Menyesal betul tak pecahkan table top ni masa renovate rumah beberapa bulan yang lepas.
Ye lah... Ingatkan nak guna. Mungkin boleh cover jer dengan solid surface ke kan. Tapi orang kabinet dapur tu kata nanti table top tu akan jadi sangat tebal. Buruk! Lagipun agak costing jugak kalau nak cover jer table top tu. So, diorang kata kalau nak cantik, kiter kasi pecah jer lah.
Kalau tahu... dari renovate yang lepas aku dah mintak kontraktor hack. Tak payah nak bayar... Huhu...
Tapi nak buat cam ner kan. Yang kiter rancang mungkin bukan yang terbaik.
Table top ni memang ada disediakan oleh pemaju rumah ni.
Tengoklah... kosong jer rumah kitorang kan. Huhuhu...
Simpan duit sikit-sikit... kasi penuh...
Insya Allah... dalam masa terdekat ni nak penuhkan bahagian dapur kering ni lah.
Pagi tadi uncle ni datang pecahkan table top. Habis berhabuk satu rumah.
Settle pecah, uncle tu angkut semua batu-batu dan enche Neezam dan little Khairuns sibuk pula mencuci rumah.
Gambar selepas... hmmmm... nantilah... nampak sangat kosong...
No comments :
Post a Comment