♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 12, 2019

Rutin sebelum tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Rutin dak comel sorang ni... kalau nak tidur mesti ajak naik atas. Maksudnya masuk bilik lah tu.

Baby Neeyaz tak kira aku tengah lipat baju ke, tengok tv ker, apa ke... bila dia ajak naik tu, dia dah ngantuklah tu.

Tapi bila dah naik atas katil, bukan nak tidur terus pun. Dia nak baca buku lah... nak main kereta lah... Macam-macamlah permintaan dia. Lepas hisap susu jap then barulah tidur.

Macam biasa, sebelum tidur, biasanya aku akan belai-belai dia sambil-sambil bacalah doa dan zikir sikit. Lama-lama Neeyaz pun terikut.

Dengar video kat bawah ni.

Ni video sebenarnya. Tapi dalam bilik gelap kan. So tak nampak apalah. Dengar audio jer lah.

Baby Neeyaz selalu tersasul... bila suruh baca doa tidur. Dia dok asik baca doa makan. Ingat nak makan jer lah dia ni. Huhuhu...

Lepas tu dia punya menguap kat akhir video tu.... ish ish ishhh... ngantuk sangat tu. Tapi tetap layan mama...

Alhamdulillah... dah ada beberapa doa yang Neeyaz boleh baca sekarang walaupun masih tersasul-sasul lagi.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top