♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, January 4, 2019

Get back to school 2019

Salam Jumaat.

Dah hari ketiga persekolahan, hari ni baru sempat nak update hal sekolah Niesreena dan Naufal. Busy nau mama... kat rumah busy, kat tempat kerja lagilah berdabal-dabal busy...

Alhamdulillah, walaupun Niesreena masuk ke sekolah baru untuk tingkatan 1 tapi semua urusan berjalan lancar. Tak macam tahun-tahun sebelum ni, setiap tahun mesti huru-hara. Entah hapa yang huru-hara sangat ntah. Huhuhu...

Tahun ni alhamdulillah...smoooooooth semuanya...

Niesreena ke sekolah menengah yang memang kitorang nak dan layak menduduki kelas KAA dan Naufal masih maintain di kelas pertama. Aku lega sangat Niesreena dapat KAA. So, dapat ambik subjek Bahasa Arab. Nanti bolehlah Niesreena apply sambung belajar kat USIM nanti. Insya Allah...

Nampak sangat tak mama dia tak nak lepaskan anak dara sorang ni dok jauh-jauh?

Huhuhu...

Azam baru aku tahun ni nak sit down dengan Niesreena dan Naufal setiap malam ulangkaji pelajaran. Dulu sebelum ada baby Neeyaz, memang tiap-tiap malam duduk belajar dengan diorang. Bila dah ada baby, memang susah nak bagi masa lagi.

Rasa bersalah jugak, sebab last year pun Niesreena UPSR, tapi tak dapat bagi extra time untuk belajar dengan dia. Terpaksa hantar gi tuisyen.

Tahun ni actually honeymoon sikit sebab anak-anak tak der peperiksaan besar. Tahun depan baru Naufal UPKK dan 3 tahun lagi Niesreena PT3 dan Naufal pulak UPSR. Haaaaa... masa tu memang peninglah!

Insya Allah... KPI mama nak anak-anak dapat keputusan cemerlang!

Ameen...

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah swt. Ameen...

No comments :

back to top