Ya Allah! Baby Khairun sejak akhir-akhir ni memang tersangat-sangat-sangat aktif! Macam main bola sepak dalam perut mama. Huhuhu...
Senak rasanya!
Tapi alhamdulillah... baby aktif... maksudnya baby sehat! Membesar bagai johan!
Minggu ni usia baby dalam kandungan dah masuk minggu yang ke 27. Perut aku pun dah terasa tegang dan padat sangat. Tak tahu macam mana boleh besar lagi ke perut aku ni dalam tempoh lebih kurang 10 minggu lagi ni.
Lepas gi check-up hari Khamis lepas, doktor suruh buat pengiraan pergerakan seharian baby. Setiap hari kena bermula pada jam 9 pagi dan bila genap baby gerak 10 kali, kena catatkan masa pergerakkan yang ke 10 tu.
Tapi baby Khairun, setiap hari jam 5.30 pagi dah mula gerak dah. Mama bangun, baby Khairun pun bangun. Setiap jam mesti terasa pergerakkannya. Sampaikan bila nak tidur kalau baby bergerak, memang susahlah nak lelap mata, walaupun mengantuk. So, kenalah usap-usap perut... then cakap dengan baby... "esok gerak-gerak lagi eh... sekarang ni mama nak tidur..." Pastu tepuk-tepuk sikit, macam nak tidurkan baby... Huhuhu...
Pagi tadi jugak sempat ke klinik Masya untuk cubaan kali kedua nak buat 3D/4D scan. Tapi... memang tak der rezeki... macam last time pergi scan, baby masih mengadap ke bawah. Memang tak boleh nak nampak muka baby Khairun. Pemalu nau dia nih!
Tapi tak per lah... mama tak kan berputus asa... aku akan gi try buat scan 3D lagi pada masa terdekat ni nanti. Tapi yang penting, doktor Masya kata baby sihat dan kedudukan baby dan uri dalam keadaan baik, insya Allah... cuma baby besar 2 minggu jer... Tak per... tu nanti aku citer lain lah yer...
No comments :
Post a Comment