♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, July 24, 2013

Puasa Niesreena

Tahun ni tahun pertama aku dan enche Neezam nak ajar Niesreena berpuasa. To be honest, aku tak yakin yang Niesreena dapat jalankan ibadah ni betul-betul. Sebab Niesreena, walaupun kecik comel jer, tapi kuat makan. :)

Sebelum bulan puasa, aku ada baca beberapa blog-blog dan artikel, macam mana nak galakkan anak-anak berpuasa, terutamanya bagi yang baru mula nak belajar berpuasa.

Perkara pertama dan penting, kiter sebagai ibu bapa kena fahamkan pada anak tu, apa itu puasa? Kenapa kiter kena puasa? Dan apa nikmat dan hikmat puasa?

Ini yang kitorang bagitau Niesreena... sehari sebelum puasa... hahaha... sempat jugak. Dan alhamdulillah Niesreena faham.

Ooooo ye... selain tu... katakunci penting ialah 'kalau tak puasa, tak boleh raya'... hahaha... kejam tak?

Dan bagi menggalakkan Niesreena seronok berpuasa, aku buatkan Niesreena kalendar Ramadhan... Boleh dapatkan dari prof Google yer kengkawan...

Setiap hari, kalau Niesreena puasa penuh, Niesreena boleh lekatkan sticker yang aku buat kat bawah ni, lekat kat kalendar tu. Niesreena nampak teruja!

Pada masa yang sama ayah Niesreena pun janji RM5 sehari kalau Niesreena dapat puasa sehari penuh! Ayah tok pulak janji RM3 sehari plus RM10 kalau puasa penuh sebulan! Kaya! Kaya! Hahaha...

Hari pertama Niesreena puasa; balik dari sekolah, Niesreena asyik merengek dan kata lapar... lapar... Sampai nak marah aku jadinya. Bukan tak nak kasi Niesreena berbuka, tapi sebab dah pukul 6 lebih, macam sayang jer kalau berbuka. Nasib baik, bila suruh dia berbuka, dia tak nak pulak...

Alhamdulillah... hari pertama, Niesreena berjaya jugak berpuasa penuh.

Esoknya, sampai office, aku rujuk prof Google. Cari aktiviti-aktiviti yang boleh Niesreena buat dan leka sementara nak tunggu waktu berbuka. Alhamdulillah... banyaklah idea; mewarna, melukis, gunting-gunting, semuanya more to craft lah... Carikan Niesreena bahan-bahan dan kertas berwarna untuk aktiviti dia sementara nak tunggu waktu berbuka. Kalau membaca dan tengok tv, takut Niesreena mengantuk dan asyik teringat lapar jer...

Alhamdulillah... lama kelamaan Niesreena semakin ok! Dah tak mengadu dan merengek lapar lagi. Steady jer Niesreena aku tengok. Syukur alhamdulillah. Syukur Ya Allah...

Dan yang lebih membanggakan. Hingga ke hari ni, dah 2 minggu, Niesreena masih berpuasa penuh!

Well done, Reena. Mama dan ayah bangga sangat dengan Reena! Half way to go! Mama dan ayah percaya Reena boleh berjaya sampai habis Ramadhan... Insya Allah...

Dugaan yang paling besar yang Niesreena hadapi hari-hari ialah dari Naufal! Kalau makan mesti nak tunjuk kat kakak dia. Actually, Naufal nak ajak kakak Niesreena dia makan sama-sama. Tapi jemputan tak bersambut. Hehehe... So, terpaksalah Naufal makan sorang-sorang. Hmmmm... so, hari-harilah aku dengar Niesreena menjerit "Naufal! Jangan makan depan kakak!"

Naufal... Naufal...

\(^^)/

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top