Mengandung kali ni aku cuba amalkan beberapa makanan sunnah. Maklumalah, sekarang ni kat FB banyak memperkenalkan makanan sunnah dan kebaikannya. Sepuluh tahun dulu mana ada citer pasal makanan sunnah ni. Yang tahunya... kalau mengandung, nak ibu dan baby sihat, makan supplement dan minum susu. Nak anak putih, minum air soya. Huhuhu... Tak terfikir pun nak cari maklumat kat internet. Semua maklumat tentang pregnancy masih lagi tengok brochures kat klinik-klinik. Sekarang ni, maklumat di hujung jari jer. Huhuhu...
Bila tahu aku mengandung hari tu, ada beberapa orang kengkawan yang suggest suruh minum susu kambing ketika hamil sebab katanya ada banyak khasiat.
Aku memula refuse gak nak minum susu kambing. Sebab tak pernah try pun sebelum ni. Dan aku takut tak lalu dek tekak. Tapi sebab dah kengkawan kata bagus... bagus... So, aku try gak lah.
Pada awalnya aku try susu kambing Wildan. First try terkejut jugak sebab tak seperti yang aku bayangkan. Tak der rasa busuk atau rasa kambing pun! Sedap! Macam susu lembu fresh! Huhuhu...
Habis satu kotak, enche Neezam belikan sekotak lagi susu kambing. Tapi kali ni jenama Mummylicious. Enche Neezam bertukar ke jenama ni sebab ada kawan dia jual kat USIM. Rasanya sama jer macam Khalish gak, kandungan pun sama jer dan harganya lebih murah sedikit dan ada pelbagai perisa. Semua perisa sedap!
Yang bawah ni perisa strawberry. Susu warna pink. Sedap!
Khasiat susu kambing:-
Susu kambing adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat di dalamnya. Ianya sangat bagus diamalkan terutamanya oleh ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat membekalan kalsium yang lebih kepada bayi. Ia juga dapat mengelakkan masalah kejang kaki yang biasanya berlaku pada wanita mengandung. Selain itu, pengamalan susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.
Sumber klik sini.
Kalau susu kambing asli ni, aku suka campurkan dengan sesudu kecil madu asli.
Kalau batuk-batuk pun makan madu. Dah tu tak berani nak makan ubat batuk kan... makanlah madu...
Khasiat madu:-
Madu menyediakan banyak gizi dan manfaat untuk kesihatan. Madu mengandungi zat fruktosa, glukosa dan beberapa jenis gula lain. Ia membantu menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Membantu mengurangkan rasa mual pada masa kehamilan. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindarkan dengan amalan memakan madu oleh para ibu yang mengandung.
Sumber klik sini.
Selain susu kambing, aku jugak amalkan meminum air jus buah delima. Ada sesetengah ibu mengandung yang makan sesudu jus pekat tu setiap pagi. Tapi aku tak bulehlah... Masam!
Aku gunakan pati delima gulsan. Setiap pagi, kat opis, campurkan pati delima gulsan ni dengan 1 liter air masak. Cuba habiskan sebelum lunch atau paling-paling pun sebelum balik.
Khasiat buah atau pati delima:-
Terdapat banyak khasiat yang sangat baik di dalam buah delima untuk ibu mengandung. Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan, ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir bagi mengelakkan sumbing pada bayi.
Sumber klik sini.
Last but not least of course laa kismis dan kurma. Aku memang suka makan benda-benda manis masa mengandung ni. So, memang suka sangat makan kismis dan kurma. Kadang-kadang risau gak, makan kismis macam makan kacang. Sekali dah start, tak boleh nak berhenti! Huhuhu...
Kalau kurma, aku tak suka yang terlalu basah tapi suka yang liat-liat. Sedap!
Khasiat kurma:-
Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat terutamanya kepada ibu hamil. Ini kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral di dalam buah kurma ini yang tentunya dapat menjaga kesihatan pada saat kehamilan. Antara manfaat yang boleh didapati oleh wanita hamil dengan memakan kurma adalah dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masalah sembelit.
Sumber klik sini.
Apa-apa pun... aku makan semua ni dengan doa dan harapan, dapat baby yang sihat, aku pun sihat. Insya Allah... dengan izin Allah swt.
Throwback sikit...
Dulu masa mengandungkan Niesreena, aku minum susu Anmum. Beli perisa asli, minum 2 kali jer. Tak boleh diterima tekak. Loya gila rasanya. Tukar perisa coklat pun sama. Minum sekali jer. Lain macam betul rasanya. Akhirnya 2 tin susu ibu mengandung Anmum terbiar begitu sahaja; tak terminum! Tapi aku selera betul minum susu soya. Masa tu tak pandai nak cari susu soya tepung. So, asyik minum susu soya asli kat pasar malam atau susu soya jenama Vsoy.
Masa mengandungkan Naufal, kat Melbourne, aku suka minum susu lembu fresh. Kat sana kan murah. Memang menggila laa minum susu fresh.
Syukur alhamdulillah... kedua-dua baby Khairun dilahirkan sihat walafiat dan comel-comel belaka.
Niesreena keluar dengan kulit yang putih, bersih dan rambut lebat. Naufal pun rambut lebat tapi kat kulit kepala ada kerak-kerak. Kerak-kerak tu hilang bila dah usia 6 bulan jugak lah. Kedua-duanya tak kena kuning yang teruk. Just mild jer... Alhamdulillah.
Kitorang berdoa ke hadrat Allah swt, semoga baby Khairun yang bakal tiba ni pun akan keluar sihat seperti kakak dan abang dia.
Ameen... Ameen... Ya Rabbal Alamin...
No comments :
Post a Comment