♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 14, 2014

Harga upah baju kurung... tak percaya?!!!

Salam uolls!

Hari ni dah masuk hari ke 16 Ramadhan. Alhamdulillah... Niesreena masih berpuasa penuh! Yey!

Semalam dah mula terdengar lagu raya berkumandang kat radio. Membangkitkan lagi mood raya! Hhmmmm... gamaknya kalau mood raya dah makin , maka mood kerja makin !

Huhuhu...

Hujung minggu hari tu aku sempat upload resit upah baju kurung kitorang kat FB, seperti di bawah...

Ramai yang kata...

MURAH!

Ye, memang murah dan jahitan kakak ni memang kemas dan sedap pakai. Harga RM35 sepasang tu adalah untuk kurung biasa, siap dengan piping. Yang paling aku suka, selain jahitan kemas, kakak ni jugak jahit setiap lipatan kipas kain.

Aku suka! Senang nak gosok. Tak der lah terhegeh-hegeh nak cari lipatan masa gosok kain kan...

Bila harga upah murah, so tak lah ralat sangat kalau hantar kain semeter takat 5 hengget kan? Kalau tempat yang biasa aku hantar kat KL dulu, last year harga untuk sepasang baju kurung dah RM85 sepasang. Tahun ni tak tau lah naik berapa. Tu belum piping, belum lining segala lagi! Giler kan? Harga kain tak sampai 80 hengget pun. Harga upah mahal giler. Baik beli baju kurung dah siap!

Untuk baju budak, kakak ni ambil RM18 jer sepasang untuk baju kurung biasa + piping dan RM25 upah untuk sepasang baju peplum.

Hujung minggu lepas jugak sempat shopping barang sikit-sikit. Niesreena sebuk nak cari kasut. Nak kasut tumit tinggi! Adoii aii anak dara aku... Katanya nak sama macam aku, pakai high heels. Penat pakai tumit tinggi nak oiiii...

Cari punya cari punya cari, dapatlah sepasang flat shoe dan sepasang flat sandal untuk Niesreena. Nasib baik Niesreena setuju untuk tak pakai heels dan pakai sandal jer. Tapi bersyarat! Dia pilihkan satu sandal untuk aku pakai jugak... Haiya!

Hmmmm... layan... Dapatlah sepasang sama macam Niesreena. Niesreena suka sangat! Sebab sama dengan mama, katanya...

Dan bawah ini!

Bakal diisi dan diagih-agihkan di hari lebaran nanti.

Luaskan kuasamu!!!

Hehehehe...

8 comments :

jamilahamzah said...

murahnya.. saya ni beli readymade jer.. tak kenal tukang jahit baju kt sini... lgpun mahal rasanya..

Juliet Le Sweetheart said...

baju ready made harganya lebih berbaloi sebenarnya. cuma kadang tu tak sedap pakai. nak nak saiz macam saya... hehehhe... memang kena customised baru sedap pakai... tukang jahit ni jauh gak dari rumah... tp dia jahit best dan harga dia paling best :)

MommyArsyad said...

Salam perkenalan dan salam ramadhan kareem

Murahnya sepasang baju kurung.

Tak sabar nak amik baju raya dari tukang jahit isnin ni:)

Juliet Le Sweetheart said...

Salam perkenalan Sabrina. (^^)

deena said...

Salam sis, bole tak i get some details on the tailor...kat mana the tailor and kalau ada phone number, i nak bole tak..thanks sis.. teruja sebab tak pernah jmpa upah jahit murah macam ni....

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Deena... Tailor ni kat Gemas. Namanya kak zura, no phone baru dia missplaced lah... nnati i update yer...

NORZAKIAH ROSLI said...

Sy Jahit baju kurung ambik rm30 pon orang kata mahal....

NORZAKIAH ROSLI said...

Sy Jahit baju kurung ambik rm30 pon orang kata mahal....

back to top