaran duit, aku dan enche Neezam jelaskan jugak pada Niesreena dan Naufal, kenapa umat Islam perlu berpuasa. Kitorang tak nak diorang puasa tanpa tahu sebab kenapa kena puasa dan apa fadhilat dan syafaat yang Niesreena boleh dapat. Niesreena pun tahu Rukun Islam dan tahu puasa tu wajib. Kalau puasa... Insya Allah masuk syurga!

Waktu berbuka, biasanya kitorang akan cuba dapatkan apa yang Niesreena nak makan. Dengar macam manja sangat kan? Tapi apa yang mampu kitorang sediakanlah... Niesreena pun jenis senang, tak banyak kerenah. Kalau Niesreena request pun takat ayam goreng, air tahu, nasi lemak... semua senang disediakan...

Naufal... kitorang tak train dia betul-betul lagi. Kejut bangun sahur pun liat. Cumanya, bila dia bangun dan sarapan, lepas tu Naufal kata, "Mama, Naufal puasa hari ni!". Huhuhu... sahur pukul 8 pagi! Tapi "Iya" kan ajerlah... Kat sekolah makan jugak. Huhuhu...

Seronok dan teruja dapat berkongsi pengalaman puasa anak-anak. Aku seronok jugak baca blog-blog yang cerita pasal puasa anak-anak diorang. Macam-macam ragam jugak... Hehehhe... Ada yang berjaya puasa seawal 5 tahun. Kagum sungguh!

So korang, kalendar dan stiker bawah ni, untuk korang.

Kalendar Ramadhan

Label puasa kat bawah ni.

Label ni, korang kena print screen sebab aku tak sediakan right click function kat blog ni. So, korang print screen then crop. Boleh gunakan apps 'Paint'. Then paste kat MS Word dan copy paste 30x.

Happy dapat kongsi dengan korang post kali ni. Semoga dapat memberikan keseronokan untuk anak-anak terus berpuasa.

y(^-^)y

Tak sabar nak pusing pasar Ramadhan sekitar bandar Segamat hujung minggu ni!

Selamat berpuasa!

13 comments :

Unknown said...

bagus ni..nanti anak i dah start belajar puasa nak buat juga..thanks for sharing..

Mia Liana said...

wahhh.. sweetnya kalendar2 ni...

p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

KHALID said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H sis

Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)


nur husna said...

singgah dan follow sini dari blog mialiana :))

Montana said...

Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

Unknown said...

semoga ramadhan tahun ini juga nesreena berjaya completekan.. amin44x..

bguslah inisiatif sis..Alhamdulilah

Juliet Le Sweetheart said...

Terima kasih sis Mia sebab sudi singgah... Salam perkenalan...

Juliet Le Sweetheart said...

Terima kasih sudi singgah blog ni... Nanti I terjah blog uollsss... :)

Juliet Le Sweetheart said...

Amin... Tq Azrin...

irrayyan said...

assalamualaikum, irrayyan.com datang singgah dari segmen kak mia dan follow blog ni..selamat menyambut Ramadhan ;-)

Scha Nazri said...

Macam ni lah baru semangat nak puasa gitu! Thanks for sharing kak :)

Juliet Le Sweetheart said...

Welcome... welcome... (^^)y

FaraFirhana said...

Assalam..

Singgah dan follow sini dari blog kak mia :)

p/s - comel2 sumenye :)

back to top