♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, December 31, 2016

Review 2016

Hari terakhir 2016.

Seperti biasa setiap tahun ada cerita suka dan duka. Tapi aku bersyukur sangat sebab tahun 2016 ni, aku boleh kata antara tahun yang baik buat kitorang sekeluarga. Lebih banyak kegembiraan, berbanding kesedihan.

Awal tahun 2016, Naufal masuk tahun satu. Sama sekolah dengan Niesreena. Happy diorang duorang. Naufal pun semangat ke sekolah dan alhamdulilllah... keputusan peperiksaan Naufal cemerlang di tahun 1 ni. Naik tahun 2 tahun ni, Naufal dipindahkan ke kelas pertama.

Semoga Niesreena dan Naufal lebih cemerlang lagi tahun 2017 ni.

Insya Allah, Niesreena akan menduduki UPKK tahun ni. Seram mama! So tahun ni, kiter usaha keras lagi k Niesreena!

Antara berita yang paling gumbira tahun ni, tentulah bila aku disahkan mengandung baby Khairun yang ketiga.

Alhamdulillah... Syukur atas kurniaan rezeki yang Allah berikan ini. Lebih 5 tahun aku dan enche Neezam tunggu berita gumbira ni. Kitorang memang happy sangat!

Tahun 2016, aku dan enche Neezam menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 11 tahun. Alhamdulillah...

I love you so much, enche Neezam!

Cuti sekolah yang lepas, Naufal berjaya dikhatankan. Alhamdulillah... Memang aku dan enche Neezam berhasrat nak sunatkan Naufal tahun ni. Tapi Naufal asyik menolak. Tapi last minutes, tetiba jer Naufal setuju. Apa lagi... cepat-cepatlah kasi potong. Huhuhu...

Niesreena dan Naufal juga menjalani latihan bowling bermula bulan Ogos yang lepas.

Part berjalan, rasanya tahun ni kurang sikit berjalan. Tapi masih berjalan jugaklah.

Awal tahun hari tu, kitorang ke Krabi. Lima hari berjalan dari Hatyai ke Krabi. Seronok! Macam-macam tempat kitorang pergi; island hoping ke Phi Phi Island, snorkeling, lepak kat pantai Aunang, gi Emerald pool yang subhanallah cantik! Memang best! Makan kat sana pun sedap-sedap!

Ada rezeki insya Allah nak gi lagi...

Selain tu, ada beberapa tempat kitorang gi jejalan. Alaaaa... tempat yang sama jer setiap tahun pergi.

Ke Bayou Lagoon Melaka, kitorang pergi 2 kali tahun ni. Awal tahun hari tu masa buat surprise birthday untuk enche Neezam.

Then baru-baru ni ke sana lagi sebelum cuti sekolah akhir tahun habis.

Khairuns memang suka main air kat sana. Sebab tu laa asyik ke sana jer. Ini rasanya dah kali ke 5/6 kat sana.

Tahun ni jugak kitorang ke Lexis Port Dickson. Ini kali kedua kitorang lepak kat sini.

Buat julung-julung kalinya jugak, kitorang bawak bebudak gi Putrajaya. Hahahha... Walaupun rumah dekat jer dengan Putrajaya ni. Tapi jarang-jarang jer nak singgah lepak-lepak.

Oooo... dan ke menara kembar KLCC. Sajer lepak tangkap gambar. Macamkan orang luar KL jer. Padahal rumah mak abah aku, dari rumah boleh nampak KLCC. Huhuhu...

Bulan April yang lepas, kitorang sempat join teambuilding jaksa KK1 ke Gambang. Apa lagi... main air lagi lah...

Bulan yang sama jugak, kitorang ke Kinrara Resort untuk kali kedua.

Dan ke Kinrara Resort lagi untuk kali ketiga pada bulan November...

Bulan September, kitorang gi jalan-jalan cari makan ke JB. Makan... shopping... Memang best!

Tahun ni jugak julung-julung kalinya FKP USIM buat Hari Keluarga FKP di Avillion Melaka. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan staff FKP dan keluarga memasing. Bolehlah berkenal-kenalan mengeratkan lagi ukhwah.

The best part tentulah bila dapat cabutan bertuah dan hadiah untuk keluarga paling havoc. Hahahahha... Havoc laaa sangat!

Tahun ni bawak bebudak gi tengok wayang 3 kali jer. Bagi diorang happy sikit!

Semua tengok kartun! Huhuhu...

Tahun ni jugak kitorang renovate rumah. Tambah dapur basah dan 2 lagi bilik.

Lebih kurang 3 ke 4 bulan laa jugak settle semuanya.


Dan pasang rumput baru!

Bila dah siap rumah, akhirnya kitorang pindah dari kuarters kat KK1 pada bulan Ogos.

Rumah ni... banyak meninggalkan sejarah duka, sedih dan menakutkan. Pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup aku, melibatkan hidup dan mati. Ya Allah... masih teringat mata parang kat leher suami tercinta. Nauzubillah...

Ish... tak nak ingat-ingat lagi lah! Alhamdulillah... semuanya dah berlalu!

Tahun ni tambah lagi anak buah baru... Khairunnazhan!

Raya tahun ni kitorang beraya di Tapah Road. Mak abah dan adik beradik semua balik kampung dan beraya bersama mbah dan sanak saudara.

Sedihnya... ini adalah tahun terakhir kitorang beraya dengan mbah. Mbah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas kerana sakit tua pada usia 90 lebih.

Al-fatihah buat mbah.

Hmmm... dari segi kerja... Enche Neezam tahun ni dapat beberapa anugerah kecemerlangan.

Alhamdulillah dan tahniah enche Neezam! Proud of you!

Dan aku, dapat juga Long Service Award setelah 5 tahun bekerja di syarikat yang aku sedang bekerja sekarang ni.

Yey!

Tahun 2016 jugak page Juliet le Sweetheart dah cecah 54K.

Thank you for all the support!

Alhamdulillah... bersyukur atas kurniaan rahmat yang Allah swt berikan. Semoga tahun 2017 akan menjanjikan yang lebih baik lagi... untuk kiter semua!

Ameen...

No comments :

back to top