Hadiah bersempena dengan harijadi enche Neezam tahun ni... Awal-awal lagi Niesreena dan mama dah prepare untuk ayah. Sebab birthday ayah tahun ni, ayah tak der kat rumah, ayah gi outstation.
So, bila enche Neezam siap mengemas beg travel dia, kitorang pun selitlah hadiah di dalam beg enche Neezam.
Hari Jumaat lepas enche Neezam berangkat ke Sintok untuk program bersama dengan AADK dan UUM.
So, dah 2 hari enche Neezam kat sana tapi dia macam tak bagitau pun ada perasan hadiah dalam beg dia. Aku curious gak. Tercicir ke? Huhuhu...
So, 2 hari sebelum harijadi enche Neezam, terpaksalah aku pecah tembelang. Suruh enche Neezam cari something dalam beg dia. Memang kalau boleh nak dia jumpa sendiri dan lebih baik lagi kalau dia jumpa hadiah tu awal-awal. Biar dia geram sikit sebab aku tak kasi dia bukak sebelum birthday dia.
Dan bila dia jumpa... memang dia geramlah! Hahahaha...
Meh tengok post aku sebelum ni, klik sini.
Macam biasa.... Niesreena dan Naufal buat kad jer untuk ayah. Walaupun hanya sekeping kertas, tapi isi kandungannya sangat bermakna.
Hadiah aku pun tak der lah special sangat. Biasa-biasa jer... Tapi aku tahu, dia suka!
So... dua hari jugaklah dia geram sebab tak dapat bukak hadiah depan mata. Huhuhu...
Dah 6hb baru boleh bukak!
Yup! As Niesreena said... Ayah is my hero!
You are!!! And we love you soooo much!
No comments :
Post a Comment